Tuesday, June 23, 2009

Singapura - Part 1

Kali ini Singapura pula target kita. Pergi untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara di sana.

Kalau ikutkan, agak malas nak pergi. Tapi bila memikirkan mereka sanggup datang masa kenduri perkahwinan kami hari tu, terpaksalah kami pergi. Tambahan pula, dapat juga makan angin. Mak and k.rina's family tak dapat pergi pula. Masing - masing dengan alasan mereka yang tak dapat dielakkan. Ermmm.......

Menurut itinerary yang diprepare oleh uchu, kami akan bertolak pada 7 Ogos 2009 (Jumaat) pukul 10p.m. menaiki keretapi sinaran malam (kalau tak silaplah)..Sampai sana pagi (sabtu)dalam pukul 9.30am. Majlis perkahwinan akan diadakan pada hari ahad (9.8.2009). Menurut mereka, tarikh tersebut merupakan hari kemerdekaan mereka.

Singapore Independence Day - menurut dari sejarah, Singapura menyambut hari kemerdekaan yang pertama pada tahun 1966, iaitu setahun selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tempat selalunya mereka menyambut hari kebangsaan adalah di Padang, di mana kemerdekaan telah di isytiharkan. Disamping itu, mereka juga menyambutnya di National Stadium. Untuk mengelakkan kesesakan, mereka telah melancarkan 'e-balloting ticketing system' pada 2003. Dengan mendaftarkan e-mail address atau nombor telefon di NDP (National Day Parade) website or phonelines, anda berpeluang memenangi tiket untuk menyaksikan majlis sambutan kemerdekaan. Tadi dah try pergi ke website http://eballot.ndp.org.sg/legal.php n trying wether can/cannot nak register. Tapi bila tengok syarat yang pertama je, dah confirm tak boleh. Sebab only citizen can apply. Boring je...

Kembali ke topik, kami yang tiada passport akan buat passport berkumpulan. Syaratnya minimum 5 orang dan maksimum 20 orang. Bayaran rm200 untuk satu kumpulan (tak kira berapa orang satu kumpulan). Dan kumpulan tersebut wajib sama-sama menghadirkan diri ke pejabat imigresen untuk mendaftarkan diri.

Thursday, June 11, 2009

Batu Pahat - Part 2

Kami memulakan perjalanan ke rumah bakal tunang Ghafur di Batu pahat dengan berkumpul di rumah Ghafur di Gombak.

Pukul 5.45 a.m, bangun tidur dan siap - siap. Mak by, Suzy, Yola dan Lily tidur di rumah kami malam tadi. Dan ini memudahkan kami sebab tak perlu ambil mereka di rumah. So, dalam pukul 6.30 a.m, semuanya ready. Madi datang bersama sang 'kancil' nya...Yola, Suzi, dan Lily naik bersama Madi. Mak by satu kereta dengan kami. Then, perjalanan dimulakan dengan singgah di rumah my mum to pick up ijah dan mak. Kemudian, kami terus menuju ke rumah Ghafur. Sarapan disediakan tuan rumah...Bila melihat hantaran yang disediakan, canteknya....Pandai Ita buat hantaran. Memang berseni...Dan Ita jugalah yang buatkan hantaran untuk kami dari pihak by. Memang cantik...

