1 Mei 2016 – Anniversary kami yang ke 7.
Alhamdulillah, dah 7 tahun kami bersama. Anak pun dah 3.
Kali ni, kami pergi bercuti ke Melaka. Jalan dekat-dekat je.
Sejak Arash lahir, ni la kot yang paling jauh kami pergi. Lama betul tak pergi
bercuti. Excited sangat rasanya.
Percutian kali, percutian ala kadar je. Ala kadar dari segi
kos, masa dan tenaga. Memandangkan rasa susah kalau nak berjalan ramai-ramai
dengan anak kecik yang tengah nak melasak. Mencabar sungguh. Jadi, tak nak
stress-stress, kita buat ala kadar (simple) yang penting relax n enjoy.
30 April 2016 (Sabtu): Kami gerak awal pagi dalam pukul 8.
Singgah di Sunway Kayangan untuk sarapan dulu. Sebab risau R&R akan penuh
memandangkan cuti panjang (Hari Buruh, 1 Mei 2016 jatuh hari Ahad, jadi Isnin
tu cuti juga).
Memandangkan waktu untuk Check In hanya pada pukul 3pm, kami
plan nak singgah dulu mana-mana tempat yang sesuai. Tapi memang takde plan
apa-apa pun. HAHA…
Da habis sarapan dan dah mulakan perjalanan, baru nak Google
dan cek mana-mana tempat menarik boleh singgah. Tengok Google Map jugak sebab
nak tahu jarak perjalanan dan laluan sebab tak mahu laluan ni divert daripada
laluan sebenar nak ke hotel.
Akhirnya decide ke Pantai Tanjung Bidara. Memang rezeki
kami. Orang ramai di Tanjung Bidara hampir 80% semuanya sebab ada family day.
So, pondok-pondok rehat lebih kurang 3 daripada 10 pondok je yang ada orang
duduk. Yang lain semuanya kosong. Mujur sangat. Sebab kami rancang nak lunch di
situ dan disebabkan ni semua plan last minute, kami memang tak bawak tikar atau
alas untuk duduk. Mujur boleh duduk di pondok rehat je.
Alhamdulillah.
Lunch pun makan makanan yang dah siap-siap masak dari rumah.
Kami bawa bekal makanan dan air. Hehe.. rajin pula kali ni.. Menu, ayam goreng bersambal
cili kering, telur dadar, timun dan sambal kentang, nugget and popia. Air kotak
besar siap frozen kan awal-awal. So, menjelang nak sampai ke pantai, air kotak
tu masih berais lagi. So, jimat dan mudah kan… Hehe…
Jenuh jugak nak menghabiskan masa kat pantai tu. Maklumlah,
kami sampai dalam pukul 11am. Nak buang masa sebab perjalanan nak ke hotel
lebih kurang 50 minit. Check in pulak pukul 3… dengan Ammar yang hampir
tiap-tiap 5 minit tanya bila nak pergi Hotel, Arash pula melasak nak explore
semua tempat agak mencabar jugak rasanya.
Selesai habiskan masa, kami bertolak ke Hotel. Kami ke Swiss
Garden Hotel & Residences. Sebab apa pilih hotel ni, sebab swimming pool
dia. Wah… memang terbaik. Ada simple jakuzi. Service pun terbaik. Towels untuk
swimming pool provided.
Swimming pool punya location di Level 9. So, kalau da Check
in and terus nak mandi pun boleh. Sebab walaupun cuaca kat luar panas, area swimming
pool still sejuk, berangin dan nyaman. Arash siap tertidur lena dalam stroller.
Bagus betul. Takde la nak kena hadap explorasi dia tu. Huh, tenang.
Oye lupa… Kalau nak Check In tu, make sure anda tahu anda book
bilik under Hotel atau Residences. Sebab floor untuk check in adalah berbeza.
Konsep hotel adalah Hotel + Residensi + Shopping Mall. So, tak pening kepala kalau tiba-tiba pelampung anak bocor. Sebab kat Shopping Mall dia ada kedai DIY. Ada jual pelampung… Hahaha.. sy memang beli pelampung dekat kedai DIY. Pelampung yang sama dengan kualiti yang sama dijual dengan harga bawah RM10. HAHAHAH…untung-untung.
Banyak barang-barang lain lagi murah dan menarik dan unik di DIY (eh, promote terlebih pulak).
Ok. Ni je yang tak bestnya. Lif dia… memang jenuh. Sebab Hotel ni ada banyakkkkkk tingkat (tak ingat berapa). Tapi lif sangat limited. So, bertabah la ye…
Aktiviti malam pula….
Kami pergi makan malam area situ. Tak pasti nama kedai
makan. Tapi tempat yang sangat strategik. Setel makan malam, ingatkan nak naik
river cruise. Tapi malangnya semua tiket sold out malam tu. Huhu, bising ammar
n asya. Jenuh nak fahamkan yang “TIKET HABIS”.
Dan menariknya hotel ni adalah, kat
bawah hotel je ada kaunter and Jeti nak naik river cruise. So, tak payah nak
pening-pening nak kena drive kereta pergi ke Dataran Pahlawan untuk ke
kaunter/station River Cruise.
So, jalan-jalan sekejap dalam mall and masuk bilik. Then,
tidur….
Bilik serius memang besar. Kami 5 beranak boleh selesa tidur
walaupun hanya ada dua single bed. Asya n ammar satu katil. Sy, b and Arash
satu katil. Ada lagi mereka provide sofa bed. Tapi takpela…tidur sekatil.
Messwra sikit. Chewah….
Bangun pagi, b keluar cari sarapan sendiri. Jalan kaki je
katanya. Malas nak drive. Balik je b tapaukan nasi lemak. Special katanya juga.
Tapi…………… memang special. Sedap sangat. Dia pun kata, memang ramai orang
beratur. Hua…xcukup sebungkus…
B continue dengan Asya and Ammar pergi mandi swimming pool
lagi. Sy dengan Arash dating dalam bilik sudah sambal mengemas untuk check out.
Check out, kami singgah di food court sebelum exit nak masuk
Highway for lunch.
Overall, sangat happy. Memang kena repeat lagi. Semuanya
kena repeat, especially River Cruise + Nasi Lemak. HAHHAHAHA. Makanan jugak aku
ni…
No comments:
Post a Comment