Showing posts with label Being Mummy. Show all posts
Showing posts with label Being Mummy. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Bersalin Cesarian - cZer @PPUM

Hampir dua tahun sy tidak menjenguk atau mengemaskini blog ni. Tiada kesempatan dan yang selebihnya adalah kerana TIADA MOOD”.
Anak pun sekarang ni da tambah lagi seorang, lelaki. Muhammad Ammar Rafael bin Hairman. Alhamdulillah, sudah sepasang anak-anakku. Rezeki Allah. Terima kasih Ya Allah, kerana telah melengkapkan hidup kami sekeluarga dengan kehadirannya. Walaupun ia datang tanpa dirancang, namun dengan sokongan suami, aku berjaya menghadapinya. Dan syukur juga baby kali ni tidak banyak kerenah. Tidak seperti kakaknya yang hampir-hampir membuat sy meroyan. Dugaan anak pertama, pengalaman pertama.
Lahir pada 28 November 2011 (Isnin) pada pukul 10 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kelahiran kali ini secara Ceasarian juga. Pada awal perancangan, ia adalah Planned Ceasarian dan tarikh yang ditempah pada 29 November 2011 (esoknya). Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Dalam perjalanan untuk daftar masuk kehospital, contraction setiap 5 minit semakin dirasai. Sakitnya bukan kepalang. Akhirnya, sakit yang datang bermula dari pukul 11 tengahari, berakhir pada 10 malam dibilik pembedahan. Sakit hendak bersalin dirasai hampir selama 12 jam kali ini. Berbanding Asya, sakit yang dialami hampir 24jam.
Mengapa memilih untuk bersalin di PPUM? Erm, semuanya adalah kerana aku serik untuk mencuba bersalin secara normal. Pilihan yang sy buat adalah samada bersalin menggunakan epidural ataupun terus bersalin secara ceasarian (Czer). Pelbagai kaji selidik dan siasatan hospital mana yang membenarkan pesakit membuat pilihan sendiri kaedah bersalin yang mereka inginkan dilakukan. Tapi yang pastinya hanya hospital Swasta yang ada kelebihan seperti itu. Tiada masalah untuk pergi ke Hospital swasta. Setakat RM3-4k masih lagi mampu untuk sy tanggung, insyaAllah. Namun sy takut kos nya akan melebihi dari apa yang sy jangkakan. Sendainya terdapat sebarang komplikasi lain pada sy atau bby, pasti kosnya akan berbeza. Dan rasa tidak munasabah atau berbaloi pula kalau nak bersalin dan menghabiskan duit yang sebegitu banyak.
Jadi, pilihan yang terbaik adalah PPUM atau hospital Putrajaya. Tapi, Putrajaya, epidural hanya disediakan pada waktu/hari bekerja sahaja (8-5pm). Itupun bergantung kekosongan katil. Jadi PPUM menjadi sasaran.
Sambungan...rujuk  Bersalin @PPUM part 2


Makan besar dulu sebelum mula puasa untuk Op.




Tuesday, August 3, 2010

U were in me..

PiCs of U in mE..





Abah bEratUr with mummy2 yang lain depan Klinik 4 u n me..

Wednesday, November 25, 2009

The moment...

18/11/2009-Two days after medical checkup, for the first time rasa ada something bergerak2 dalam perut. Mula2 ingatkan angin bergolodak dalam perut ni. Tapi makin kerap dan tak berhenti pula. Tiba2 teringat, semalam nurse ada tanya ada rasa baby bergerak ke tak dalam perut before ni? Then, sy cakap "Takde apa2 pun...kalau tak kerana memang perut ni makin buncit, tak rasa macam pregnen pun.hihihi"
Selama ni selalu cakap kat by, "takutnye kalau baby dah start bergerak dalam perut nanti. Sebab takut nanti macam ada benda asing pula dalam perut ni. Nanti rasa kaki, tangan or kuku dia cakar2 ke?" Err...Scary nye...
Dan malam tu....Time tengah rehat2 atas katil... Tiba2, nape lain macam pula angin dalam perut ni? Bergelodak tak tentu pasal. Peliknya..
Entah2...baby dah bergerak kot...Tiba2 rasa macam geli and lawak sangat... Terus gelak tak henti2...Masa gelak tu, perut pun bergoyang sama n tak rasa dah baby tu bergerak. Bila kita stop ketawa and relaxkan perut, dia gerak2 balik2. Lepas tu sy ketawa n dia berenti gerak. Dann seterusnya hingga beberapa kali. Pandai pula dia nak main2 kan mummy ye..