Setelah semuanya sampai, perjalanan dimulakan. 6 biji kereta semuanya. Dah pesan kat by, reserve satu seat for Fieda. Sebab dia nak tumpang balik dari Johor. Kami masuk ke highway dari Exit Sg. Besi dan keluar Exit Tangkak, lebuhraya Utara - Selatan. Perjalanan ke Tangkak hanya mengambil masa 2 jam. Singgah di Hentian sebelah Bemban untuk buang masa. Sebab awal lagi. Majlis akan berlangsung lepas Zohor. Selepas keluar dari Exit Tangkak (tol = Rm20.10), kami meneruskan perjalanan ke rumah tunang Ghafur yang terletak di kampung Sarang Buaya, Batu Pahat. Menurut Ghafur perjalanan ke situ hanya mengambil masa 1 jam. Memandangkan banyak lagi masa, kami semua plan bawa kereta slow2. Tepat pukul 12.30 tghari, kami cari kedai minum untuk membuang masa lagi. Susahnya nak cari. Tiada satu pun yang buka. Akhirnya, kami jumpa satu kedai setelah hampir 15minit mencari. Hampir pukul 2pm, kami bergerak menuju ke masjid berhampiran dan menunaikan solat zohor. Setelah selesai, kami still lagi kena buang masa sebab pihak perempuan kata, tok imam tak datang lagi. Jadi tunggu lagi....Penatnya...Pukul 3pm kami bergerak menuju ke rumah pihak perempuan. Sampai saja, terus pihak lelaki yang berwakilkan bapa lelaki sendiri dan pihak perempuan yang diwakili oleh tok imam, menyampaikan hasrat dan berbincang tentang majlis perkahwinan. Menurut by, wang hantaran sebanyak rm10 ribu telah diberi sebelum majlis lagi. Setelah berbincang, insyaallah, hujung bulan 10 ni, majlis perkahwinan akan dilangsungkan (selepas Convocation mereka). Sebenarnya, Ghafur dan tunangnya are my junior. Baru abis belajar di UIA. Selepas selawat dan acara menukar barang hantaran, it's makan time...Wah, lapar betul..iyelah, dengan hanya berlapikkan sepinggan kecil mee goreng sarapan tadi, sampai la ni, cuma minum air je. Dalam hati terfikir, selalunya orang sekarang kalau kenduri suka buat buffet. Alahai, tak laratnya nak bangun ambil nasi... Tapi, rupa2nya makanan dihidang. Wah...selonoknya...Makanan yang dihidang adalah, nasi jagung, ayam masak sambal, rendang daging, dalca, jelata, dan kuih muih. Dengan tanpa malu dan segan, kami makan dengan sedaya upaya kami. Hihihihi..Akhirnya, Alhamdulillah...Setel..
Setelah selesai majlis, kami (kereta by dan Madi) berpisah dari rombongan sebab kami plan nak pergi Ayer Hitam. Perjalanan ke Ayer Hitam memang mencabar kesabaran betul. Tensionnya...banyak betul traffic light. Dah la lampu merah lama giler, bila da hijau sekejap je. Menyampah betul..Jalan pun memang sesak. Sampai rasa nak give up je. Nasib bila fikir, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Chewah...Kalau pasal shopping, no. 1.

Hampir 2 jam, baru kami tiba di sana. Bila dah sampai, parking pula susah nak cari. Nasiblah sebab datang peak time macam ni. Tapi setelah kami shoppingsss, all in all, shopping dekat situ, memang tidak mengecewakan. Especially untuk beli barang nak decorate rumah. Memang berbaloi. Tapi yang penting kena cari kedai yang boleh bagi harga murah. Sebab kalau tak memang menyesal.
Dah infom Fieda suruh datang ke situ sebab rumah her hubby tak jauh dari situ. Dalam 15minit je..(menurut cik Fieda). Setelah selesai shopping ala kadar sebab, insyaallah bulan 10 ni kami akan datang lagi.tapi penuh juga la bonet kereta dan sampai kena letak di tempat penumpang especially bunga mak and tikar mak by..hihihi...

