Friday, July 10, 2009

Pengalaman selepas Bergelar Puan

Telah 2 bulan sy menjadi Puan Riny. Hidup sebagai suami isteri ni memang indah. Walaupun ada pahitnya, tetapi bila dikenang, ia tetap akan menjadi manis dan indah. Alhamdulillah, harap2 semuanya berjalan lancar dan kebahagiaan ini akan kekal dunia dan akhirat. Amin..

Lupa pula nak sambung cerita tentang pengalaman honeymoon sebelum ni.
Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor memang indah untuk dikenang. Seronok sangat. Kami tiba di lumut pada pukul 5.30a.m. Mata memang mengantuk..By lagilah..memandu sepanjang perjalanan. Feri at this time memang tiada. So, kami plan untuk cari hotel dulu di kawasan sekitar. Akhirnya kami dapat satu hotel yang cukup selesa dan harganya berbaloi. Hotel tersebut terletak lebih kurang 1km dari Jeti Terminal, Lumut / Waterfront. Bilik semua hampir full-booked di situ, tapi kami agak bernasib baik, ada 2-3 bilik lagi yang kosong. Kami checked out pukul 12 tengahari.


Tiba di Terminal Jeti, Lumut, kami park kereta dan makan tengahari di gerai2 yang terdapat berhampiran situ. Selesai makan, kami beli tiket dan tak lama kemudian, feri pun sampai.




Sebaik sahaja tiba di jeti Pulau Pangkor, kami terus diserbu mereka yang ingin menyewakan motorsikal. Kami memang dah plan nak sewa motor. Senang nak ronda. Harga sehari untuk sewa motor Rm30 sahaja. By, excited betul nak pakai helmet kura-kura tu. Hihihi..kat KL tak dapat nak pakai sebab takut kena gelak dengan kawan2.

Selesai dengan urusan sewa motor, kami terus cari stesen minyak dahulu untuk tank yg sudah kosong sangat. Harga minyak di sini lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan harga di tanah besar. Mungkin kos pengangkutan minyak ke kawasan tersebut dikira sekali. Selepas isi minyak, kami menuju ke teluk nipah mencari bilik/chalet yang sesuai untuk penginapan kami di sana. Akhirnya, dapat satu bilik yang agak murah dan selesa. Nama resort tak ingat pula.


After check in, kami berehat dalam sejam dan keluar menaiki motor ronda2 dalam Pulau Pangkor. Plan kami nak pusing satu pulau. Bestnya....Dari apa yang saya kaji hanya ada dua tempat bersejarah saje yang ada di situ; Kota Belanda dan Batu Bersurat.


Selain kami melawat tempat2 bersejarah tersebut, kami sempat singgah di sebuah kilan memproses makanan laut dan membeli beberapa produk seperti satay ikan, keropok jelly fish (ini yang paling sedap dan dalam masa dua hari, saya boleh menghabiskan 4 bungkus.. hahaha.. Rangup dan sedap..) dll.

Perjalanan pulang dari Pangkor, kami singgah di Teluk Batik untuk bergambar dan ingatkan nak mandi laut, sebab sepanjang masa kami di sana, kami takut nak mandi sebab ombak besar sangat. Masing2 tak tahu berenang dan By pula, cuma tahu terapung je. So, takde maknanya dan di Teluk Batik pun kami tak dapat nak mandi, ombak besar.


Dari Teluk Batik, kami terus pulang ke rumah pada hari Rabu (6/7/2009) dan memulakan persiapan untuk kenduri bertandang di pihak pengantin lelaki yang akan berlangsung pada hari Sabtu (9/7/2009). Tiada satu persiapan pun yang kami dah buat masa tu. Balik honeymoon baru nak pening2 kan kepala. Hahaha..tapi akhirnya kami berjaya mengharunginya dengan jaya. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment