Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Bersalin Cesarian - cZer @PPUM

Hampir dua tahun sy tidak menjenguk atau mengemaskini blog ni. Tiada kesempatan dan yang selebihnya adalah kerana TIADA MOOD”.
Anak pun sekarang ni da tambah lagi seorang, lelaki. Muhammad Ammar Rafael bin Hairman. Alhamdulillah, sudah sepasang anak-anakku. Rezeki Allah. Terima kasih Ya Allah, kerana telah melengkapkan hidup kami sekeluarga dengan kehadirannya. Walaupun ia datang tanpa dirancang, namun dengan sokongan suami, aku berjaya menghadapinya. Dan syukur juga baby kali ni tidak banyak kerenah. Tidak seperti kakaknya yang hampir-hampir membuat sy meroyan. Dugaan anak pertama, pengalaman pertama.
Lahir pada 28 November 2011 (Isnin) pada pukul 10 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kelahiran kali ini secara Ceasarian juga. Pada awal perancangan, ia adalah Planned Ceasarian dan tarikh yang ditempah pada 29 November 2011 (esoknya). Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Dalam perjalanan untuk daftar masuk kehospital, contraction setiap 5 minit semakin dirasai. Sakitnya bukan kepalang. Akhirnya, sakit yang datang bermula dari pukul 11 tengahari, berakhir pada 10 malam dibilik pembedahan. Sakit hendak bersalin dirasai hampir selama 12 jam kali ini. Berbanding Asya, sakit yang dialami hampir 24jam.
Mengapa memilih untuk bersalin di PPUM? Erm, semuanya adalah kerana aku serik untuk mencuba bersalin secara normal. Pilihan yang sy buat adalah samada bersalin menggunakan epidural ataupun terus bersalin secara ceasarian (Czer). Pelbagai kaji selidik dan siasatan hospital mana yang membenarkan pesakit membuat pilihan sendiri kaedah bersalin yang mereka inginkan dilakukan. Tapi yang pastinya hanya hospital Swasta yang ada kelebihan seperti itu. Tiada masalah untuk pergi ke Hospital swasta. Setakat RM3-4k masih lagi mampu untuk sy tanggung, insyaAllah. Namun sy takut kos nya akan melebihi dari apa yang sy jangkakan. Sendainya terdapat sebarang komplikasi lain pada sy atau bby, pasti kosnya akan berbeza. Dan rasa tidak munasabah atau berbaloi pula kalau nak bersalin dan menghabiskan duit yang sebegitu banyak.
Jadi, pilihan yang terbaik adalah PPUM atau hospital Putrajaya. Tapi, Putrajaya, epidural hanya disediakan pada waktu/hari bekerja sahaja (8-5pm). Itupun bergantung kekosongan katil. Jadi PPUM menjadi sasaran.
Sambungan...rujuk  Bersalin @PPUM part 2


Makan besar dulu sebelum mula puasa untuk Op.




Tuesday, August 3, 2010

U were in me..

PiCs of U in mE..





Abah bEratUr with mummy2 yang lain depan Klinik 4 u n me..

Monday, August 2, 2010

LAMANYA!!!

Wah lamanya dah tak datang sini. Dan dah lama tak update blog ni. Rindu pula rasanya. My Lil' Tasya pun dah 4 bulan now ni.

Here, Highlights 'bouT mE:

  • Selamat melahirkan a baby girl on 23.03.2010, name- Nur Anastasia Sofea Bt. Hairman, After 24hrs contraction. Sampai doktor pun surrender n went for Cesar.
  • Now, dah jadi mummy. Satu fasa baru dalam hidup ni dan masih lagi belajar how to be good Mummy.
  • Kerja. Masih lagi di company lama tapi ditempat baru di Jalan Taylor's, Subang Jaya.

The Chronicles of Delivering Tasya:

21.03.2003 (Sunday-Our 9th Anniversary, having know each other)

  • 2000: Went to IOI Mall to watch Movie with By n Ija
  • 2100: Had massage @ Ogawa’s Massage Chair before went into Cinema
  • 2115: watched V3-Samseng Jalanan-giler tak best langsung. Mengarut punye cerite. TApi takpe, cerita free Ija yang belanja.
  • 2400: Arrived @ Home after sent Ija kat umah mak

22.03.2003 (Monday)

