Tuesday, August 2, 2016

Suatu Petang di Ofis Mummy

After attended a wedding at KL, Abah tinggalkan kita di ofis mummy untuk 3 jam sebab abah nak sambung keje dia sikit. So, mummy pun nak setelkan keje mummy sikit mana2 yang sempat.
Bawaklah 3 beradik ni ke ofis for the first time.
Aktiviti kita:
- lari-lari
- jerit-jerit
- tengok video
- lain-lain lagi exploring activities (nasib kita berempat je kat sini hari ni..fuh..gamat betul)






Tuesday, July 12, 2016

Late Post: Anniversary Vacation 30 April - 1 May 2016

1 Mei 2016 – Anniversary kami yang ke 7.

Alhamdulillah, dah 7 tahun kami bersama. Anak pun dah 3.

Kali ni, kami pergi bercuti ke Melaka. Jalan dekat-dekat je. Sejak Arash lahir, ni la kot yang paling jauh kami pergi. Lama betul tak pergi bercuti. Excited sangat rasanya.

Percutian kali, percutian ala kadar je. Ala kadar dari segi kos, masa dan tenaga. Memandangkan rasa susah kalau nak berjalan ramai-ramai dengan anak kecik yang tengah nak melasak. Mencabar sungguh. Jadi, tak nak stress-stress, kita buat ala kadar (simple) yang penting relax n enjoy.

30 April 2016 (Sabtu): Kami gerak awal pagi dalam pukul 8. Singgah di Sunway Kayangan untuk sarapan dulu. Sebab risau R&R akan penuh memandangkan cuti panjang (Hari Buruh, 1 Mei 2016 jatuh hari Ahad, jadi Isnin tu cuti juga).
Memandangkan waktu untuk Check In hanya pada pukul 3pm, kami plan nak singgah dulu mana-mana tempat yang sesuai. Tapi memang takde plan apa-apa pun. HAHA…

Da habis sarapan dan dah mulakan perjalanan, baru nak Google dan cek mana-mana tempat menarik boleh singgah. Tengok Google Map jugak sebab nak tahu jarak perjalanan dan laluan sebab tak mahu laluan ni divert daripada laluan sebenar nak ke hotel.

Akhirnya decide ke Pantai Tanjung Bidara. Memang rezeki kami. Orang ramai di Tanjung Bidara hampir 80% semuanya sebab ada family day. So, pondok-pondok rehat lebih kurang 3 daripada 10 pondok je yang ada orang duduk. Yang lain semuanya kosong. Mujur sangat. Sebab kami rancang nak lunch di situ dan disebabkan ni semua plan last minute, kami memang tak bawak tikar atau alas untuk duduk. Mujur boleh duduk di pondok rehat je. 
Alhamdulillah.

Lunch pun makan makanan yang dah siap-siap masak dari rumah. Kami bawa bekal makanan dan air. Hehe.. rajin pula kali ni.. Menu, ayam goreng bersambal cili kering, telur dadar, timun dan sambal kentang, nugget and popia. Air kotak besar siap frozen kan awal-awal. So, menjelang nak sampai ke pantai, air kotak tu masih berais lagi. So, jimat dan mudah kan… Hehe…

Jenuh jugak nak menghabiskan masa kat pantai tu. Maklumlah, kami sampai dalam pukul 11am. Nak buang masa sebab perjalanan nak ke hotel lebih kurang 50 minit. Check in pulak pukul 3… dengan Ammar yang hampir tiap-tiap 5 minit tanya bila nak pergi Hotel, Arash pula melasak nak explore semua tempat agak mencabar jugak rasanya.





Selesai habiskan masa, kami bertolak ke Hotel. Kami ke Swiss Garden Hotel & Residences. Sebab apa pilih hotel ni, sebab swimming pool dia. Wah… memang terbaik. Ada simple jakuzi. Service pun terbaik. Towels untuk swimming pool provided.

Swimming pool punya location di Level 9. So, kalau da Check in and terus nak mandi pun boleh. Sebab walaupun cuaca kat luar panas, area swimming pool still sejuk, berangin dan nyaman. Arash siap tertidur lena dalam stroller. Bagus betul. Takde la nak kena hadap explorasi dia tu. Huh, tenang.

Oye lupa… Kalau nak Check In tu, make sure anda tahu anda book bilik under Hotel atau Residences. Sebab floor untuk check in adalah berbeza.

