Wednesday, February 6, 2013

It’s SPA Party Time @ Tanamera Wellness Spa Centre

Masa untuk memanjakan diri telah tiba kembali. Tapi kali ni memanjakan diri seluruh badan. Buat tempahan dengan meminta quotation harga bagi 4 orang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti di bawah. Atau untuk maklumat lanjut bagi rawatan-rawatan lain yang disediakan, boleh semak di laman web Tanamera.

Kali ini dengan geng yang sama pergi ke Mani/Pedicure dan Herbaline, kami berempat (Radz, Nik, Rahmah n me) mengambil pakej Bumi Spa. Memandangkan kami pergi berempat. Pihak spa memberi kami konsep Spa Party. Makanan dan minuman disediakan. Turut diberikan, diskaun sebanyak 20%. Tapi rugi plak, sebab baru perasan tadi, ada offer, kalau datang berdua pun dah dapat 30% diskaun (offer starts from 1st Jan-31st March 2013 . Masa kami pergi hari tu, mereka hanya dapat berikan diskaun 30% kalau kami datang ber enam.

Kenapa kami memilih cawangan di Kayu Ara? Pada asalnya kami nak buat di cawangan Pertama Complex, tapi mereka tak dapat nak cater untuk 4 orang sekali gus. Staf tidak mencukupi. Begitu juga dengan cawangan di Subang Jaya. Yang mereka boleh lakukan, dua orang sahaja dalam satu masa. Memandangkan kami nak buat pakej Bumi Spa, yang mengambil masa lebih daripada 4 jam, so, kalau tak buat serentak/bersama, seharian la duduk dalam tu. Penat menunggu je nanti.

Kami pergi pada 31 Disember 2012(Isnin). Masing-masing dah apply Annual Leave. Setelah penat bekerja tahun ni, bonus pun da masuk. Ini la masanya kami memanjakan diri kami. Hehehehe..

Nak ceritakan pengalaman di sana. Overall experience.. Memang best. Tapi…………… rasa tak berbaloi dengan pakej yang diambil. Bagi urutan, scrub badan, mask, steam bath n mandi (bunga/susu), semua tu best. Giler best…!!! Tapi bagi pakej Bumi Spa ni, termasuk dengan Faceworks, Hairworks dan Footworks. Yang tiga-tiga “Works” ni, memang tak berbaloi / best. Sebab mengapa sy kata begitu:

1. Faceworks – Proses dia, mula-mula cuci dengan pencuci muka, kemudian scrub muka. Then basuh n urut. Tiada extraction atau details yang macam kita boleh dapat masa pergi ke Herbaline tu atau mana-mana facial muka ditempat lain. Sebab sy rasa dia punye main is URUTAN.

2. Hairworks – proses yang hanya melibatkan sapuan krim minyak kelapa (rasanyalah, sebab ada bau) dan sedikit urutan kepala, then kepala dibalut / diserkup dengan shower cap.

3. Footworks- yang ni lagilah mengecewakan. Sy harap kan adalah sedikit scrubing. Tapi, mereka hanya rendamkan kaki kita dalam air bunga dan gosok2 dengan bunga2 tu sikit dan terus lap. Apa yang “Footworks” nye xtaula.

So, bagi sy better ambil Pakej yang ada massage, bodyworks (scrub, mask and bath) dan steam bath macam pakej Semarak Api tu sahaja da cukup. Atau boleh ambil untuk urutan sahaja. Sebab memang kepakaran mereka adalah urutan. Urutan mereka memang best. Body scrub pun best. Ada unsur2 urutan disitu.

Atau boleh juga ambil Warming Massage, bagi mereka yang ingin menguruskan badan macam sy nih. Sekarang ni, ada promotion.
  
  


Thursday, November 29, 2012

Girlz day Out!!! Cuti Deepavali lalu (13/11/2012), team sama yang pergi Facial @ Herbaline kini mencuba sesuatu yang baru iaitu mencari Spa Manicure & Pedicure yang menarik. Setelah sedikit penyelidikan dibuat, kami memilih untuk membuatnya di Chic Nail Spa by Soong Ai Ling yang terletak di Bangsar Village II.


Temujanji kami dibuat seawal pagi, 10am. Tapi sebelum itu, acara wajib kami adalah Breakfast di Chawan, yang juga terletak di kawasan berhampirannya. Sedapnya Nasi Lemak Bungkus Chawan tu… Bila teringat je, terus terliur. Nak lagi..nanti ada masa, hasut By pergi breakfast di sana. Hehehe.

Ok, continue balik part mani&pedi nih. Tiada apa sangat yang boleh diceritakan. Cuma boleh tengok beberapa picas di bawah yang boleh anda lihat.

 

  

Overall experience, so so je. Seronok dengan ambience dia, tapi servis yang diberi kurang menarik/best. Especially part pedicure. Exfoliation of rough skin on the heels and balls of feet, really bad… Tapak kaki yang diberus/scrub, masih ada lagi atau boleh nampak kulit kerasnya. Tak bersih sangat. Masih ada lagi kesan2 hitam a.k.a daki di kaki-kaki kami nih. Buffing&polishing pun tak shining sangat. Mungkin kami perlu ambil package/servis extra untuk remove semua tu. Tapi tak kan la dengan package yang kami ambil tu, daki/kesan hitam pun boleh nampak lagi. Scrubing yang staf mereka buat pun, sekejap je. Macam cukup syarat. Kalau nak kata itu bergantung kepada staf yang attend kita, masalahnya, kami berempat dilayan oleh staf-staf yang berbeza. Dan pengalaman dengan servis yang kami terima, semuanya sama.