  • 0030: Water Beg pecah. Memang umah pun banjir. Menitik-nitik air+a lil bit lendir. Tapi sakit tak rasa langsung
  • 0100: Mandi, Bersihkan diri n tukar baju n Relax
  • 0200: Decide pergi Hospital just to check. Takut ada apa2. Or ada opening tak.
  • 0215: First Contraction masa baru nak gerak. Then, every 5minutes contraction tu dating. Waktu tu pula hujan renyai2. Sejuk sungguh. Kat dalam kereta, duduk kena lapik dengan tuala je sebab air still keluar.
  • 0245: Sampai hospital, register and Doc check opening. Takde apa2 lagi. Doc check ada High BP. Then, admitted to Wad 5F. By naik kejap and masuk dalam wad untuk hantarkan barang2. Masa baru2 sampai tu, ada Nurse tanya, “ada minum air selusuh ke?” andI don’t.
  • 0500: Tidur sambil menahan kesakitan contraction
  • 0730: Bangun, had breakfast and lepak dalam kesakitan. Ada opening 1cm.
  • 1200: By and mak datang lawat. By bawak food. Time tu rasa nak nangis je bila mak and By nak keluar after Waktu melawat dah habis.
  • 1230: Ada doctor pelatih UPM sibuk nak interview. Orang dah la tengah sakit. Macam2 soalan pula dia nak tanya. Tapi dia tanya elok2 n bila time contraction tu datang, dia stop tanya soalan n tunggu sampai abis sakit baru dia continue dengan soalan lain. Cuma time tu memang takde mood langsung nak layan. Soalan pula banyak berulang2. Rasa macam nak sound je. Tapi tak sampai hati pula. Doc ada cek n opening baru 2cm. Lambatnye…
  • 1630: By and mak datang lawat lagi. Sebak dada ni. Doc datang lagi n nak check opening. Dah 3cm. diaorang punye Policy, if dah 3cm, kena bawak turun ke Labour Room if ada katil kosong. Doc suh jangan ambil apa2 air n food dah. Tapi before dia bawak turun, Doc bagi Magnesium Sulphate untuk elakkan fit (sawan). Sebab during all the day, I vomited few times and my urine test got protein. So, the tendency to get fit during delivery was very high. Time dia masukkan ubat tu seluruh badan rasa panas tiba2. Memang menangislah. Then, dia masukkan klip kat anu untuk salurkan urine ke bag.
  • 1830: Nurse tolak stretcher turun ke Labour Room. Sampai, dia bagi Pain Killer and suruh tidur while waiting the full opening. Ada rasa kurang sakit ckit. By ada masuk ke Labour Room sekejap and visit.
  • 2130: Doc check tengok ada rashes kat tangan yang sangat teruk. Dia tanya ada allergic dengan ubat ke? Sy cakap memang ada allergic but dengan ubat tak tahu pula. So, she decided to stop gave me Magnesium Sulphate. Fuh, lega rasanya. Sebab they are suppose bagi satu dos lagi. Nurse tolak masuk bilik lain. Bilik yang lebih besar.
  • 2230: Contraction dah makin kerap. Every 1minute. Opening pun dah 8cm. Pergh, azabnye..sakit tulang belakang ni.,Terus minta nurse gas. Doc advise suruh sedut bila sakit je. Tapi bila sedut sekali, macam takde rasa apa2 pun. So, tak peduli, sedut sehabis2nya, tanpa henti. Sampai dah lalok and terlelap. Tapi, kuasa Allah, bila contraction tu datang, sakit tu tetap terasa. Takde beza. Mengerang2 kan dalam bilik tu, nasib by ada tolong urutkan belakang. Sedap sikit rasanya.
  • 2330: Doc datang and check opening, dah 9cm. Dia tanya, ada rasa sakit perut tak? Rasa nak meneran? Takde pula. Cuma sakit kat bahagian belakang je. Sampai dia pun dah tension. Bila cek kat bawah n cek baby, baby pun tengah relax. Taknak keluar lagi. So, dia try to woke up the baby dengan masukkan tangan. Hu, rasa macam nak tendang je Doc tu. So, dia decided to wait for another an hour.

23.03.2010 (Tuesday)

  • 0030: Doc check and still sy tak rasa nak meneran or sakit perut. Masih sakit kat bahagian yang sama. Doc kata, kita Cesar. Time tu memang dah fikir Cesar je lah. Lagipun my urine still got protein. So, it’s dangerous for me to give normal delivery. Thank God. Dia suruh sain surat kebenaran dan tolak ke operation room. Sampai situ je, dia bacakan apa yang kita sain tadi. Eeee…cepatlah. Sibuk je la semua tu. Sampai cakap kat Doc, boleh tak cepat2 bagi bius. Please, dah tahan dah ni. Doc dengan nurse2 kat boleh plak buat lawak nyanyi lagu yang Alif Satar tu “Please, please, please….”
    Immediately after got the bius, fuh, lega. Dah takde rasa sakit dah. Bius separuh badan.
  • 0132: My lovely Tasya came to the world. Alhamdulillah…

Wednesday, December 2, 2009

Budak Comot

My lovely budak comot..
Kyra Umairah yang naughty, manja n gangster...