Konsep hotel adalah Hotel + Residensi + Shopping Mall. So, tak pening kepala kalau tiba-tiba pelampung anak bocor. Sebab kat Shopping Mall dia ada kedai DIY. Ada jual pelampung… Hahaha.. sy memang beli pelampung dekat kedai DIY. Pelampung yang sama dengan kualiti yang sama dijual dengan harga bawah RM10. HAHAHAH…untung-untung. 

Banyak barang-barang lain lagi murah dan menarik dan unik di DIY (eh, promote terlebih pulak).

Ok. Ni je yang tak bestnya. Lif dia… memang jenuh. Sebab Hotel ni ada banyakkkkkk tingkat (tak ingat berapa). Tapi lif sangat limited. So, bertabah la ye…







Aktiviti malam pula….

Kami pergi makan malam area situ. Tak pasti nama kedai makan. Tapi tempat yang sangat strategik. Setel makan malam, ingatkan nak naik river cruise. Tapi malangnya semua tiket sold out malam tu. Huhu, bising ammar n asya. Jenuh nak fahamkan yang “TIKET HABIS”. 

Dan menariknya hotel ni adalah, kat bawah hotel je ada kaunter and Jeti nak naik river cruise. So, tak payah nak pening-pening nak kena drive kereta pergi ke Dataran Pahlawan untuk ke kaunter/station River Cruise.

So, jalan-jalan sekejap dalam mall and masuk bilik. Then, tidur….




Bilik serius memang besar. Kami 5 beranak boleh selesa tidur walaupun hanya ada dua single bed. Asya n ammar satu katil. Sy, b and Arash satu katil. Ada lagi mereka provide sofa bed. Tapi takpela…tidur sekatil. Messwra sikit. Chewah….

Bangun pagi, b keluar cari sarapan sendiri. Jalan kaki je katanya. Malas nak drive. Balik je b tapaukan nasi lemak. Special katanya juga. Tapi…………… memang special. Sedap sangat. Dia pun kata, memang ramai orang beratur. Hua…xcukup sebungkus…

B continue dengan Asya and Ammar pergi mandi swimming pool lagi. Sy dengan Arash dating dalam bilik sudah sambal mengemas untuk check out.
Check out, kami singgah di food court sebelum exit nak masuk Highway for lunch.



Overall, sangat happy. Memang kena repeat lagi. Semuanya kena repeat, especially River Cruise + Nasi Lemak. HAHHAHAHA. Makanan jugak aku ni…


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raya 2016

Assalammualaikum...
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Kosong-kosong (0-0) ye...




Monday, April 4, 2016

Wednesday, March 30, 2016

Apa pendapat anda

Melihat kepada suasana politik masa kini, apa pendapat anda?

Pada saya, macam ada sesuatu yang tak kena. Eh, bukan macam dah. Memang segalanya serba tak kena.
Semua ada agenda peribadi masing-masing. Kami sebagai rakyat pandai-pandailah nak hidup. huhu.. sedih

Tawakal hanya pada Allah. Moga kita sentiasa di bawah lembayung kasih-Nya. Amin...

Last but not least, saya nak bagi tahu, apa-apapun we luv him as our leader..hehe
My Tun Mahathir Mohamad, Our Lovely Tun.
07 December 2015: B & Amin @ Majlis Bersama YB Tan Sri Muhyiddin, Kg Baru.

Wednesday, March 23, 2016

Apa yang anda selalu kongsikan


Sekarang ni dah berbagai-bagai teknologi media sosial yang wujud contohnya Facebook, Instagram, Tweeter, Whatsapp, Telegram ..............................(dan berbagai-bagai lagi).

Sesetengah orang, semua perkara dia nak post. Selamber je dia post. Check in kat toilet pun dia post jugak. Ooo... ni memang extreme...

Tapi ada juga sesetengah orang, xmo post apa2. Cuma nak gunakannya sebagai sumber menambah ilmu dan mengetahui perkembangan semasa dengan baca news (i.e. Utusan, Harian Metro, The Star, Malaysiakini...............................dan berbagai-bagai lagi) termasuklah hasil penulisan2 individu atau group2 berkenaan sesuatu perkara atau minat (i.e Kelab Che Det, Saya Sayang Tun Dr Mahathir, Masak Apa hari Ini........dll) dan tidak ketinggalan news/updates daripada keluarga dan sahabat handai terdekat yang lalu dalam News Feed dia.

Dan ada juga yang kadang2 / jarang2 post personal updates. (saya la tu..hehe)

Sebab apa saya jarang update? Sebab saya "segan"...HAHAHAHA.

