Mungkin benar kata orang, dalam tempoh bertunang memang banyak dugaannya..
Perkenalan hampir 8 tahun tidak menjanjikan kita akan menjalani tempoh bertunang dalam keadaan yang bahagia..Iyela, sedangkan lidah lagi tergigit (tu body’s part yg very2 rapat, pn blh besrselisih), inikan pula kami yang hanya terikat dgn tali pertunangan..suami isteri pun boleh bercerai..nauzubillah..
Bila keluar atau terfikir sahaja semua ini, teringat pada kata-kata kak Rina..
“ Aku kalau ikutkan malaslah nak kawin. Lagi dekat tarikh tu, lg kuat aku tak nak kahwin. Sekarang ni, makin jumpa abang Faizal makin aku rasa benci sangat. Tak tahulah kenapa.”
Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut my sis semasa dia menjadi tunangan kepada ‘cik pejal, tapi telah di edit serba sedikit sbb sy pun bukan boleh ingat semua yang dia cakap. Apa yang penting isinya.
Sy pun yang pada waktu itu yang masih muda dan remaja ini terasa agak pelik. Iyelah, By right, kita mestila lagi happy klau nak dekat-dekat kahwin ni. Almaklumla, nak menuju ke Hari Bahagia or Our Big DAY lah katakan.
Pening juga ni. Complicated sungguh manusia ciptaan Allah ni. Subhanallah…
So, my sis sambungla, “Iyela, sekarang ni kita nak buat benda baik. Terutamanya bab2 kahwin ni. Kita kan nak mendirikan “masjid”, benda yang haram akan bertukar jadi halal.(dating dan semua benda dah boleh buat da dengan husband kita.hihihi ;)
Syaitan memang tak suka benda ni semua. 'Dia' suka lagi kalau kita ni bercinta, borak2 dalam telefon, dating berdua2an, berpegangan tangan, 'ringan-ringan' or 'berat-berat'. Betul juga apa yang my sis cakap tu. Itu semua dugaan yang menguji kita. Semua yang baik tu pastinya datang dari Allah dan yang buruk tu memang datang dari diri kita sendiri.
Kadang-kadang tu waktu bertunang ni pula la, ex-boypren/girlpren datang balik dan menagih janji-janji palsumu..eeee..x kuasa.. Sebelum ni tak pernah pula nak fikir. Hati dan mata pun kadang 'ter'nakal melihat jejaka atau gadis lain.. Tak sedar yang diri akan bertukar 'title'. Better behave yourself.
Walauapapun, dalam hidup ini, memang banyak dugaannya. Kita harus percaya pada Qada’ dan Qadar. Dan itu salah satu daripada Rukun Iman. Sebagai orang Islam yang beriman pada Allah, kita perlu banyak bersabar menghadapi semua dugaan-dugaan itu kerana sabar itu juga sebahagian dari Iman.
Dan bila sy tanya pd kakak-kakak yang lebih dulu makan garam ni, better lagi sebulan at least, jgn jmpa tunang kita lagi. Tunggu waktu nikah sahaja. Baru rasa thrill+rindu giler pada dia. Di samping mengelakkan fitnah-fitnah.
Tapi itula, semua tu kembali bertanya pada Iman kita. Boleh tak kita lakukan? Boleh ke kita nak lawan nafsu kita ni? Especially masing-masing memang tinggal dekat. At least, seminggu sekali mesti jumpa. Nak keluar beli barang-barang yang mana tak cukup, nak pergi test baju kat mak andam, dan banyak lagi benda remeh dan penting yang perlu dibuat. So, cik Iman tolong jawab.
Kalau diikutkan masa zaman ibubapa dan nenek moyang kita, memang jangan harap nak keluar rumah. Apatah lagi nak pergi berdating ni (dan mungkin mereka tak tahu apa itu 'dating'). Bercinta selepas kahwin. Sebelum kahwin kenal gitu2 je, dan ada yang tak kenal langsung bakal teman hidupnya kerana ibubapa yang tentukan. Tapi mereka bahagia, boleh bertahan hingga ke akhir hayat dan kemudian ke syurga bersama, insyaAllah..Amiiinnn…..
Setiap pasangan ada pengalaman dan cerita masing-masing. Walauapapun dugaan yang dihadapi terutamanya semasa bertunang ini, banyakkan bersabar dan dekatkan diri pada Allah. Sabar melawan nafsu dan sabar dalam segala hal. Ingat, bila kita bertunang ni, kita bukan sahaja mengikat perjanjian antara kita dan tunang malah kita sudah mengikat janji antara keluarga. Dan kerana itu jangan kita malukan mereka yang menyayangi kita. Nasihat ini ditujukan pada mereka yang sedang menjadi tunangan orang dan pada diri saya sendiri terutamanya.
No comments:
Post a Comment