Kelakar la dia ni...My first anak buah in our family. Tu yang sume sayang sangat tu. Kaki bodek atuk n grandma.
Kalau jumpa uncle man (my hubby), asyik cakap dengan pelat dia, 'akuk' = takut. Sampai dah melekat and terus panggil uncle man dia 'akuk'. Eh, tak sedap sungguh. Entah apa yang dia takut sangat dengan uncle dia, tak tahula. Dah la bday kyra sehari sebelum je dengan uncle. Setiap minggu jumpa uncle pun takut lagi. Tapi naik kete uncle bawak, tak takut plak ye.
Kyra sekarang ni tinggal dengan my parents coz, mama dia kena posting kat Johor n papa dia pula duduk sorang2 kat Damansara sekarang ni. Dah hampir setahun kyra tinggal dengan Grandma and bad news recently we received, mama kyra still tak dapat transfer ke sini and kyra kene follow mama ke Johor after this. Sedih jugak, sebab nanti dah tak dapat nak main dengan kyra lagi. Kyra dah jauh. Selalu kalau auntie nak balik after visit Grandma pun selalu rasa kesian dan rasa tak sampai hati nak tinggalkan kyra, especially bila tengok muka kyra dah melekat kat cermin pintu umah tu nak intai tengok auntie n uncle balik. Dah la muka seposen. Atuk pun selalu rasa sedih bila kyra buat macam tu masa atuk nak pi keje.

Lagi perangai kyra yang interesting...Dia sangat pandai bodek Uncle Ait dia. Tahu je bila uncle dia balik and masuk umah. Kadang2 orang lain tak perasan pun ait masuk umah. Tapi dia tahu je. Then, mesti panggil "It, It".....Sayang sangat dengan uncle Ait dia.
Lauk yang dia sangat suka, is Ayam. Sampaikan semua benda dia panggil Ayam. Tengok ikan kat akuarium Hospital UM pun dia panggil Ayam. Sampai ada orang yang lalu lalang dengar and tegur "ikanla..." Hi, mesti orang ingat auntie tak pandai ajar kyra and suh panggil ikan tu "Ayam". jatuh saham auntie. Bukannye dia tak tahu, tapi saje je dia nak menyakat orang.
Binatang yang dia sangat suka pula, Kucing. Pantang nampak kucing. Gambar kucing pun jadilah. Pandai plak tu panggil kucing "Meow, meow..."
Sekarang ni, semua teddy bear and toys kt umah tu dah jadi hak milik dia. Padahal auntie ijah dia punye. Kalau atuk amik and pakai buat bantal, dia mengamuk siap terus tarik dari kepala atuk. Kalau orang lain peluk2, sambil menyakat and cakap, "sayang baby..." Dia terus mengamuk. Macam tu juga dengan bantal busuk dia yang Grandma buat. Orang lain tak boleh pakai langsung, even mama dia. Sampaikan bila nampak bantal uncle alip pun dia nak mengamuk. Padahal tu bantal uncle Alip sendiri. Cuma sarung bantal je sama. Perasan bantal dia. Bila bagi balik, dia amik and letak tepi and tinggalkan buat tak tahu je. Saje tak nak bagi orang usik harta dia. Macamana nak ada adik ni. Tak boleh nak share. Habis adik kyra kene buli nanti.

Gadget yang paling dia suka, macam setengah2 budak lain jugak, pantang nampak handfon, especially my handfon. Sebab kalau orang lain punye dia minta, sure tak dilayan. Tapi auntie Riny dia ni selalu tak sampai hati. Mesti bagi jugak. Kalau uncle Remy and Ait dia tido kat ruang tamu tu, dia akan tawaf uncle2 dia and selak selimut uncle nak cari handfon uncle dia. Dan selalunya pasti berhasil.

Kyra panggil Grandma apa? Hihihi, sibuk je panggil Grandma "MaK". Tu mak kita la...Kalau bawak p pasaraya dengan mak, kita tolak troly yang dia duduk and mak tinggalkan dia cari barang2 keperluan. Bila dari jauh dia nampak je mak, terus jerit2"Mak, mak, mak!!!!" Satu pasaraya dengar. Macam dia sorang je ada mak. Tu mak auntie la..Kyra punye Mama...

