Thursday, March 19, 2009

"Cik" kepada "Puan..” -Part 2

Isnin (9.3.09-Maulidur Rasul Day), minta tlg ait bwk member dia untuk jadi second saksi coz Remy keje. With abah, ait n his fren, p la uma tok kadi (PPN). Sign n pass borang tu and bg kt tok kadi utk sign n cop. Then, tok kadi bgla blk borang.
Khamisnya, amik AL lg, pegi PAID Petaling at Shah Alam, tgkat 6 untuk sahkan sume borang n dptkan kebenaran untuk berkahwin n pengantin pompuan wajib pergi..pegi dgn sape xkisah..
xpyh bwk wali n saksi da kat ctu..But, plg pnting bwk skali sijil nikah yg ori..
After Pegawai kt ctu sign n sahkan n bg surat untuk kebenaran berkahwin, diaorg pulangkan balik sume borang2 and surat2 tersebut..
Then, tggal satu part lagi je..
1 week before nikah, kene anta surat kebenaran n borang2 yg telah disahkan tu ke PPN (tok kadi).
Alhamdulillah, hampir setel sumenye..harap2 segalanya berjalan lancar..Amin..

Saturday, March 7, 2009

MAULIDUR RASUL

Kita akan menyambut Maulidur Rasul pada 9 Mac 2009 (isnin). So, pada yg cuti kerje sbtu n ahad, trus dpt cuti 3 ari berturut..Dah la awal bln plak..Pastinya ramai yg akan berpusu-pusu nk blk kampung. Xpela, time-time mcm ni la kita nk jmpa parents n sedara mara kt kg..Tp x kurang jugak yg x blk kg sbb mmg da duduk dgn family or maleh nk blk kg sbb mggu dpnnye da nk cuti skola, so blk je la mggu dpn or mgkin jgk yg xblk kg sbb xde budget or mgkin yg da siap planning dgn kwn2 nk p holiday kt mane2..or mybe ada sesetengah yang just nk rehat je kt umah..
Walau apa pun plan kita utk cuti ni, persoalannya, ada x sape2 yg pk apa kita nk wat utk lebih meng ‘appreciate’ hari Maulidur Rasul ni…??Rasanya mesti ada..tp mgkn x berapa ramai..

Di sini ada beberapa cadangan utk kita sume buat time Maulidur Rasul nanti:

1. Menyertai perarakan di peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka dan berselawat keatas nabi.
Petikan dari Berita Harian (Jumaat, 06 Mac 2009, 9 Rabiulawal 1430)
Sambutan Maulidur Rasul terbesar-KUALA LUMPUR: Sambutan Maulidur Rasul pada 9 Mac ini dijangka menjadi sambutan terbesar peringkat kebangsaan apabila kira-kira 200,000 umat Islam menyertai perarakan yang bermula seawal jam 7 pagi. Program itu juga diadakan di Dataran Merdeka dengan majlis pelancaran perasmiannya dijangka dilakukan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut mencemar duli, Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet Islam dijangka hadir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejarah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan tercipta apabila perarakan besar-besaran umat Islam menuju Dataran Merdeka. Katanya, lapan masjid di Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat berhimpun “Saya harap institusi pengajian tinggi awam turut menghantar pelajar menyertai perarakan ini,” katanya di sini
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata antara masjid dijadikan tempat Islam berhimpun ialah Masjid Negara, Masjid Polis Bukit Aman dan Masjid India.


2. Antara aktiviti lain yg dpt kita lakukan dalam sambutan Maulidur Rasul ialah mendengar Syarahan agama (bukan syarahan politik), Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Walauapapun yg kita lakukan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan…

So, renung – renungkan….

Mendambamu - Opick

***Sempena Maulidur Rasul pd 9 Mac 2009, 12 RabiulAwal 1430

berlalu sang waktu
berabad sudah aku jauh darimu
dalam hitam legam jaman di wajahku

mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku
Muhammad ya Rasullullah

ya Nabi ya Habibi
semoga Allah selalu merahmatimu
dengan cinta dengan kasih dan keselamatan umatmu

di wajahmu di langkahmu
di setiap hela napas yang terpancar cahaya
teranglah gelapnya jiwa

Allahumma shali wassalim alla Muhammad
ya Rasullullah Allahumma shali wassalim wabarik allaihi

Muhammad karenamu
tersingkaplah jalan cinta hamba kepadamu
terang hati dengan cahaya di jalanmu
mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidup
kuhadirlah gelap kan sirnaya nabi ya habibi
ya Muhammad

Thursday, March 5, 2009

"Cik" kepada "Puan"

Lagi 2 bulan sy akan bertukar title… “Cik" kepada "Puan”.
Sekarang ni tengah pening kepala nak selesaikan tentang pendaftaran nikah. Pening betul nak faham prosedur sebenar pendaftaran nikah ni. Semua ni penting untuk apply cuti mana yang patut dan yang paling penting cuti untuk honeymoon nnti..hihihi ;p
Luckily (ye ke lucky???) my future husband satu negeri tapi lain daerah. Dia daerah Sepang dan saya daerah Petaling, Tapi kalau ikut alamat sama-sama dari Puchong.
Tapi itu pun pening juga. Tanya pada orang yang ada pengalaman, tanya 10 orang semua bagi 10 jawapan yang berlainan. Lagilah pening..

