Monday, August 24, 2009

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Sumber dari: http://hspben.moh.gov.my/

Berpuasa ketika mengandung

Hari ini merupakan hari ke-3 umat Islam berpuasa di bulan yang mulia ini.

BAGI wanita yang mengandung khususnya kali pertama, tentu mempunyai banyak persoalan sama ada kehamilan dan berpuasa mempunyai kesan sampingan terhadap bayi mereka.

Umum mengetahui bahawa Islam memperuntukkan pengecualian berpuasa semasa bulan Ramadan ini kepada golongan tertentu, antaranya:

1. Wanita yang kandungan mereka mencapai trimester ketiga (tiga bulan terakhir) dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.

2. Wanita yang menyusukan anak

3. Wanita yang sedang haid

4. Wanita yang mengalami nifas (dalam pantang bersalin)

Kesihatan janin semasa ibu mengandung boleh dilihat dari dua segi iaitu pemakanan ibu dan, gangguan metabolisme badan ibu.

‘‘Sebelum melaksanakan ibadah puasa, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal anda kerana beliau lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan juga sejarah kesihatan anda.

‘‘Berkemungkinan doktor menasihati agar anda tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga mengalami permasalahan dengan sistem pencernaan terutamanya loya dan muntah semasa awal mengandung.

‘‘Prinsip pemakanan yang betul penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, pola pemakanan wanita hamil sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu – ibu dan janin yang dikandung. Bagaimanapun, jangan pula keterlaluan dalam pengambilan makanan semasa di bulan Ramadan ini.

Ujar beliau, adalah penting bagi wanita hamil minum air secukupnya memandangkan negara kita berada di garisan Khatulistiwa yang mana cuacanya panas sepanjang musim.

‘‘Ini dapat menghindari daripada berlakunya dehidrasi (tubuh kekurangan air atau kontang). Dinasihatkan supaya puan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

‘‘Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mendatangkan apa-apa ancaman.

‘‘Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi),’’ jelasnya.

Dr. Shah Reza berkata, berat badan ibu mungkin berubah sepanjang Ramadan ini bergantung kepada amaun kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa pada bulan Ramadan tidak memudaratkan ibu jika mereka mengambil kalori dan zat makanan dengan mencukupi.

Lagipun, berpuasa untuk orang Islam bermakna hanya makanan tengah hari dilupuskan manakala pengambilan sarapan pagi (sahur) serta makan malam (berbuka puasa) perlu diamalkan mengikut yang disyorkan oleh agama.

Wanita mengandung, kata Dr. Shah Reza, sebenarnya mudah mengalami komplikasi akibat kesalahan amalan pemakanan mereka. Kebuluran berlaku pantas dalam tempoh ini.

‘‘Jika kalori serta zat pemakanan tidak ditegaskan dengan betul, metabolisme badan ibu akan mengalami perubahan proses biokimia dari glikolisis ke lipolisis dan seterusnya pembentukan bahan-bahan berketon.

‘‘Ini yang berlaku pada ibu-ibu yang mengalami loya-loya dan muntah-muntah semasa mengandung di trimester pertama (tiga bulan pertama) sehingga mereka perlu dimasukkan ke wad sakit puan,’’ ujarnya.

Dr. Shah Reza menyarankan agar wanita hamil tidak meninggalkan sahur sekiranya ingin berpuasa dan berat badan perlulah diamati supaya metabolisme badan tidak menjejaskan kesihatan mereka serta janin.

Pakar perbidanan biasanya tidak menggalakkan ibu mengandung untuk berpuasa pada trimester pertama (12 minggu pertama) dan juga pada trimester ketiga.

‘‘Mengandung pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan dengan syarat kesihatan badan serta mental puan bagus dan pakar perbidanan mengesahkan bahawa puasa mungkin tidak memudaratkan.

‘‘Pemantauan puan serta kandungan akan dilakukan lebih kerap. Dikhuatiri, permasalahan yang timbul bukan dari segi pemakanan tetapi dari segi kekeringan air dari badan akibat pengambilan air yang berkurangan selama 10 hingga 14 jam,’’ terang Dr. Shah Reza.