Lagi setengah bulan Kyra nak sambut Hari Lahir nya yang ke-2. Nak sambut sekali dengan Uncle Man tak? hihihi, musuh kyra No. 1 tu....

Ur 1st year, Bday (10/12/2008)
Dengan Uncle Mie

Mengenangkan Auntie dia nak nikah time ni. Tu yang buat perangai time kat masjid tu.
Time Auntie Riny + Uncle Man Nikah

Her actions during my wedding day


Wednesday, August 12, 2009

Itu satu rahmat???

Pergi ke Singapura...Akhirnya semua mengambil keputusan untuk tidak pergi. Termasuk Uchu.

Sabtu 8/8/09, sy rasa tak sedap badan dan rasa sangat bosan tinggal kat rumah. By dah nak keluar pergi kerja. So, decide nak pergi rumah mak la...Rindu kat Kyra dan ijah pun balik bercuti hari tu.

Dalam pukul 11 lebih, mak dapat call dari Uchu, Pak Long Usop dah meninggal. Terkejut sungguh...Mak pun tak sangka, sebab baru dua hari lepas mak tanya uchu Sal macamana keadaan pak long usop dan uchu cakap alhamdulillah dah bertambah sihat dah. tapi itu sudah suratanNya.
Adakah ini satu kebetulan? Sungguh ini mungkin satu rahmat sebab semua tak jadi pergi ke Singapura. Semua ada di sini dan dapat hadir untuk melihat arwah buat kali terakhir dan membantu menguruskan jenazah. Kalau tak, mesti semua yang pergi ke Singapura terpaksa patah balik dan mungkin takkan sempat melihat arwah buat kali terakhir..
Tapi walauapapun, kesian pula pada saudara di sana sebab tiada siapa yang hadir untuk meraikan majlis perkahwinan anak mereka. Harap2 lain kali pasti ada kesempatannya.

Wednesday, July 29, 2009

Being Mummy

Sejak beberapa hari ni perasaan sy tak menentu, badan memang rasa tak sedap. Mengandung??? Tak mungkin..sebab sebelum ni pun memang kadang2 rasa macam ni. Mungkin kerana perubahan hormon selepas berkahwin. Errmmm...Tapi sebelum ni kadang2 je..But now, setiap hari rasa macam ni..Sangat tak selesa. By asyik cakap, "pregnant kot"...sampai termimpi2 yang sy pregnen (2 kali dia mimpi).
Disebabkan rasa tak tahan sangat, sy ambil keputusan nak cek sendiri. Kalau tak mengandung, memang masalah besar. Tak tahu apa yang tak kena. So, semalam (28/7/09)-buat pemeriksaan sendiri dan.....
Alhamdulillah, positive....So, petang ni decide untuk cek betul2 kat klinik.
Nampaknya, need to cancel trip to Singapore...But not Langkawi...d plan still go on...Iyela, sekarang ni pun kene jaga2 nak pergi luar negara. Sebab kes H1N1. Dah dua orang meninggal di Malaysia.

Friday, July 10, 2009

Pengalaman selepas Bergelar Puan

Telah 2 bulan sy menjadi Puan Riny. Hidup sebagai suami isteri ni memang indah. Walaupun ada pahitnya, tetapi bila dikenang, ia tetap akan menjadi manis dan indah. Alhamdulillah, harap2 semuanya berjalan lancar dan kebahagiaan ini akan kekal dunia dan akhirat. Amin..

Lupa pula nak sambung cerita tentang pengalaman honeymoon sebelum ni.
Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor memang indah untuk dikenang. Seronok sangat. Kami tiba di lumut pada pukul 5.30a.m. Mata memang mengantuk..By lagilah..memandu sepanjang perjalanan. Feri at this time memang tiada. So, kami plan untuk cari hotel dulu di kawasan sekitar. Akhirnya kami dapat satu hotel yang cukup selesa dan harganya berbaloi. Hotel tersebut terletak lebih kurang 1km dari Jeti Terminal, Lumut / Waterfront. Bilik semua hampir full-booked di situ, tapi kami agak bernasib baik, ada 2-3 bilik lagi yang kosong. Kami checked out pukul 12 tengahari.


Tiba di Terminal Jeti, Lumut, kami park kereta dan makan tengahari di gerai2 yang terdapat berhampiran situ. Selesai makan, kami beli tiket dan tak lama kemudian, feri pun sampai.




Sebaik sahaja tiba di jeti Pulau Pangkor, kami terus diserbu mereka yang ingin menyewakan motorsikal. Kami memang dah plan nak sewa motor. Senang nak ronda. Harga sehari untuk sewa motor Rm30 sahaja. By, excited betul nak pakai helmet kura-kura tu. Hihihi..kat KL tak dapat nak pakai sebab takut kena gelak dengan kawan2.

Selesai dengan urusan sewa motor, kami terus cari stesen minyak dahulu untuk tank yg sudah kosong sangat. Harga minyak di sini lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan harga di tanah besar. Mungkin kos pengangkutan minyak ke kawasan tersebut dikira sekali. Selepas isi minyak, kami menuju ke teluk nipah mencari bilik/chalet yang sesuai untuk penginapan kami di sana. Akhirnya, dapat satu bilik yang agak murah dan selesa. Nama resort tak ingat pula.


After check in, kami berehat dalam sejam dan keluar menaiki motor ronda2 dalam Pulau Pangkor. Plan kami nak pusing satu pulau. Bestnya....Dari apa yang saya kaji hanya ada dua tempat bersejarah saje yang ada di situ; Kota Belanda dan Batu Bersurat.


Selain kami melawat tempat2 bersejarah tersebut, kami sempat singgah di sebuah kilan memproses makanan laut dan membeli beberapa produk seperti satay ikan, keropok jelly fish (ini yang paling sedap dan dalam masa dua hari, saya boleh menghabiskan 4 bungkus.. hahaha.. Rangup dan sedap..) dll.

Perjalanan pulang dari Pangkor, kami singgah di Teluk Batik untuk bergambar dan ingatkan nak mandi laut, sebab sepanjang masa kami di sana, kami takut nak mandi sebab ombak besar sangat. Masing2 tak tahu berenang dan By pula, cuma tahu terapung je. So, takde maknanya dan di Teluk Batik pun kami tak dapat nak mandi, ombak besar.


Dari Teluk Batik, kami terus pulang ke rumah pada hari Rabu (6/7/2009) dan memulakan persiapan untuk kenduri bertandang di pihak pengantin lelaki yang akan berlangsung pada hari Sabtu (9/7/2009). Tiada satu persiapan pun yang kami dah buat masa tu. Balik honeymoon baru nak pening2 kan kepala. Hahaha..tapi akhirnya kami berjaya mengharunginya dengan jaya. Alhamdulillah..

Tuesday, June 23, 2009

Singapura - Part 1

Kali ini Singapura pula target kita. Pergi untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara di sana.

Kalau ikutkan, agak malas nak pergi. Tapi bila memikirkan mereka sanggup datang masa kenduri perkahwinan kami hari tu, terpaksalah kami pergi. Tambahan pula, dapat juga makan angin. Mak and k.rina's family tak dapat pergi pula. Masing - masing dengan alasan mereka yang tak dapat dielakkan. Ermmm.......

Menurut itinerary yang diprepare oleh uchu, kami akan bertolak pada 7 Ogos 2009 (Jumaat) pukul 10p.m. menaiki keretapi sinaran malam (kalau tak silaplah)..Sampai sana pagi (sabtu)dalam pukul 9.30am. Majlis perkahwinan akan diadakan pada hari ahad (9.8.2009). Menurut mereka, tarikh tersebut merupakan hari kemerdekaan mereka.

Singapore Independence Day - menurut dari sejarah, Singapura menyambut hari kemerdekaan yang pertama pada tahun 1966, iaitu setahun selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tempat selalunya mereka menyambut hari kebangsaan adalah di Padang, di mana kemerdekaan telah di isytiharkan. Disamping itu, mereka juga menyambutnya di National Stadium. Untuk mengelakkan kesesakan, mereka telah melancarkan 'e-balloting ticketing system' pada 2003. Dengan mendaftarkan e-mail address atau nombor telefon di NDP (National Day Parade) website or phonelines, anda berpeluang memenangi tiket untuk menyaksikan majlis sambutan kemerdekaan. Tadi dah try pergi ke website http://eballot.ndp.org.sg/legal.php n trying wether can/cannot nak register. Tapi bila tengok syarat yang pertama je, dah confirm tak boleh. Sebab only citizen can apply. Boring je...

Kembali ke topik, kami yang tiada passport akan buat passport berkumpulan. Syaratnya minimum 5 orang dan maksimum 20 orang. Bayaran rm200 untuk satu kumpulan (tak kira berapa orang satu kumpulan). Dan kumpulan tersebut wajib sama-sama menghadirkan diri ke pejabat imigresen untuk mendaftarkan diri.