Saya perasan, orang ramai sekarang lebih gemar menghakimi sesuatu perkara berbanding cuba memahami perkara tersebut. Jadi, disebabkan tak mahu orang "judge" saya lebih-lebih, baik saya kurangkan. Orang jawa selalu cakap, "Less is more".

Nur Anastasia Sofea being 6 years old

Hari ni genap Asya berumur 6 tahun.

"Mummy, bila bday kakak?"
Soalan ni kami kena dengar hampir 3 bulan.... lebih mengharukan bila da masuk je bulan satu, 2016, hampir setiap hari balik sekolah dia akan tanya soalan yang sama. Aduh.... parah hari-hari nak kena jawab n buat countdown.


Selamat Hari Lahir Kakak
Ni je mummy mampu bagi. Hehe.
Kakak wish nak make up.

Celebrate kat sekolah:
        

Mari kita imbas Asya pada hari yang sama, 6 tahun yang lalu.

 

Details:
D.O.B: 23 March 2009
P.O.B: Hospital Serdang
Weight: 3.03 kg

Wahhhhhhhhh..

Wahhhhhhhhh... Dah terlalu lama meninggalkan blog ni. Hampir tiga tahun.

Memang dalam keadaan sekarang, masa amat terhad. Baik ketika di pejabat apatah lagi di rumah.

Apa cerita menarik yang nak dikongsikan ye? Selain daripada anak dah bertambah menjadi 3 orang. Hihi
Perasaan bila anak dah bertambah ni, terus rasa nak menambah-nambah lagi anak...hihihi..(pengsan).

Ok. Cukup dahulu buat masa ni. Nanti kita sambung cerita lagi.




Thursday, June 20, 2013

The Beautiful of my lil (always be) Brother’s wedding...

Chewah, title je in English. Hehe…

Hampir dua minggu adik sy kini bergelar suami orang. Menggalas tugas baru dan lebih besar. Memulakan tugas menakhoda bahteranya sendiri kini. Semoga berjaya dan sentiasa di lindungi yang Maha Esa.

Majlis pernikahan telah dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Puchong Utama pada 8 Jun 2013. Majlis telah berlangsung pada pukul 12 tengahari. Berikut, beberapa gambar pada hari pernikahannya…







  


Majlis persandingan pula telah berlangsung pada 9 Jun 2013 bertempat di:

Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2,
Presint 15 (Presint Diplomatik), Putrajaya
(2056’39”N 101043’29”E)

Berikut, beberapa gambar pada hari majlis persandingannya...







Wednesday, February 6, 2013

It’s SPA Party Time @ Tanamera Wellness Spa Centre

Masa untuk memanjakan diri telah tiba kembali. Tapi kali ni memanjakan diri seluruh badan. Buat tempahan dengan meminta quotation harga bagi 4 orang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti di bawah. Atau untuk maklumat lanjut bagi rawatan-rawatan lain yang disediakan, boleh semak di laman web Tanamera.

Kali ini dengan geng yang sama pergi ke Mani/Pedicure dan Herbaline, kami berempat (Radz, Nik, Rahmah n me) mengambil pakej Bumi Spa. Memandangkan kami pergi berempat. Pihak spa memberi kami konsep Spa Party. Makanan dan minuman disediakan. Turut diberikan, diskaun sebanyak 20%. Tapi rugi plak, sebab baru perasan tadi, ada offer, kalau datang berdua pun dah dapat 30% diskaun (offer starts from 1st Jan-31st March 2013 . Masa kami pergi hari tu, mereka hanya dapat berikan diskaun 30% kalau kami datang ber enam.

Kenapa kami memilih cawangan di Kayu Ara? Pada asalnya kami nak buat di cawangan Pertama Complex, tapi mereka tak dapat nak cater untuk 4 orang sekali gus. Staf tidak mencukupi. Begitu juga dengan cawangan di Subang Jaya. Yang mereka boleh lakukan, dua orang sahaja dalam satu masa. Memandangkan kami nak buat pakej Bumi Spa, yang mengambil masa lebih daripada 4 jam, so, kalau tak buat serentak/bersama, seharian la duduk dalam tu. Penat menunggu je nanti.

Kami pergi pada 31 Disember 2012(Isnin). Masing-masing dah apply Annual Leave. Setelah penat bekerja tahun ni, bonus pun da masuk. Ini la masanya kami memanjakan diri kami. Hehehehe..