Wednesday, November 18, 2009

Checkup kali ke-2

16/11/2009 (Monday). Checkup kali ke-2:
- Sampai je klinik, terus amik nombor giliran (No.39). Printed no. tu ada dua so, satu klip kat buku yang kita simpan dan satu lagi kat buku yang diorang (klinik) simpan. Buku yang diaorang simpan tu, diaorang dah letak siap2 dalam bakul and kenela cari sendiri.
- Bila dah jumpa and lekatkan no. tu, satu bagi kat nurse yang tengah cek blood pressure n satu lagi bagi kat nurse yang buat urine test n Hemoglobin, Hb.
- amik cup yang diorang dah prepare for urine test, masuk toilet and collect urine. Letak n ingat no. cup urine kita tu n tunggu nurse panggil.
- Sambil tunggu, pergi timbang and jot down the weight. Dah bertambah 2.2kg. Hihihi...bahaya ni. kene diet. Sepatutnya utk pregnancy yang 5bulan kebawah, normal increement adalah 0.5kg/month.
- then, nurse panggil untuk buat urine n Hb test. For Hb test, dia cucuk jari hantu sikit untuk amik darah. Result: Kandungan gula-ok, Hb-ok.
- Tunggu dalam 10minit and nurse lain panggil untuk check blood pressure (BP). Ni pun OK. Memandangkan dah ada family history yg ada high BP, so have to watch out carefully.
- Setel. Tunggu dalam 20min, no giliran keluar untuk buat pemeriksaan fizikal pula. Time ni dia check kita, tanya kaki ada bengkak ke x, tengok sume collected result and discuss if got any problem. And for me, everything is ok and xdela nurse tu bising2. Then, dia check perut n ukur perut. hihihi..tiba2 dia rasa minggu yang sy pregnent tu tak match dengan my tummy size. So, sy cakap kat nurse tu. Entahlah, sy pun tak sure, yang tengah membesar ni sebab baby or memang perut ni yang membesar (buncit). Then, dia complain pula pasal stretchmark kt my tummy. "ni baby belum besar lagi ni dah ada stretchmark." Then, sy cakap, "alah, before kahwin pun memang dah ada sbb before ni sebab pernah gemuk sangat2." So, she advise me to use the stretchmark cream. Kalau tak pregnant pun boleh pakai ke??? "Bolehlah..."
Ooooo, ingatkan that cream mainly used by pregnent mummy. hihihi....
Sambil membebel, dia cek jantung baby. Sakitnya masa dia tekan2 perut nak cari position baby. Senak rasanya.
- After finish, balik sendiri jalan kaki ke rumah mak sebab dah ambil one day leave.

Monday, August 24, 2009

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Sumber dari: http://hspben.moh.gov.my/

Berpuasa ketika mengandung

Hari ini merupakan hari ke-3 umat Islam berpuasa di bulan yang mulia ini.

BAGI wanita yang mengandung khususnya kali pertama, tentu mempunyai banyak persoalan sama ada kehamilan dan berpuasa mempunyai kesan sampingan terhadap bayi mereka.

Umum mengetahui bahawa Islam memperuntukkan pengecualian berpuasa semasa bulan Ramadan ini kepada golongan tertentu, antaranya:

1. Wanita yang kandungan mereka mencapai trimester ketiga (tiga bulan terakhir) dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.