Thursday, June 11, 2009

Batu Pahat - Part 2

Kami memulakan perjalanan ke rumah bakal tunang Ghafur di Batu pahat dengan berkumpul di rumah Ghafur di Gombak.

Pukul 5.45 a.m, bangun tidur dan siap - siap. Mak by, Suzy, Yola dan Lily tidur di rumah kami malam tadi. Dan ini memudahkan kami sebab tak perlu ambil mereka di rumah. So, dalam pukul 6.30 a.m, semuanya ready. Madi datang bersama sang 'kancil' nya...Yola, Suzi, dan Lily naik bersama Madi. Mak by satu kereta dengan kami. Then, perjalanan dimulakan dengan singgah di rumah my mum to pick up ijah dan mak. Kemudian, kami terus menuju ke rumah Ghafur. Sarapan disediakan tuan rumah...Bila melihat hantaran yang disediakan, canteknya....Pandai Ita buat hantaran. Memang berseni...Dan Ita jugalah yang buatkan hantaran untuk kami dari pihak by. Memang cantik...

Setelah semuanya sampai, perjalanan dimulakan. 6 biji kereta semuanya. Dah pesan kat by, reserve satu seat for Fieda. Sebab dia nak tumpang balik dari Johor. Kami masuk ke highway dari Exit Sg. Besi dan keluar Exit Tangkak, lebuhraya Utara - Selatan. Perjalanan ke Tangkak hanya mengambil masa 2 jam. Singgah di Hentian sebelah Bemban untuk buang masa. Sebab awal lagi. Majlis akan berlangsung lepas Zohor. Selepas keluar dari Exit Tangkak (tol = Rm20.10), kami meneruskan perjalanan ke rumah tunang Ghafur yang terletak di kampung Sarang Buaya, Batu Pahat. Menurut Ghafur perjalanan ke situ hanya mengambil masa 1 jam. Memandangkan banyak lagi masa, kami semua plan bawa kereta slow2. Tepat pukul 12.30 tghari, kami cari kedai minum untuk membuang masa lagi. Susahnya nak cari. Tiada satu pun yang buka. Akhirnya, kami jumpa satu kedai setelah hampir 15minit mencari. Hampir pukul 2pm, kami bergerak menuju ke masjid berhampiran dan menunaikan solat zohor. Setelah selesai, kami still lagi kena buang masa sebab pihak perempuan kata, tok imam tak datang lagi. Jadi tunggu lagi....Penatnya...Pukul 3pm kami bergerak menuju ke rumah pihak perempuan. Sampai saja, terus pihak lelaki yang berwakilkan bapa lelaki sendiri dan pihak perempuan yang diwakili oleh tok imam, menyampaikan hasrat dan berbincang tentang majlis perkahwinan. Menurut by, wang hantaran sebanyak rm10 ribu telah diberi sebelum majlis lagi. Setelah berbincang, insyaallah, hujung bulan 10 ni, majlis perkahwinan akan dilangsungkan (selepas Convocation mereka). Sebenarnya, Ghafur dan tunangnya are my junior. Baru abis belajar di UIA. Selepas selawat dan acara menukar barang hantaran, it's makan time...Wah, lapar betul..iyelah, dengan hanya berlapikkan sepinggan kecil mee goreng sarapan tadi, sampai la ni, cuma minum air je. Dalam hati terfikir, selalunya orang sekarang kalau kenduri suka buat buffet. Alahai, tak laratnya nak bangun ambil nasi... Tapi, rupa2nya makanan dihidang. Wah...selonoknya...Makanan yang dihidang adalah, nasi jagung, ayam masak sambal, rendang daging, dalca, jelata, dan kuih muih. Dengan tanpa malu dan segan, kami makan dengan sedaya upaya kami. Hihihihi..Akhirnya, Alhamdulillah...Setel..
Setelah selesai majlis, kami (kereta by dan Madi) berpisah dari rombongan sebab kami plan nak pergi Ayer Hitam. Perjalanan ke Ayer Hitam memang mencabar kesabaran betul. Tensionnya...banyak betul traffic light. Dah la lampu merah lama giler, bila da hijau sekejap je. Menyampah betul..Jalan pun memang sesak. Sampai rasa nak give up je. Nasib bila fikir, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Chewah...Kalau pasal shopping, no. 1.

