Wednesday, May 27, 2009

Selepas "Cik", right after being "Puan"...???

Selepas "Cik", apa title yang akan kita dapat? Puan, Datin, Dato', Datuk atau ada apa - apa lagi yang saya tak tahu atau terlupa?

Walauapapun ianya, my title now is only "Puan". Anyway, i'm really happy. Like a golden dream comes true. After 8 years, and now, finally we're...

Kelakar bila teringat pada 21 Mac 09, kami berdua boleh terlupa our anniversary. For 7 years, kami tak pernah lupa that date. But this time, dua-dua terlupa sudah. Seminggu selepas tu, baru teringat. Itupun by yang ingat dulu. Tapi kena cover juga. Masing-masing cakap, "bukan tak ingat, tapi nak uji samada ingat ke tak". Nak menegakkan benang yang basah pula..

Tapi apa yang penting sebaik sahaja menukar title ni adalah honeymooooon........

Setelah berpenat lelah membuat majlis perkahwinan, inilah masanya kami merehatkan diri. Dan destinasinya adalah Pulau Pangkor. Mungkin pada orang lain, "alah, tak bestnya...boring...". But for us yang masa cuti terhad sebab next week (9.5.09), kenduri side by pula. Hahaha, we prepare nothing for that event.

Since we like to travel, kami guna jalan lama (bukan highway) untuk ke sana. Kami bertolak pada pukul 11.30 malam Ahad (3.5.09). Di tengah malam buta, kami bertolak melalui Rawang. Dalam perjalanan, hujan renyai. Sejuknya, tak nak pakai air-cond, but have to. Dalam perjalanan, yang melalui kawasan kampung yang amat sunyi, dua kali sy tertidur. Kesian by...
Sampaikan kabus tebal menyelubungi kawasan luar. Seram juga. Iyela, jalan dah la sunyi. Hanya kereta kami je. By siap cakap, rasa macam nak masuk ke alam bunian pula. Macam pernah je. Bukan ke selalu kalau cerita2 seram, ada banyak kabus2 ni...Poyo betul. Dalam perjalanan tu juga ada 2 roadblock. Polis tu pun macam tahu2 je kami nak pergi honeymoon bila tengok kat depan kereta kami yang masih ada reben yang by guna masa kahwin hari tu. Sambil tersenyum kambing dan penuh makna dia tanya, "nak pergi honeymoon ke??" Kami pun cuma tersenyum bodoh je..mata pun dah mengantuk.

Satu perkara yang agak scarry terjadi dalam perjalanan kami. Tengah2 perjalanan, tiba2 ada sebuah kereta Gen2 di belakang kereta kami. Sy yang masa tu baru je sedar dari tidur, pun cakap, "wah, nasib baik ada kereta lain. Tak la boring sangat. Ada member." By time tu rupanya tengah aim kereta tu, sebab rupa2nya kereta tu dah lama follow kami. By suruh sy standby handfon call polis. By memperlahankan kereta dan bagi peluang untuk kereta tu memotong. Kereta tu memotong dan tak sampai 500meter, dia berhenti di tepi jalan. Melintas je dari kereta tu, kami take note no. plate dia. Handfon memang dah kat tangan, no. dah dail, tinggal tekan butang call je. Kemudian kami tinggalkan kereta tu dan 15 minit kemudian, dari cermin pandang belakang, by beritahu kereta tu follow lagi. Takutnya...takut itu perompak yang selalu merompak dan merogol bila kita bawa kereta malam2 dan pagi buta di kawasan sunyi. Bahayanya...Alhamdulillah, tak jauh depan kami ada lori. By pun mempercepatkan dan memotong lori tu. Lebih selamat. Kemudian, kami ambil keputusan untuk berhenti di salah sebuah restoran. Sebaik keluar dari restoran tersebut, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Mata ku kembali mengantuk. Tidur lagi...Bila tersedar, by bagitahu, tadi dia nampak lagi kereta Gen2 yang sama tengah follow satu Pajero pula. Masa tu, kereta kami di belakang Gen2 tu. Sampai di satu simpang, Pajero tu belok kanan dan Gen2 tu ikut Pajero tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dan kami pula belok ke kiri. Alhamdulillah, nasib baik tak berlaku apa2. Dan nasib baik by alert. Kalau tak tak tahula apa yang akan terjadi.

Pengajarannya, berhati - hati di jalan raya. Sentiasa berwaspada di mana jua anda berada. Malang tak berbau...

Nanti ada masa, kita sambung lagi cerita pasal honeymoon ni ye..To be continued..

Monday, May 25, 2009

Now is Puan...

AKHIRNYA.....
Sy selamat menjadi Pn. Riny. Alhamdulillah...
Segala liku-liku perjalanan ke arah ini telah sy tempuhi dgn selamat bersama-samanya.
Kini bermula satu fasa baru dlm hidup sy. Menjadi seorang isteri dan menantu yg solehah..hihihi..jd seorang 'ibu'??Not yet ok..
Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kg. Kenangan. Memandangkan hari tersebut cuti umum (1 Mei 09-hari buruh), tok kadi memang fully booked. Plan asal nak nikah di rumah. Tp x kesampaian. Mungkin ada rahmat disebaliknya dan dari orang yg cakap, buat di masjid lebih berkat. Amin..
Akad nikah dijalankan pada pukul 3.30pm oleh Hj. Sethu (Imam yg sama menikahkan fieda n aisyah) bersama sepasang lagi pengantin. By n family datang lambat on that day. Dan the funny thing is pasangan pengantin lelaki yg satu lagi sama tema dgn sy. dan kedengaran la suara2 sumbang yg berkata "ha, apalagi, baju dah sama, klau lambat sangat datang, nikah je dengan pengantin lelaki tu." Oh No!!!!!
Dan dengan sekali lafaz sy sudah menjadi isteri by. Eleh, bangga la tu...padahal sehari sebelum tu, sibuk tanya apa susunan rukun iman dan islam. takut tunggang terbalik.
Sayu jugak dalam hati ni.

Keesokan harinya, berlangsung Majlis Persandingan di rumah sy. Terima kasih pada my friends yg sudi hadir, give presents and yg mendoakan. Mak andam is k.Zura (Gombak). Anyway, thanks to Aty for being my bridesmaid.

Dgn Officemate + anak k.ros.

Bersama fieda n hubby, oly n miera.

Seminggu kemudian (9.5.09), berlangsung pula Majlis bertandang ke rumah pihak lelaki di Pulau Meranti. dan berlangsung juga Majlis Persandingan Linda (adik by) dan Zamri. Tema kali ni Merah, but i chose pink. Kali ni all accessories from k.zura, but mak andamnya, kak aida, her cousin coz k.zura da ada wed lain. Kak Aida is a makeup artist and this is her blog http://aidaglamour.blogspot.com/ and her makeup portfolio link: http://razz1109.fotopages.com/



At this time memang happy je coz fikir da setel da after this. Dan kita pun tak penat sebab semua orang da prepare for this. Just bawa diri je. tp by masa ni sangat2 tak sihat. Tengah demam panas, and nasib tak pitam. And finally, we're married...