Masa untuk memanjakan diri telah tiba kembali. Tapi kali ni memanjakan diri seluruh badan. Buat tempahan dengan meminta quotation harga bagi 4 orang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti di bawah. Atau untuk maklumat lanjut bagi rawatan-rawatan lain yang disediakan, boleh semak di laman web
Tanamera.
Kali ini dengan geng yang sama pergi ke Mani/Pedicure dan Herbaline, kami berempat (Radz, Nik, Rahmah n me) mengambil pakej Bumi Spa. Memandangkan kami pergi berempat. Pihak spa memberi kami konsep Spa Party. Makanan dan minuman disediakan. Turut diberikan, diskaun sebanyak 20%. Tapi rugi plak, sebab baru perasan tadi, ada offer, kalau datang berdua pun dah dapat 30% diskaun (offer starts from 1st Jan-31st March 2013 . Masa kami pergi hari tu, mereka hanya dapat berikan diskaun 30% kalau kami datang ber enam.
Kenapa kami memilih cawangan di Kayu Ara? Pada asalnya kami nak buat di cawangan Pertama Complex, tapi mereka tak dapat nak cater untuk 4 orang sekali gus. Staf tidak mencukupi. Begitu juga dengan cawangan di Subang Jaya. Yang mereka boleh lakukan, dua orang sahaja dalam satu masa. Memandangkan kami nak buat pakej Bumi Spa, yang mengambil masa lebih daripada 4 jam, so, kalau tak buat serentak/bersama, seharian la duduk dalam tu. Penat menunggu je nanti.
Kami pergi pada 31 Disember 2012(Isnin). Masing-masing dah apply Annual Leave. Setelah penat bekerja tahun ni, bonus pun da masuk. Ini la masanya kami memanjakan diri kami. Hehehehe..
Nak ceritakan pengalaman di sana. Overall experience.. Memang best. Tapi…………… rasa tak berbaloi dengan pakej yang diambil. Bagi urutan, scrub badan, mask, steam bath n mandi (bunga/susu), semua tu best. Giler best…!!! Tapi bagi pakej Bumi Spa ni, termasuk dengan Faceworks, Hairworks dan Footworks. Yang tiga-tiga “Works” ni, memang tak berbaloi / best. Sebab mengapa sy kata begitu:
1. Faceworks – Proses dia, mula-mula cuci dengan pencuci muka, kemudian scrub muka. Then basuh n urut. Tiada extraction atau details yang macam kita boleh dapat masa pergi ke Herbaline tu atau mana-mana facial muka ditempat lain. Sebab sy rasa dia punye main is URUTAN.
2. Hairworks – proses yang hanya melibatkan sapuan krim minyak kelapa (rasanyalah, sebab ada bau) dan sedikit urutan kepala, then kepala dibalut / diserkup dengan shower cap.
3. Footworks- yang ni lagilah mengecewakan. Sy harap kan adalah sedikit scrubing. Tapi, mereka hanya rendamkan kaki kita dalam air bunga dan gosok2 dengan bunga2 tu sikit dan terus lap. Apa yang “Footworks” nye xtaula.
So, bagi sy better ambil Pakej yang ada massage, bodyworks (scrub, mask and bath) dan steam bath macam pakej Semarak Api tu sahaja da cukup. Atau boleh ambil untuk urutan sahaja. Sebab memang kepakaran mereka adalah urutan. Urutan mereka memang best. Body scrub pun best. Ada unsur2 urutan disitu.
Atau boleh juga ambil Warming Massage, bagi mereka yang ingin menguruskan badan macam sy nih. Sekarang ni, ada promotion.