Hampir 2 jam, baru kami tiba di sana. Bila dah sampai, parking pula susah nak cari. Nasiblah sebab datang peak time macam ni. Tapi setelah kami shoppingsss, all in all, shopping dekat situ, memang tidak mengecewakan. Especially untuk beli barang nak decorate rumah. Memang berbaloi. Tapi yang penting kena cari kedai yang boleh bagi harga murah. Sebab kalau tak memang menyesal.
Dah infom Fieda suruh datang ke situ sebab rumah her hubby tak jauh dari situ. Dalam 15minit je..(menurut cik Fieda). Setelah selesai shopping ala kadar sebab, insyaallah bulan 10 ni kami akan datang lagi.tapi penuh juga la bonet kereta dan sampai kena letak di tempat penumpang especially bunga mak and tikar mak by..hihihi...

Then, perjalanan pulang ke rumah dimulakan...Nak masuk tol Ayer Hitam pun sesak. Lecehnya..Lepas je tol, jalan lengang sampailah di susur keluar Ayer Keroh, Melaka, jalan mula sesak dan semakin sesak. Kepala masing2 pun dah sesak. So, kami fikir time tu maybe sampai Negeri Sembila je akan jam. Tapi dah hampir sampai Senawang masih lagi jam teruk sampai dah tak bergerak. Kami tukar plan dan ikut 'jalan dalam' je. Dengan harapan jalan tak jam la hendaknya. So, berhentilah di exit Senawang dan keluar. By cuba call Ghafur and dia inform memang dah jam teruk masa diaorang balik petang tadi. So, better kalau ada jalan lain, jangan ikut highway. Time tu dah pukul 11.30 malam dah. Makan malam belum lagi. Keluar dari Senawang, kami menghala ke Seremban dan Nilai. Jumpa kedai makan di Nilai, terus berhenti dan makan malam. Makanannya sangat mendukacitakan semua... Dah la sikit, tomyam rasa pahit. Memang tak best. Tapi, sempat lagi tengok gerudi Inul yang dipersembahkan oleh awekz yang nyanyi karaoke kat situ. Memang gempak...hahaha..tak sanggup pakcik. By pun da blur... ;)
Selepas makan, perjalanan diteruskan lagi...Selepas Nilai, kami ambil jalan ke Salak Tinggi dan lalu Putrajaya. Alhamdulillah, tak jam langsung dan lagi dekat perjalanan. Then, hantar mak by and adik2. Say bye bye to Madi dan bergerak untuk hantar Fieda, mak dan ijah. Sampai je rumah, dah pukul 2am..Ngantuknya.....tak tahan...Nak ambil MC lah sok...Tapi tak sanggup pula rasanya.

Dari apa yang kami alami, kami dapat satu pengajaran. Kami sangat bersyukur kerana tiada kampung. Masing2 dari Selangor dan kerja pun di Selangor. So, tak perlu fikir lagi nak balik kampung, bersesak2 dan berpenat2. Sekarang ni tak macam dulu. Kalau balik kampung especially time cuti sekolah or raya, highway selalu sesak. Kena cari waktu yang tak ramai orang contohnya gerak waktu subuh ke..sebab jumlah kenderaan dah semakin bertambah di Malaysia ni. Anytime, kalau nak rasa jalan jauh, kita boleh pergi bercuti je. Nak rasa environment kampung, pergilah mana2 'Homestay'. Rumah tunang Ghafur pun ada buat 'Homestay'. Jadi, nak susah2 buat apa? Bersyukurnya...

Friday, June 5, 2009

Batu pahat

7 jun ini (Ahad = Birthday Hazmira), kami semua akan pergi ke Batu Pahat mengikut rombongan merisik dan bertunang Ghafur (adik sepupu by).
Kami semua akan pergi aggaran 7 kereta. Dah ajak mak dan ijah. Mulanya mak malas nak pergi. Tapi, setelah di ‘racun’, hahaha, akhirnya Mak terpengaruh juga. Lagipun kyra tiada, sebab balik ke rumah tok wan Terengganu.
Yang akan pergi daripada keluarga sy dan by ialah Mak, Ijah, Mak Mertua, Suzi, Lily, Yola dan Madi. Balik dari sana, Fieda, my dearest fren nak tumpang balik sebab balik dari rumah suaminya di Johor. Jadi, kedua – dua kereta kami akan digunakan. Just nice…
Seronok juga, sebab dah lama tak jalan – jalan dengan family semua dan yang penting bila dah ada family baru ni.
Plannya, kami akan ambil exit Ayer Hitam (Lebuhraya Utara Selatan) ke Batu Pahat.
Selepas selesai semuanya, kami akan berpisah daripada rombongan untuk buat plan kami sendiri iaitu, membeli belah di pekan Ayer Hitam. Itu yang buat mak nak ikut sekali sebab mak nak beli tanglung yang tidak sempat dibeli masa dia ikut rombongan RT ke Johor dahulu.