Nak ceritakan pengalaman di sana. Overall experience.. Memang best. Tapi…………… rasa tak berbaloi dengan pakej yang diambil. Bagi urutan, scrub badan, mask, steam bath n mandi (bunga/susu), semua tu best. Giler best…!!! Tapi bagi pakej Bumi Spa ni, termasuk dengan Faceworks, Hairworks dan Footworks. Yang tiga-tiga “Works” ni, memang tak berbaloi / best. Sebab mengapa sy kata begitu:

1. Faceworks – Proses dia, mula-mula cuci dengan pencuci muka, kemudian scrub muka. Then basuh n urut. Tiada extraction atau details yang macam kita boleh dapat masa pergi ke Herbaline tu atau mana-mana facial muka ditempat lain. Sebab sy rasa dia punye main is URUTAN.

2. Hairworks – proses yang hanya melibatkan sapuan krim minyak kelapa (rasanyalah, sebab ada bau) dan sedikit urutan kepala, then kepala dibalut / diserkup dengan shower cap.

3. Footworks- yang ni lagilah mengecewakan. Sy harap kan adalah sedikit scrubing. Tapi, mereka hanya rendamkan kaki kita dalam air bunga dan gosok2 dengan bunga2 tu sikit dan terus lap. Apa yang “Footworks” nye xtaula.

So, bagi sy better ambil Pakej yang ada massage, bodyworks (scrub, mask and bath) dan steam bath macam pakej Semarak Api tu sahaja da cukup. Atau boleh ambil untuk urutan sahaja. Sebab memang kepakaran mereka adalah urutan. Urutan mereka memang best. Body scrub pun best. Ada unsur2 urutan disitu.

Atau boleh juga ambil Warming Massage, bagi mereka yang ingin menguruskan badan macam sy nih. Sekarang ni, ada promotion.
  
  


Thursday, November 29, 2012

Girlz day Out!!! Cuti Deepavali lalu (13/11/2012), team sama yang pergi Facial @ Herbaline kini mencuba sesuatu yang baru iaitu mencari Spa Manicure & Pedicure yang menarik. Setelah sedikit penyelidikan dibuat, kami memilih untuk membuatnya di Chic Nail Spa by Soong Ai Ling yang terletak di Bangsar Village II.


Temujanji kami dibuat seawal pagi, 10am. Tapi sebelum itu, acara wajib kami adalah Breakfast di Chawan, yang juga terletak di kawasan berhampirannya. Sedapnya Nasi Lemak Bungkus Chawan tu… Bila teringat je, terus terliur. Nak lagi..nanti ada masa, hasut By pergi breakfast di sana. Hehehe.

Ok, continue balik part mani&pedi nih. Tiada apa sangat yang boleh diceritakan. Cuma boleh tengok beberapa picas di bawah yang boleh anda lihat.

 

  

Overall experience, so so je. Seronok dengan ambience dia, tapi servis yang diberi kurang menarik/best. Especially part pedicure. Exfoliation of rough skin on the heels and balls of feet, really bad… Tapak kaki yang diberus/scrub, masih ada lagi atau boleh nampak kulit kerasnya. Tak bersih sangat. Masih ada lagi kesan2 hitam a.k.a daki di kaki-kaki kami nih. Buffing&polishing pun tak shining sangat. Mungkin kami perlu ambil package/servis extra untuk remove semua tu. Tapi tak kan la dengan package yang kami ambil tu, daki/kesan hitam pun boleh nampak lagi. Scrubing yang staf mereka buat pun, sekejap je. Macam cukup syarat. Kalau nak kata itu bergantung kepada staf yang attend kita, masalahnya, kami berempat dilayan oleh staf-staf yang berbeza. Dan pengalaman dengan servis yang kami terima, semuanya sama.

Kami buat perbandingan dengan Spa Manicure & Pedicure yang diberi percuma oleh Taylor’s kepada staf-staf after mereka menerima University status. Sangat-sangat berbeza. Agak kecewa kali ini. Radz beritahu, she can get better service @ Nail Parlour. Ermm, mungkin kami boleh cuba pula di sana lain kali.

Serba-sedikit info mengenai spa ni kepada mereka yang mungkin berminat:

Harga:
Manicure: RM 45
Pedicure: RM55

Chic Nailspa
1F-22, Bangsar Village II,
No.2, Jalan Telawi 1,
Bangsar Baru,59100
Kuala Lumpur
Tel: 03-22825972