Friday, July 6, 2012

Facial Muka @ HerbaLine

Sabtu lalu 31.06.2012, sy, Radz, Nik dan Rahmah pergi buat facial. Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersiap ikut by gerak sama pergi kerja dan hantar anak-anak ke rumah mak. Minta by hantar ke rumah Radz di USJ. Sebab Radz will be our driver today. Hehe… Thanks lot Radz..

Dalam pukul 8.30 pergi ke Taylor’s to fetch Rahmah and around 9.10, dengan gaya ala-ala Chinese nak pergi shopping, Rahmah pun sampai. Sorry Rahmah, tu ayat Radz k.
Then, kami pun gerak ke kafe Chawan di Bangsar. Pergh, lapar sangat dah ni. Dari pagi tak sarapan apa-apa. Sampai-sampai je situ, terserempak dengan Nik. Nik datang bersama kasut tajam nya. Cayalah.. nak test kasut baru katanya. Baru beli malam tadi. Apa-apa je la Nik.
Dah cukup forum da. Masuk Chawan dan order Nasi Lemak Bungkus. Memang terbaik. Sedap sangat.

Appointment facial di Herbaline The Mall pukul 11 am. Selesai makan, kami pun mulakan perjalanan ke The Mall. Memang terer betul Radz ni dengan jalan-jalan kat KL ni. Tanpa keraguan, smooth je perjalanan kami.
Sampai The Mall, window shopping sikit di Parkson, terus gerak ke Level 3. Sesampai saja kami di situ, staf Herbaline tu pun explain pakej yang mereka ada. Sy, Radz dan Rahmah ambil 1st trial package yang berharga RM38 yang mana normal price dia RM79. Tapi selesai sahaja facial, staf dia offer ambil/cuba buang Bintik Kolestrol (ni nama yang aku bagi sendiri, hehe) atau lebih afdhal namanya adalah cholesterol deposits kat bawah mata ni.

Sebiji je untuk 1st trial ni RM50. Ini la punca utama kenapa aku nak pergi Herbaline ni. Sebab nak tahu pasal macamana nak buang bintik kolestrol tu. Ni juga first time aku pergi facial. Rasa excited sangat. Nik pula ada ambil additional treatment for acne. Tambah RM30 je. Dan pagi tadi baru dapat tengok hasilnya kat muka Nik. Sebab selesai je, aku balik awal. Tak sampai hati tinggal anak-anak lama dengan mak. Dan memang muka dia sangat memberansangkan. Nampak bersih.


Sebelum mulakan facial, kami disuruh rendam kaki dalam air suam yang ditabur garam. Kalau nak buat fish spa pun boleh. Tapi rasa geli.
Selesai bersihkan kaki, kami dibawa ke dalam ruang bilik masing-masing. Tapi sebelum masuk ke bilik, kami di suruh untuk menghidu stim herba. Sampai di ruang masing-masing, disuruh membuka baju/top dan pakai kain kemban yang disediakan. Rawatan facial dimulakan. Sangat selesa, dengan bunyi-bunyian ala-ala kat hutan dan bau aromaterapinya, memang relax. Sampai boleh dengar si Radz menguap sebab mengantuk. Tapi, awal-awal tu memang relax. Bila dia start buat extraction. Tekan-tekan, picit-picit, cucuk-cucuk muka nak keluarkan jerawat, pergh, skit betul. Tanpa sedar, mengalir airmata ni. Tapi masih lagi under control. Hehehe..

Last sekali, dia akan pakaikan mask. Rehat sikit dan rasa sejuk muka ni. Sementara tunggu mask kering, dia akan buat urutan. Memang best. Urutan tangan, bahu dan dada. Memang best. Ni baru rasa syurga di dunia. Rasa nikmat betul. Tak boleh nak dibayangkan kalau dalam syurga nanti. Subhanallah…..