Sekiranya pola pemakanan wanita hamil tidak betul, berkemungkinan anda akan mengalami:

1. Ketidakhadaman dan senak perut akibat terlalu abnyak makan terutamanya makanan berempah, berlemak serta bergoreng dan juga minuman bergas atau berkarbonat

2. Sembelit akibat makan makanan diproses, kekurangan pengambilan air serta serat. Bagi mengelakkannya, banyakkan makanan berbijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran

3. Kelesuan serta keletihan. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan banyak kandungan berkanji serta berkarbohidrat dan berlemak

4. Sakit kepala dari tidur yang tidak mencukupi. Tidur haruslah mencukupi untuk memastikan keseimbangan mental serta fizikal keesokan harinya semasa anda ke tempat kerja, pengajian dan sebagainya. Kurang tidur boleh menyebabkan kekeliruan, bercelaru, ketidakcernaan dan sakit kepala. Ini membahayakan kandungan serta janin.

5. Kekejangan otot-otot

Dr. Shah Reza memberitahu, jika berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, anda mungkin mengalami gejala hipoglisemia iaitu kekurangan gula badan.

Hipoglisemia terbahagi kepada dua iaitu:

1. Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, jantung berdebar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah, loya dan muntah-muntah.

2. Rungutan yang bersabit dengan kurang penggunaan glukos oleh otak, lama kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah.

Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang daya tumpuan, kekeliruan, mengantuk, kesedaran tenggelam timbul, hilang keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Wanita mengandung seboleh-bolehnya perlu

1. Menghindari pengambilan gula, garam, makanan berminyak dan lemak berlebihan.

2. Minuman berkafeina khasnya dari kopi juga perlu dielakkan.

3. Amalkan memakan makanan yang segar sahaja dan mengelakkan makanan diproses.

4. Pastikan buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai menu utama. Makanan tersebut lazimnya kurang kalori dan selalunya juga, sukar untuk memakan makanan tersebut secara berlebihan kerana mudah kenyang.

5. Makanan sampingan seperti kuih muih contohnya kuih tanjung, Nekbat, jala mas boleh dimakan kerana nafsu pada bulan Ramadan yang mendorong tetapi kurangkanlah. Hanya sekadar mahu merasa, itu sudah memadai.

‘‘Puan juga harus menjalani aktiviti bersenam secara aerobik pada bulan puasa. Ramai yang berkecenderungan untuk menurunkan berat badan pada bulan puasa tetapi sebagai wanita yang sedang mengandung, bersenam bukanlah bertujuan menurunkan berat badan.

‘‘Ia untuk meningkatkan stamina serta menguatkan badan puan semasa proses kelahiran. Bayangkan rahim puan terpaksa berkontraksi berjam-jam lamanya untuk melahirkan bayi.

‘‘Bersenam adalah pendorong utama untuk mengurangkan selera makan. Otak juga mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengurangkan selera dan nafsu makan, jadi bersenamlah secara aerobik selama 20 hingga 30 minit sehari,’’ kata Dr. Shah Reza.

Tambah beliau, Islam mementingkan kesihatan badan wanita hamil. Para saintis Islam sependapat bahawa puasa tidak perlu dilaksanakan sekiranya anda takut dan khuatir akan kesihatan janin.

Sumber oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia keluaran 16/9/2007.