Then, perjalanan pulang ke rumah dimulakan...Nak masuk tol Ayer Hitam pun sesak. Lecehnya..Lepas je tol, jalan lengang sampailah di susur keluar Ayer Keroh, Melaka, jalan mula sesak dan semakin sesak. Kepala masing2 pun dah sesak. So, kami fikir time tu maybe sampai Negeri Sembila je akan jam. Tapi dah hampir sampai Senawang masih lagi jam teruk sampai dah tak bergerak. Kami tukar plan dan ikut 'jalan dalam' je. Dengan harapan jalan tak jam la hendaknya. So, berhentilah di exit Senawang dan keluar. By cuba call Ghafur and dia inform memang dah jam teruk masa diaorang balik petang tadi. So, better kalau ada jalan lain, jangan ikut highway. Time tu dah pukul 11.30 malam dah. Makan malam belum lagi. Keluar dari Senawang, kami menghala ke Seremban dan Nilai. Jumpa kedai makan di Nilai, terus berhenti dan makan malam. Makanannya sangat mendukacitakan semua... Dah la sikit, tomyam rasa pahit. Memang tak best. Tapi, sempat lagi tengok gerudi Inul yang dipersembahkan oleh awekz yang nyanyi karaoke kat situ. Memang gempak...hahaha..tak sanggup pakcik. By pun da blur... ;)
Selepas makan, perjalanan diteruskan lagi...Selepas Nilai, kami ambil jalan ke Salak Tinggi dan lalu Putrajaya. Alhamdulillah, tak jam langsung dan lagi dekat perjalanan. Then, hantar mak by and adik2. Say bye bye to Madi dan bergerak untuk hantar Fieda, mak dan ijah. Sampai je rumah, dah pukul 2am..Ngantuknya.....tak tahan...Nak ambil MC lah sok...Tapi tak sanggup pula rasanya.

Dari apa yang kami alami, kami dapat satu pengajaran. Kami sangat bersyukur kerana tiada kampung. Masing2 dari Selangor dan kerja pun di Selangor. So, tak perlu fikir lagi nak balik kampung, bersesak2 dan berpenat2. Sekarang ni tak macam dulu. Kalau balik kampung especially time cuti sekolah or raya, highway selalu sesak. Kena cari waktu yang tak ramai orang contohnya gerak waktu subuh ke..sebab jumlah kenderaan dah semakin bertambah di Malaysia ni. Anytime, kalau nak rasa jalan jauh, kita boleh pergi bercuti je. Nak rasa environment kampung, pergilah mana2 'Homestay'. Rumah tunang Ghafur pun ada buat 'Homestay'. Jadi, nak susah2 buat apa? Bersyukurnya...

Friday, June 5, 2009

Batu pahat

7 jun ini (Ahad = Birthday Hazmira), kami semua akan pergi ke Batu Pahat mengikut rombongan merisik dan bertunang Ghafur (adik sepupu by).
Kami semua akan pergi aggaran 7 kereta. Dah ajak mak dan ijah. Mulanya mak malas nak pergi. Tapi, setelah di ‘racun’, hahaha, akhirnya Mak terpengaruh juga. Lagipun kyra tiada, sebab balik ke rumah tok wan Terengganu.
Yang akan pergi daripada keluarga sy dan by ialah Mak, Ijah, Mak Mertua, Suzi, Lily, Yola dan Madi. Balik dari sana, Fieda, my dearest fren nak tumpang balik sebab balik dari rumah suaminya di Johor. Jadi, kedua – dua kereta kami akan digunakan. Just nice…
Seronok juga, sebab dah lama tak jalan – jalan dengan family semua dan yang penting bila dah ada family baru ni.
Plannya, kami akan ambil exit Ayer Hitam (Lebuhraya Utara Selatan) ke Batu Pahat.
Selepas selesai semuanya, kami akan berpisah daripada rombongan untuk buat plan kami sendiri iaitu, membeli belah di pekan Ayer Hitam. Itu yang buat mak nak ikut sekali sebab mak nak beli tanglung yang tidak sempat dibeli masa dia ikut rombongan RT ke Johor dahulu.

Di samping itu mari kita lihat di Google apa cerita dan benda yang menarik di Batu Pahat ni.

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah daerah di Johor dan bandar yang kedua terbesar di Johor.
Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.
Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.
Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggram ikan-ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini kemudiannya dijadikan ikan kering.
Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Johor.

Tempat menarik yang boleh dilawati ialah singgah di "Benteng" iaitu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat yang berhadapan dengan Hospital Pakar Putra. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah, Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden, "mi racun" dan lain-lain lagi. Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Pada waktu malam, "BP walk" adalah destinasi yang terkenal di Batu Pahat. Ia adalah sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang terkenal dengan bermacam-macam jenis gerai makanan tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari.
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan dan pengeksportan tekstil di Malaysia. Jenama pakaian sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma dibuat di sini dan dieksport semula keluar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan mentah dan rempah ratus. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.Antaranya Munchy's,Hup Seng dan Hwa Tai.