Kita akan menyambut Maulidur Rasul pada 9 Mac 2009 (isnin). So, pada yg cuti kerje sbtu n ahad, trus dpt cuti 3 ari berturut..Dah la awal bln plak..Pastinya ramai yg akan berpusu-pusu nk blk kampung. Xpela, time-time mcm ni la kita nk jmpa parents n sedara mara kt kg..Tp x kurang jugak yg x blk kg sbb mmg da duduk dgn family or maleh nk blk kg sbb mggu dpnnye da nk cuti skola, so blk je la mggu dpn or mgkin jgk yg xblk kg sbb xde budget or mgkin yg da siap planning dgn kwn2 nk p holiday kt mane2..or mybe ada sesetengah yang just nk rehat je kt umah..
Walau apa pun plan kita utk cuti ni, persoalannya, ada x sape2 yg pk apa kita nk wat utk lebih meng ‘appreciate’ hari Maulidur Rasul ni…??Rasanya mesti ada..tp mgkn x berapa ramai..
Di sini ada beberapa cadangan utk kita sume buat time Maulidur Rasul nanti:
1. Menyertai perarakan di peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka dan berselawat keatas nabi.
Petikan dari Berita Harian (Jumaat, 06 Mac 2009, 9 Rabiulawal 1430)
Sambutan Maulidur Rasul terbesar-KUALA LUMPUR: Sambutan Maulidur Rasul pada 9 Mac ini dijangka menjadi sambutan terbesar peringkat kebangsaan apabila kira-kira 200,000 umat Islam menyertai perarakan yang bermula seawal jam 7 pagi. Program itu juga diadakan di Dataran Merdeka dengan majlis pelancaran perasmiannya dijangka dilakukan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan turut mencemar duli, Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet Islam dijangka hadir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejarah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan tercipta apabila perarakan besar-besaran umat Islam menuju Dataran Merdeka. Katanya, lapan masjid di Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat berhimpun “Saya harap institusi pengajian tinggi awam turut menghantar pelajar menyertai perarakan ini,” katanya di sini
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata antara masjid dijadikan tempat Islam berhimpun ialah Masjid Negara, Masjid Polis Bukit Aman dan Masjid India.
2. Antara aktiviti lain yg dpt kita lakukan dalam sambutan Maulidur Rasul ialah mendengar Syarahan agama (bukan syarahan politik), Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Walauapapun yg kita lakukan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan…
So, renung – renungkan….
No comments:
Post a Comment