Wednesday, August 19, 2009

Staff Trip to Langkawi-Part 2

Bertolak dengan dari Taylor's dengan 6 bas semuanya pada malam hari Khamis (30 July 2009). Waktu nak pergi ni, baru seminggu dapat tahu yang sy conceived. Cuma sempat test sendiri kt umah guna pregnancy test kit. Itupun sbb nk cek nape dah lewat sangat tak datang period and badan pun rasa tak sedap sangat. Alhamdulillah, positif.
Masa pergi tu, duduk dengan zihah kat seat dua dari belakang. Agak tak selesa juga. Sebab kalau bas langgar apa2 memang terasa dan terhenjut2. Badan dah la rasa tak sedap. Risau juga sebab terhentak2 dalam bas ni. Maklumlah, baru je conceived. Bahaya...Dan kerisauan ku itu memang berasas sebab di Jeti Kuala Perlis, found spots of blood kat underwear. Time tu dah cuak juga. Sebab masa kat rumah, after balik kerja n before bertolak ke Taylor's, memang tiba2 ada darah keluar. Ingatkan period. Tapi tak kan la, sebab da positif pregnent. By, cakap takpe, kalau ada rezeki, insyaallah. Just go and enjoy @ Langkawi. Don't worry to much.

So, after found the spots, tanya kat kak alyn...Kak alyn cakap, maybe because of the implantation. So, need to be careful. This is the critical time. Jadi or tidak... Tawakal to Allah..
We all sampai kat jeti around 6 a.m. Cuci muka kat toilet, solat n breakfast. Makanan memang mahal mengarut je..Then, tunggu feri sampai dalam pukul 7.30a.m.



Dalam Feri
Bila sampai je di Jeti Kuah (Langkawi), hujan pula turun. So, kami tak dapat pergi ke Eagle Square. Tour guide bawa kami shopping minyak gamat and lawat kilang dia. Murah jugak minyak2 gamat dan minyak angin kat sini, Colorful sungguh. Then, ujan pun dah reda and kami terus menuju ke Langkawi Cable Car. Shah Rukh Khan pernah datang wat shooting kat sini. Masa nak naik tu, excited sungguh. Tapi dia punye Cable car memang mencabar siapa yang rasa2nya takut tinggi. Memang scary...Rasa ketar kaki. Ira, memang dah tak sanggup nak buka mata. Zihah, Wani pula, berani giler. Siap posing2 dalam cable car tu taking pics. Aku takut2 plus wat2 berani je. Kak Alin and Ct ok je..View kat atas ni memang lawa. Kita siap boleh nampak pulau2 kecil di Thailand.


@ Entrance Cable Car


After lunch kat Hotel and nak tunggu check in, call by and inform dia. Time tu rasa nak menangis je. Takut benda ni tak jadi. Sedih...Dua bulan tunggu. By pun happy sangat masa tahu positif pregnent. Siap call and inform kat parents dia. Tak sampai hati nak hampakan dia. Kak Alyn, suruh rehat banyak2. Lepas check in, mandi2 and rehat. Kali ni sy share room dengan k.alyn. Pukul 5.30p.m. Activity 1 – The Next Chapter: Endless Possibilities. Memang malas nak join. Tak kuasa. Just lepak dengan k.alyn dalam bilik je. After tu, sape2 yang group leader panggil untuk prepare group performance, kenela turun join. But i'm very lucky. Group sy senyap je. Macam takde apa2 pun. Nasib la...sape suruh tak panggil. Group leader pun tak kenal. Then, just lepak dalam bilik bermalas-malasan nak tunggu dinner malam nanti. Dinner + group performance.

Time dinner, foods dia memang tak sedap langsung. Sangat2 tak sedap. After makan ala kadar and tengok performance skit2, terus naik bilik balik. Nak tengok cerita Nur Kasih @ TV3. Nina (budak IO) join sekali. Tak lama lepak, k.alyn,zihah, wani, ct, ira pun join lepak dalam bilik and discuss pasal our own trip esok. Sebab we all plan, after Yacht Cruise, kitaorang nak sewa van and having our own tours at Langkawi. Sebab kalau tengok kat itenarary (Staff Trip to Langkawi-Part 1), memang takde chance nak visit historic places, shopping barang2 yang kitaorang minat.
Habis discuss, sume masuk2 bilik masing2 and ada yang kuar sendiri jalan2. Tapi sy and k.alyn malas nak join. Kitaorg tido je. Nak rehat sebab malam semalam tak dapat tido nyenyak. Maklumlah, tido dalam bas. Ni la first time, selepas 2 bulan kahwin, tido tanpa by. Sedih + rindu sungguh kat by. By plak, start malam semalam, tido bertemankan Madi. Masa tido, nak dekat time subuh, terpeluk bahu k.alyn pula. Time tu, memang terpikir, macam by kat sebelah. Tapi bila tersentuh je kulit, terus pikir, sejuknya and nape tiba2 bahu by jadi gebu plak. terus tersedar and say sorry kat k.alyn. Hihihi...cakap kat dia, "ingatkan husband kita tadi..." Kak alyn pun da suspen, ingat sy nak apa2kan dia pula. Lawak betul.