2. Wanita yang menyusukan anak

3. Wanita yang sedang haid

4. Wanita yang mengalami nifas (dalam pantang bersalin)

Kesihatan janin semasa ibu mengandung boleh dilihat dari dua segi iaitu pemakanan ibu dan, gangguan metabolisme badan ibu.

‘‘Sebelum melaksanakan ibadah puasa, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal anda kerana beliau lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan juga sejarah kesihatan anda.

‘‘Berkemungkinan doktor menasihati agar anda tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga mengalami permasalahan dengan sistem pencernaan terutamanya loya dan muntah semasa awal mengandung.

‘‘Prinsip pemakanan yang betul penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, pola pemakanan wanita hamil sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu – ibu dan janin yang dikandung. Bagaimanapun, jangan pula keterlaluan dalam pengambilan makanan semasa di bulan Ramadan ini.

Ujar beliau, adalah penting bagi wanita hamil minum air secukupnya memandangkan negara kita berada di garisan Khatulistiwa yang mana cuacanya panas sepanjang musim.

‘‘Ini dapat menghindari daripada berlakunya dehidrasi (tubuh kekurangan air atau kontang). Dinasihatkan supaya puan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

‘‘Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mendatangkan apa-apa ancaman.

‘‘Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi),’’ jelasnya.

Dr. Shah Reza berkata, berat badan ibu mungkin berubah sepanjang Ramadan ini bergantung kepada amaun kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa pada bulan Ramadan tidak memudaratkan ibu jika mereka mengambil kalori dan zat makanan dengan mencukupi.

Lagipun, berpuasa untuk orang Islam bermakna hanya makanan tengah hari dilupuskan manakala pengambilan sarapan pagi (sahur) serta makan malam (berbuka puasa) perlu diamalkan mengikut yang disyorkan oleh agama.

Wanita mengandung, kata Dr. Shah Reza, sebenarnya mudah mengalami komplikasi akibat kesalahan amalan pemakanan mereka. Kebuluran berlaku pantas dalam tempoh ini.

‘‘Jika kalori serta zat pemakanan tidak ditegaskan dengan betul, metabolisme badan ibu akan mengalami perubahan proses biokimia dari glikolisis ke lipolisis dan seterusnya pembentukan bahan-bahan berketon.

‘‘Ini yang berlaku pada ibu-ibu yang mengalami loya-loya dan muntah-muntah semasa mengandung di trimester pertama (tiga bulan pertama) sehingga mereka perlu dimasukkan ke wad sakit puan,’’ ujarnya.

Dr. Shah Reza menyarankan agar wanita hamil tidak meninggalkan sahur sekiranya ingin berpuasa dan berat badan perlulah diamati supaya metabolisme badan tidak menjejaskan kesihatan mereka serta janin.

Pakar perbidanan biasanya tidak menggalakkan ibu mengandung untuk berpuasa pada trimester pertama (12 minggu pertama) dan juga pada trimester ketiga.

‘‘Mengandung pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan dengan syarat kesihatan badan serta mental puan bagus dan pakar perbidanan mengesahkan bahawa puasa mungkin tidak memudaratkan.

‘‘Pemantauan puan serta kandungan akan dilakukan lebih kerap. Dikhuatiri, permasalahan yang timbul bukan dari segi pemakanan tetapi dari segi kekeringan air dari badan akibat pengambilan air yang berkurangan selama 10 hingga 14 jam,’’ terang Dr. Shah Reza.

Sekiranya pola pemakanan wanita hamil tidak betul, berkemungkinan anda akan mengalami:

1. Ketidakhadaman dan senak perut akibat terlalu abnyak makan terutamanya makanan berempah, berlemak serta bergoreng dan juga minuman bergas atau berkarbonat

2. Sembelit akibat makan makanan diproses, kekurangan pengambilan air serta serat. Bagi mengelakkannya, banyakkan makanan berbijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran

3. Kelesuan serta keletihan. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan banyak kandungan berkanji serta berkarbohidrat dan berlemak

4. Sakit kepala dari tidur yang tidak mencukupi. Tidur haruslah mencukupi untuk memastikan keseimbangan mental serta fizikal keesokan harinya semasa anda ke tempat kerja, pengajian dan sebagainya. Kurang tidur boleh menyebabkan kekeliruan, bercelaru, ketidakcernaan dan sakit kepala. Ini membahayakan kandungan serta janin.