Since sy ada ambil untuk binitk ni, dia ada letak satu drop herbs oil. Memang sakit. Tapi tak lama pun. Selepas satu minit, dia letak/lap dengan tisu basah (tak tahu dibasahkan dengan apa), terus hilang rasa sakit. Habis sahaja facial. Pakai baju semula, diberi minum air herba. Rasa lemon grass. Sebelum keluar, kami di suruh untuk menghidu stim herba lagi. Kemudian. kalau nak main fish spa lagi, boleh. Tapi sy tak mahu.. Geli…..Selesai semua, ambil kasut dan keluar.

Sebelum bayar, ada sesi konsultasi. Staf dia explain, muka saya terlalu kering. Dia ada promote produk dia, tapi takde la sampai mendesak suruh beli.

The whole experience, sangat best………… Gembira sangat. Rasa diri dihargai. Chewah… 
 











Inilah sebutir bintik cholesterol yang dibuang untuk 1st trial ni. Huhu…
Dalam masa 1-3 minggu baru dia akan hilang dengan sempurnanya.

22 comments:

  1. nak tanya..rm38 tu harga first trial utk facial yg basic kan? kalau dia tambah2 mask brapa eh? utk kulit dehydrated

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..RM38 tu utk basic..tp yg basic ni pun memang da ada mask. klau tambah pun rasanya maksimum dalam RM20. sebab ada member buat extra sebab kulit berjerawat. top up rm20 je.

      Delete
  2. Salam dear, bintik kolesterol yg awak buang hari tu dah hilang sepenuhnya ke? Buatlah entri pasal tu balik, nak tahu gak ni sbb i pun ada masalah yg sama tapi x byk ada 2 kat tepi mata. But still x suka, nak buang tapi x berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Bintik tu da hilang. completely. xde kesan apa2 dah. tp tu la, bukan xnak buat review pasal ni. tapi sebab ari tu buang seketul je kan. yang lain2 byk lagi. so, xde perbezaan sgt kt mata ni. hehehhehe.
      kalau awak ada 2 je, boleh cuba buang satu dulu. nnti ada masa, dtg lagi n buang 1 lg. terus da xde semua...boleh cuba 1st trial tu.

      Delete
  3. Yeay, i berjaya jugak memberanikan diri gie Herbaline and buang bintik kolesterol i ni. I buat kat Lot 10 for RM150 :) X sabar nak tgk hasil dia nanti

    ReplyDelete
  4. saya ada bintik 2 jugak,,sebijik jer,,tp,,sy ni jenis penakut sikit..
    sakit x?hehe,,ala2 mcm mana sakitnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih...jangan risau. sakit mcm kena cubit sikit, xsampai seminit after tu, terus hilang...

      Delete
  5. lame x buat facial tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xlama..lebih kurang sejam setengah je...

      Delete
    2. boleh saya tahu di mana x?coz saya berminat nak buat ni.

      Delete
    3. boleh saya tahu dimana x?coz i berminat nak buatlah

      Delete
    4. boleh refer di website mereka: http://www.herbaline.com.my/en/Outlet.aspx?cid=1
      macam sy hari tu pergi cawangan mereka di The Mall.

      Delete
  6. Hai. Salam kenal. Boleh hilangkn jeragat x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk promotion package ni..sy xpasti tahap hilangkan jeragat yg mcmana tp muka after tu mmg bersih. klau muka yang berjerawat extra..mmg dia ada lg special treatment n machine for that.consultant dia akan advice accordingly.

      Delete
  7. Assalamualaikum, dear..Bestkan dear, g facial kat Herbaline ^_^ i pun buat cam u ada kutil kat muka.buang 3 skali Rm50.00 je..Lembut je rasa muka ne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      memang best facial disitu.ramai kawan2 tegur n notice ada perubahan after sy start keje semula.
      dapat buang 3 skali RM50 je..menarik..mungkin bintik sy ni besar kot.hehehe

      Delete
  8. saya tengah survey ni nak buang macam bintil kat muka, survey skin specialist mintak buat appoinment pulak, lama sangat, malas nak tunggu..
    Bila baca entry ni macam nak try plak ke Herbaline.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,, akak pergi sane boleh guna kad pelajar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..kurang pasti pula.boleh cuba call mereka sebelum pergi..

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. sis.. nk tanye.. kena buat appointment dl ke?.. saya ade byk oil seed bawah mata.. :-(

    ReplyDelete