Tanam ubi di tepi tebat,
Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
Sahabat setia menudung malu.
Indah sungguh jika kita benar-benar mempunyai sahabat. Sahabat sejati akan bersama walau susah dan senang. Bukan hanya pada kata dan janji, segalannya akan dikotakan. Tiada hasad dengki antara satu sama lain, mendoakan yang terbaik utk sahabatnya. Tapi di mana kita boleh memperolehi seorang sahabat sejati? Dan siapakah dia sahabat kita? Ibu, bapa, suami / isteri, abang, kakak, adik atau rakan -rakan kita? Siapa dia sahabat kita? Fikirkanlah dan renungkan. Siapakah antara mereka disekeliling kita itu sahabat kita... Kawan yang beribu itu tidak bermakna jika tiada antaranya walau seorang sahabat.
ANTARA CINTA DAN SAHABAT
Satu hari CINTA & SAHABAT berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... SAHABAT itu sejati & akan kekal sebagai SAHABAT yang setia.... kan ?? so, hargai lah SAHABAT kita selagi kita terasa dia BERERTI.....
Walau kita punya couple, SAHABAT still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, SAHABAT still paling berharga.
No comments:
Post a Comment