7 jun ini (Ahad = Birthday Hazmira), kami semua akan pergi ke Batu Pahat mengikut rombongan merisik dan bertunang Ghafur (adik sepupu by).
Kami semua akan pergi aggaran 7 kereta. Dah ajak mak dan ijah. Mulanya mak malas nak pergi. Tapi, setelah di ‘racun’, hahaha, akhirnya Mak terpengaruh juga. Lagipun kyra tiada, sebab balik ke rumah tok wan Terengganu.
Yang akan pergi daripada keluarga sy dan by ialah Mak, Ijah, Mak Mertua, Suzi, Lily, Yola dan Madi. Balik dari sana, Fieda, my dearest fren nak tumpang balik sebab balik dari rumah suaminya di Johor. Jadi, kedua – dua kereta kami akan digunakan. Just nice…
Seronok juga, sebab dah lama tak jalan – jalan dengan family semua dan yang penting bila dah ada family baru ni.
Plannya, kami akan ambil exit Ayer Hitam (Lebuhraya Utara Selatan) ke Batu Pahat.
Selepas selesai semuanya, kami akan berpisah daripada rombongan untuk buat plan kami sendiri iaitu, membeli belah di pekan Ayer Hitam. Itu yang buat mak nak ikut sekali sebab mak nak beli tanglung yang tidak sempat dibeli masa dia ikut rombongan RT ke Johor dahulu.
Di samping itu mari kita lihat di Google apa cerita dan benda yang menarik di Batu Pahat ni.
Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah daerah di Johor dan bandar yang kedua terbesar di Johor.
Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.
Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.
Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggram ikan-ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini kemudiannya dijadikan ikan kering.
Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Johor.
Tempat menarik yang boleh dilawati ialah singgah di "Benteng" iaitu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat yang berhadapan dengan Hospital Pakar Putra. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah, Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden, "mi racun" dan lain-lain lagi. Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Pada waktu malam, "BP walk" adalah destinasi yang terkenal di Batu Pahat. Ia adalah sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang terkenal dengan bermacam-macam jenis gerai makanan tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari.
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan dan pengeksportan tekstil di Malaysia. Jenama pakaian sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma dibuat di sini dan dieksport semula keluar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan mentah dan rempah ratus. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.Antaranya Munchy's,Hup Seng dan Hwa Tai.
No comments:
Post a Comment