Bangun pagi, cek kat toilet, still got the spots. So, decide, tak nak join Yacht Cruise tu. So, after breakfast, rehat dalam bilik je. Pukul 11.30 a.m. Diorang yang join Cruise tu balik, start siap nak bertolak pi our own Tours. Kami sewa van and Fikri jadi Tourist Guide cum Driver. First place yang kami visit, Makam Mahsuri. Tempat ni memang best and nostalgia sungguh.



Kat Dalam Umah Mahsuri

Then, kami pergi visit Padang Matsirat, nak tengok beras terbakar. Kat sini tempat yang paling best untuk shopping kain batik. Sangat murah, cantik dan berkualiti. Nasihat siti: Belilah kain batik jenama Tiga Serangkai, buatan Indonesia. Kain dia pun ok.

Kat Padang Matsirat (beras terbakar)

Setel sume, ingat plan nak p pantai Cenang jalan-jalan. tapi tak jumpa pula jalan nak masuk ke pantai tu. Last2, kami singgah di The Zon, Duty Free kat depan pantai Cenang tu. Shopping chocolates....ada sale...especially, Daim half prize dari yg ada kat Langkawi ni...Abis shopping, singgah our last stop, pekan Kuah. Pergi kedai Haji Ismail Group. Barang kat sini memang murah giles..Pinggan mangkuk, Sudu n Garfu, chocolates, beg dll.

Abis shopping, balik bilik, mandi n prepare for dinner. Dinner punye food malam ni pun tak sedap ;(

Then, masuk bilik after dinner, k.alyn n d rest kuar p shopping lagi after dinner. Last minute shopping. Balik bilik, tengok tv and kemas barang2 untuk checkout esok.

Esoknya, after breakfast dalam pukul 9a.m., kami bertolak ke jety semula dan mula meninggalkan Langkawi. Sampai Taylor's semula dalam pukul 8.30p.m. Penat sungguh time tu. Nasib Isnin dah apply cuti.

Time tengah tunggu feri masa balik. Pakcik yg depan sekali to Our Tourist Guide.

Wednesday, August 12, 2009

Itu satu rahmat???

Pergi ke Singapura...Akhirnya semua mengambil keputusan untuk tidak pergi. Termasuk Uchu.

Sabtu 8/8/09, sy rasa tak sedap badan dan rasa sangat bosan tinggal kat rumah. By dah nak keluar pergi kerja. So, decide nak pergi rumah mak la...Rindu kat Kyra dan ijah pun balik bercuti hari tu.

Dalam pukul 11 lebih, mak dapat call dari Uchu, Pak Long Usop dah meninggal. Terkejut sungguh...Mak pun tak sangka, sebab baru dua hari lepas mak tanya uchu Sal macamana keadaan pak long usop dan uchu cakap alhamdulillah dah bertambah sihat dah. tapi itu sudah suratanNya.
Adakah ini satu kebetulan? Sungguh ini mungkin satu rahmat sebab semua tak jadi pergi ke Singapura. Semua ada di sini dan dapat hadir untuk melihat arwah buat kali terakhir dan membantu menguruskan jenazah. Kalau tak, mesti semua yang pergi ke Singapura terpaksa patah balik dan mungkin takkan sempat melihat arwah buat kali terakhir..
Tapi walauapapun, kesian pula pada saudara di sana sebab tiada siapa yang hadir untuk meraikan majlis perkahwinan anak mereka. Harap2 lain kali pasti ada kesempatannya.