5. Kekejangan otot-otot

Dr. Shah Reza memberitahu, jika berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, anda mungkin mengalami gejala hipoglisemia iaitu kekurangan gula badan.

Hipoglisemia terbahagi kepada dua iaitu:

1. Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, jantung berdebar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah, loya dan muntah-muntah.

2. Rungutan yang bersabit dengan kurang penggunaan glukos oleh otak, lama kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah.

Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang daya tumpuan, kekeliruan, mengantuk, kesedaran tenggelam timbul, hilang keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Wanita mengandung seboleh-bolehnya perlu

1. Menghindari pengambilan gula, garam, makanan berminyak dan lemak berlebihan.

2. Minuman berkafeina khasnya dari kopi juga perlu dielakkan.

3. Amalkan memakan makanan yang segar sahaja dan mengelakkan makanan diproses.

4. Pastikan buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai menu utama. Makanan tersebut lazimnya kurang kalori dan selalunya juga, sukar untuk memakan makanan tersebut secara berlebihan kerana mudah kenyang.

5. Makanan sampingan seperti kuih muih contohnya kuih tanjung, Nekbat, jala mas boleh dimakan kerana nafsu pada bulan Ramadan yang mendorong tetapi kurangkanlah. Hanya sekadar mahu merasa, itu sudah memadai.

‘‘Puan juga harus menjalani aktiviti bersenam secara aerobik pada bulan puasa. Ramai yang berkecenderungan untuk menurunkan berat badan pada bulan puasa tetapi sebagai wanita yang sedang mengandung, bersenam bukanlah bertujuan menurunkan berat badan.

‘‘Ia untuk meningkatkan stamina serta menguatkan badan puan semasa proses kelahiran. Bayangkan rahim puan terpaksa berkontraksi berjam-jam lamanya untuk melahirkan bayi.

‘‘Bersenam adalah pendorong utama untuk mengurangkan selera makan. Otak juga mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengurangkan selera dan nafsu makan, jadi bersenamlah secara aerobik selama 20 hingga 30 minit sehari,’’ kata Dr. Shah Reza.

Tambah beliau, Islam mementingkan kesihatan badan wanita hamil. Para saintis Islam sependapat bahawa puasa tidak perlu dilaksanakan sekiranya anda takut dan khuatir akan kesihatan janin.

Sumber oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia keluaran 16/9/2007.

Wednesday, July 29, 2009

Being Mummy

Sejak beberapa hari ni perasaan sy tak menentu, badan memang rasa tak sedap. Mengandung??? Tak mungkin..sebab sebelum ni pun memang kadang2 rasa macam ni. Mungkin kerana perubahan hormon selepas berkahwin. Errmmm...Tapi sebelum ni kadang2 je..But now, setiap hari rasa macam ni..Sangat tak selesa. By asyik cakap, "pregnant kot"...sampai termimpi2 yang sy pregnen (2 kali dia mimpi).
Disebabkan rasa tak tahan sangat, sy ambil keputusan nak cek sendiri. Kalau tak mengandung, memang masalah besar. Tak tahu apa yang tak kena. So, semalam (28/7/09)-buat pemeriksaan sendiri dan.....
Alhamdulillah, positive....So, petang ni decide untuk cek betul2 kat klinik.
Nampaknya, need to cancel trip to Singapore...But not Langkawi...d plan still go on...Iyela, sekarang ni pun kene jaga2 nak pergi luar negara. Sebab kes H1N1. Dah dua orang meninggal di Malaysia.