Kami buat perbandingan dengan Spa Manicure & Pedicure yang diberi percuma oleh Taylor’s kepada staf-staf after mereka menerima University status. Sangat-sangat berbeza. Agak kecewa kali ini. Radz beritahu, she can get better service @ Nail Parlour. Ermm, mungkin kami boleh cuba pula di sana lain kali.

Serba-sedikit info mengenai spa ni kepada mereka yang mungkin berminat:

Harga:
Manicure: RM 45
Pedicure: RM55

Chic Nailspa
1F-22, Bangsar Village II,
No.2, Jalan Telawi 1,
Bangsar Baru,59100
Kuala Lumpur
Tel: 03-22825972

Wednesday, November 7, 2012

Bercuti ke Taiping

Kali ini kami memutuskan untuk pergi bercuti pada Hari Raya Aidiladha (26.10.2012). Keputusan yang agak 'kejam' juga. Tapi, ‘bos’ kata ok, so ok la. Sebab kali ni giliran Raya Haji di rumah Parents dia (aka my MIL), hehehe…

Kami memilih hotel Taiping Golf Resort (TGR). Pilihan dibuat berdasarkan faktor yang paling utama, iaitu harga dan ke ber baloiannya. Penginapan di sana termasuk dengan breakfast. Booking boleh dibuat terus dengan pihak hotel TGR dan bayaran sebanyak 10% sahaja yang diperlukan untuk booking. Hotel pula, ada swimming pool. Memang plan nak cari yang ada swimming pool untuk my Asya yang sekarang ni sangat suka main air.

Kami bertolak pada pukul 7.00 pagi dan singgah di R&R Restoran Jejantas Sg. Buloh. Tapi malangnya, hanya KFC & Dunkin’ Donuts je yang beroperasi. Orang pun ramai. Kedai-kedai makan yang lain semuanya tutup. Ermmm, ni la risiko yang telah kami jangkakan bila bercuti pada hari raya “besar” orang Islam ni. Kami pergi ke sungai buloh untuk mencari mana-mana kedai Mamak yang mungkin beroperasi pada pagi2 raya nih. Malangnya, tiada satu pun yang buka. Siap survey sampai Damansara Damai. Last2 breakfast je la di Mc Donalds.

Adik mamam apa tu???




Perjalanan diteruskan tanpa henti (menggunakan PLUS highway). Perhentian yang kami ambil hanya di R&R Sungai Perak, untuk makan tengah hari. Selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan dan mengambil Exit Taiping Utara.

Di Hentian Sungai Perak Adik & Kakak in Action
Kami tiba di TGR pada pukul 1 lebih. Check in sepatutnya pada pukul 3pm, tapi pada pukul 2 kami dah daftar dan staf disitu bagi masuk. Best2…dapat rehat awal.



  
Abah tengah register nak check in
Pukul 5 kami turun untuk mandi di swimming pool. Siap bawa pelampung sendiri. Best2. Nasib attire untuk mandi di pool tak ketat macam di sesetengah hotel. Kami pakai baju biasa sahaja. No swimming suits. Hehehe....



Aktiviti pada malam hari, kami hanya pergi makan malam di satu-satunya restoran mamak yang beroperasi dikawasan tersebut. Sedap..tapi berlalat.. Kemudian, kami pergi kea rah Tesco, Taiping. Rupa-rupanya disitu, banyak kedai-kedai makan yang ada. Sebab sebelah Tesco tu, ada pasaraya Taiping Sentral. Memang best. Happening…

Ingat nak pergi ke Zoo Taiping Night Safari malam tu, tapi bila terbaca sebelum ni komen2 mereka yang pergi, rasa tak berbaloi. Sebab banyak haiwan tak boleh nampak sebab keadaan yang agak gelap. So, agak rugi, takut Asya tak berapa nampak haiwan2 tu semua.

Pagi2 kami bangun awal sebab nak breakfast. Breakfast buffet dia agak best. View pun menarik. Semua ada. Bubur nasi untuk my lil baby Ammar pun ada. Habis je breakfast, kami cepat2 masuk ke pool semula. Asya dah semakin berani. Siap nak ikut abah dia mandi kat kolam dewasa. Tapi bersama dengan pelampung dia. Sebab kalau kat kids pool, kaki dia still jejak smpai dasar pool. So dia rasa tak best. Adik mandi dengan mummy je la ye. Kami mandi puas2. Weeehoooooo…..

Bila tengok anak-anak da kecut-kecut, kami masuk bilik semula dan start packing untuk check out.

Perjalanan diteruskan ke Zoo Taiping. Bayaran hanya RM12, walaupun di website mereka RM16. Di zoo, kami hanya menggunakan Tramp yang disediakan. Tak larat rasanya nak berjalan bersama dua kenit tu. Pemandu tramp akan tunjukkan haiwan2 yang terdapat disitu. Last stop, dia drop kan kami disebelah kandang Gajah, bersebelahan pintu keluar.




Overall, pengalaman percutian yang SANGAT best. Ditambah anak2 yang sangat memberi kerjasama sepanjang percutian ni. Masing behave, tak buat ragam. Luv u all….

Lain kali kita buat trip lain ye....