Thursday, June 28, 2012

Penyakit tidak boleh Makan

Ermm.. agak pelik bunyinya. Sebenarnya, lebih elok dengan penyakit “tiada selera makan”. Tapi tak kene juga. Sebab selera untuk makan ada. Cuma bila makan je, masuk mulut, terus hilang semua selera. Bukan atas faktor makanan tak sedap. Perut pun akan rasa senak bila makanan yang ditelan sampai ke perut. Pelik kan??? Tapi itulah yang melanda suami saya a.k.a By. Badan by pun makin lama makin kurus. Pipi makin cengkung. Pernah sebelum ni, bila cek di klinik kesihatan Batu 14 tu, dia refer n suruh cek kat hospital Serdang. Di hospital Serdang, cek sume dalaman dan luaran. Cek darah, air liur dll. Memang buat checkup yang very thorough. Sampai 3 kali kene datang. Sebab doc tak pasti dan tak jumpa apa masalah sebenar. Sampaikan doc suspek kemungkinan besar sebab kanser. Tapi doc akhirnya dah confirmkan by tiada apa2 masalah.


Bila pergi cek dekat rumah seorang datin @ ustazah ni, dia kata by terkena santau. Santau angin. Masa ustazah tu cek memang dada by rasa panas serta-merta. Menyeramkan. Patutlah doc pun tak jumpa sebab sebenar.

Bila pergi ber”ubat”, selera by akan pulih balik macam biasa. Tapi tak lama lepas tu, datang semula. Setiap pagi, sarapan kuih sebiji. Tengahari makan nasi separuh pinggan, tapi tetap tak habis. Malam pun sama. Setiap hari macam tu. Mana boleh jadi macam ni. Susu untuk orang minum bina badan dah minum, vitamin B complex dan vitamin2 lain yang boleh tambah selera makan pun dah makan. Tapi tetap tak berkesan. Kesan yang ditunjukkan hanyalah sementara.

Baru ni, minta by cuba rawatan ni DarusSyifa' di bangi. Kali ni dah masuk dua kali by pergi. Kali pertama pergi, memang berkesan. By kembali normal makan. Tapi bila sahaja habis air yang dibekalkan ustaz tu, by kembali semula dengan keadaan lama dia. Iyala.. tak kan la sekali pergi berubat je dah ada sembuh semuanya 100%. Ustaz tu pun memang ada kata, kalau berulang kembali, minta datang semula. Kali ni dia pergi lagi dan kesannya nampak lebih memberansangkan kali ni. Alhamdulillah… Harap ianya berkekalan. Amin..Tapi yang tak bestnye tak dapat nak songlap food dia lagi. Sebab kalau dulu, dia tak habis je makan, sure sy dengan rela dan besar hatinya akan menghabiskan semua makanan yang tinggal. Hehehe….Takpe Riny, cuba fikir positif….lepas ni tak payah la nak kene makan banyak ;p..chewah, ayat nak sedapkan diri sendiri…

Ni pics dia yang tengah slim ala2 Ziana Zain yang takde aset.hehehehe. Jangan marah ye laling..



Nanti bila ada perubahan pertambahan isi badan, sy akan tunjukkan. Harap-harap kali ni sembuh la segala penyakit dia. InsyaAllah..


“Ya Allah, Kau jauhkan lah kami daripada segala penyakit dan perkara berbahaya, dan jauhkanlah kami daripada hasad dengki dan fitnah. Sesungguhnya hanya pada-Mu Ya Allah, tempat kami memohon dan minta perlindungan. Dan sesungguhya Kau maha Pengasih dan Penyayang…..Amin..”