Prosedur yang kami sudah selesaikan:
1) mengikuti kursus perkahwinan - di bawah Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia(http://www.al-nidaa.com.my/), di TTDI pd 14-15 Feb 2009 (tarikh itu kami pergi bukan kerana Valentine dan tak sedar pun). Seminggu selepas kursus (23.02.09) baru boleh ambil sijil kursus perkahwinan tersebut.
2) kemudian, ambil borang permohonan kahwin untuk lelaki dan perempuan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
------Part ni ada lawak sikit. Tunang sy dari daerah Sepang, dan sy dari daerah Petaling (seperti yang diberitahu tadi), dia pergi ke Shah Alam (PAID Petaling) untuk ambil borang bagi lelaki dan perempuan. Orang yang bagi borang tu kata, tunang sy tidak dibenarkan mengambil borang untuk sy dan sy harus datang sendiri. Ok, tak mengapa, sy faham, mungkin itu prosedur.
So, my tunang ambillah borang:
**“PERMOHONAN OLEH LELAKI UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN” a.k.a borang 1A
** 2 sets of borang HIV tests (RM10 each - one for me and one for him)
------So, sy ni pun pening la.. Alamak, macammana ni? kena apply cuti ke?? dah la nanti nak buat test HIV pun kena cuti..waduh..waduhh..
------Tetapi, disebabkan kerajinan sy ni meng “explore”, sy pun surf website ni: www.jais.net.my dan yang bestnyeseronoknya, di situ semua borang ada (except borang HIV, sebab kena bayar). So, dalam tu ada inform kita boleh either get the borang direct from PAID or just download it. Cannot photostat. So, tiada masalah kalau sy just download saje dan print. Dan ini bermakn, saya tak wajib ambil borang tersebut di PAID. Jadi, kenapa that 'person' tak benarkan my tunang ambilkan borang for me je? Terasa tak logik pula. Bagi je la borang tu. But still, it’s ok. Redha saje la dan yang pentingnya, jimat cuti…
Jadi borang yang didownload adalah,"PERMOHONAN OLEH PEREMPUAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN” (borang 1C), "PERWAKILAN WALI DAN WAKALAH" (borang 1D) dan SENARAI SEMAK.
------Orang di PAID Petaling tersebut ada tanya bila majlis nikah akan dilangsungkan? So, bagitahu dia 1.5.09 ni nikah. Then, pegawai tu kata, pihak lelaki boleh mula hantar permohonan dari 1.3.09. Maknanya, borang boleh dihantar 2 bulan sebelum majlis. If kalau hantar awal?Masa kursus penceramah ada beritahu 3 bulan sebelum boleh hantar permohonan. Entahlah, maybe ikut negeri. (Masa kursus tu orang dari JAWI yang bagitahu. So, mana nak sama kan..kan..kan..??)
-----Apart from that, pegawai tersebut ada memberikan nama dan nombor telefon Pegawai Pendaftar Nikah (PPN) ikut kariah masjid kita.
3) after isi form HIV test yang diberi, pada hari Rabu (25.2.09)kami pun pergi ke Klinik Kesihatan Puchong. Senarai klinik yang terlibat menjalankan ujian HIV pada pasangan yang akan berkahwin boleh diperolehi di laman web tersebut. Nombor telefon untuk dihubungi juga terdapat disitu. Jadi, kita boleh hubungi untuk mengetahui hari dan waktu yang dibenarkan untuk membuat ujian HIV. Ujian hanya boleh dibuat pada pukul 2-4pm sahaja. Paginya kami pergi buat kad kawin dahulu.
Selepas ambil nombor giliran, kami tunggu dalam 15minit baru boleh register. Daripada my observation, we’re the second couple want to do the test. So oklah, tak ramai orang dan tak perlu tunggu lama (hopefully). Selepas register, tunggu pula diaorang panggil nombor hampir 45minit. Entah apalah yang missy tu nak prepare. Lama betul. Sebab bila tengok, diaorang cuma guna ready kit je. Selepas test, tunggu lagi dalam 30minit for the result. Alhamdulillah, selesai satu part.
4) So, 2.3.09 (isnin) my tunang pun bawa 2 orang saksi (Madi dan Izul) pergi jumpa PPN (Imam) di kariah dia untuk sain borang depan Imam. Kemudian, dia pergi ke PAID Sepang dan dapatkan cop yang berkenaan. Now, dia dah selesaikan part dia.

Then, my part only yang tinggal. Dan kalau ikut perancangan dan dari sumber-sumber yang kurang pasti kesahihannya, saya kena pergi jumpa Pegawai Pendaftar Nikah (PPN) di Kariah saya dan bawa wali dan 2 orang saksi bagi pihak perempuan. Kemudian, kena la tanya PPN tu what’s d next action…
Dan kerana ketidakpastian ini juga, kena suruh orang yang buat kad kahwin tu hold dulu, jangan print. Manalah tahu, tok kadi tu fully booked ke on that day. Kan ke masalah..

Okla, kita tunggu dan lihat apa sebenarnya yang akan berlaku..See ya..

Rapuh...

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...

***Begitula cinta manusia kepada Penciptanya....