Wednesday, March 30, 2016

Apa pendapat anda

Melihat kepada suasana politik masa kini, apa pendapat anda?

Pada saya, macam ada sesuatu yang tak kena. Eh, bukan macam dah. Memang segalanya serba tak kena.
Semua ada agenda peribadi masing-masing. Kami sebagai rakyat pandai-pandailah nak hidup. huhu.. sedih

Tawakal hanya pada Allah. Moga kita sentiasa di bawah lembayung kasih-Nya. Amin...

Last but not least, saya nak bagi tahu, apa-apapun we luv him as our leader..hehe
My Tun Mahathir Mohamad, Our Lovely Tun.
07 December 2015: B & Amin @ Majlis Bersama YB Tan Sri Muhyiddin, Kg Baru.

Wednesday, March 23, 2016

Apa yang anda selalu kongsikan


Sekarang ni dah berbagai-bagai teknologi media sosial yang wujud contohnya Facebook, Instagram, Tweeter, Whatsapp, Telegram ..............................(dan berbagai-bagai lagi).

Sesetengah orang, semua perkara dia nak post. Selamber je dia post. Check in kat toilet pun dia post jugak. Ooo... ni memang extreme...

Tapi ada juga sesetengah orang, xmo post apa2. Cuma nak gunakannya sebagai sumber menambah ilmu dan mengetahui perkembangan semasa dengan baca news (i.e. Utusan, Harian Metro, The Star, Malaysiakini...............................dan berbagai-bagai lagi) termasuklah hasil penulisan2 individu atau group2 berkenaan sesuatu perkara atau minat (i.e Kelab Che Det, Saya Sayang Tun Dr Mahathir, Masak Apa hari Ini........dll) dan tidak ketinggalan news/updates daripada keluarga dan sahabat handai terdekat yang lalu dalam News Feed dia.

Dan ada juga yang kadang2 / jarang2 post personal updates. (saya la tu..hehe)

Sebab apa saya jarang update? Sebab saya "segan"...HAHAHAHA.

Saya perasan, orang ramai sekarang lebih gemar menghakimi sesuatu perkara berbanding cuba memahami perkara tersebut. Jadi, disebabkan tak mahu orang "judge" saya lebih-lebih, baik saya kurangkan. Orang jawa selalu cakap, "Less is more".

Nur Anastasia Sofea being 6 years old

Hari ni genap Asya berumur 6 tahun.

"Mummy, bila bday kakak?"
Soalan ni kami kena dengar hampir 3 bulan.... lebih mengharukan bila da masuk je bulan satu, 2016, hampir setiap hari balik sekolah dia akan tanya soalan yang sama. Aduh.... parah hari-hari nak kena jawab n buat countdown.


Selamat Hari Lahir Kakak
Ni je mummy mampu bagi. Hehe.
Kakak wish nak make up.

Celebrate kat sekolah:
        

Mari kita imbas Asya pada hari yang sama, 6 tahun yang lalu.

 

Details:
D.O.B: 23 March 2009
P.O.B: Hospital Serdang
Weight: 3.03 kg

Wahhhhhhhhh..

Wahhhhhhhhh... Dah terlalu lama meninggalkan blog ni. Hampir tiga tahun.

Memang dalam keadaan sekarang, masa amat terhad. Baik ketika di pejabat apatah lagi di rumah.

Apa cerita menarik yang nak dikongsikan ye? Selain daripada anak dah bertambah menjadi 3 orang. Hihi
Perasaan bila anak dah bertambah ni, terus rasa nak menambah-nambah lagi anak...hihihi..(pengsan).

Ok. Cukup dahulu buat masa ni. Nanti kita sambung cerita lagi.