Di samping itu mari kita lihat di Google apa cerita dan benda yang menarik di Batu Pahat ni.

Batu Pahat (dikenali sebagai 'Bandar Penggaram') merupakan sebuah daerah di Johor dan bandar yang kedua terbesar di Johor.
Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.
Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.
Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggram ikan-ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini kemudiannya dijadikan ikan kering.
Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Johor.

Tempat menarik yang boleh dilawati ialah singgah di "Benteng" iaitu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat yang berhadapan dengan Hospital Pakar Putra. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah, Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden, "mi racun" dan lain-lain lagi. Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Pada waktu malam, "BP walk" adalah destinasi yang terkenal di Batu Pahat. Ia adalah sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang terkenal dengan bermacam-macam jenis gerai makanan tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari.
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan dan pengeksportan tekstil di Malaysia. Jenama pakaian sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma dibuat di sini dan dieksport semula keluar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan mentah dan rempah ratus. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM500 juta telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.Antaranya Munchy's,Hup Seng dan Hwa Tai.

Wednesday, May 27, 2009

Selepas "Cik", right after being "Puan"...???

Selepas "Cik", apa title yang akan kita dapat? Puan, Datin, Dato', Datuk atau ada apa - apa lagi yang saya tak tahu atau terlupa?

Walauapapun ianya, my title now is only "Puan". Anyway, i'm really happy. Like a golden dream comes true. After 8 years, and now, finally we're...

Kelakar bila teringat pada 21 Mac 09, kami berdua boleh terlupa our anniversary. For 7 years, kami tak pernah lupa that date. But this time, dua-dua terlupa sudah. Seminggu selepas tu, baru teringat. Itupun by yang ingat dulu. Tapi kena cover juga. Masing-masing cakap, "bukan tak ingat, tapi nak uji samada ingat ke tak". Nak menegakkan benang yang basah pula..

Tapi apa yang penting sebaik sahaja menukar title ni adalah honeymooooon........

Setelah berpenat lelah membuat majlis perkahwinan, inilah masanya kami merehatkan diri. Dan destinasinya adalah Pulau Pangkor. Mungkin pada orang lain, "alah, tak bestnya...boring...". But for us yang masa cuti terhad sebab next week (9.5.09), kenduri side by pula. Hahaha, we prepare nothing for that event.

Since we like to travel, kami guna jalan lama (bukan highway) untuk ke sana. Kami bertolak pada pukul 11.30 malam Ahad (3.5.09). Di tengah malam buta, kami bertolak melalui Rawang. Dalam perjalanan, hujan renyai. Sejuknya, tak nak pakai air-cond, but have to. Dalam perjalanan, yang melalui kawasan kampung yang amat sunyi, dua kali sy tertidur. Kesian by...
Sampaikan kabus tebal menyelubungi kawasan luar. Seram juga. Iyela, jalan dah la sunyi. Hanya kereta kami je. By siap cakap, rasa macam nak masuk ke alam bunian pula. Macam pernah je. Bukan ke selalu kalau cerita2 seram, ada banyak kabus2 ni...Poyo betul. Dalam perjalanan tu juga ada 2 roadblock. Polis tu pun macam tahu2 je kami nak pergi honeymoon bila tengok kat depan kereta kami yang masih ada reben yang by guna masa kahwin hari tu. Sambil tersenyum kambing dan penuh makna dia tanya, "nak pergi honeymoon ke??" Kami pun cuma tersenyum bodoh je..mata pun dah mengantuk.

Satu perkara yang agak scarry terjadi dalam perjalanan kami. Tengah2 perjalanan, tiba2 ada sebuah kereta Gen2 di belakang kereta kami. Sy yang masa tu baru je sedar dari tidur, pun cakap, "wah, nasib baik ada kereta lain. Tak la boring sangat. Ada member." By time tu rupanya tengah aim kereta tu, sebab rupa2nya kereta tu dah lama follow kami. By suruh sy standby handfon call polis. By memperlahankan kereta dan bagi peluang untuk kereta tu memotong. Kereta tu memotong dan tak sampai 500meter, dia berhenti di tepi jalan. Melintas je dari kereta tu, kami take note no. plate dia. Handfon memang dah kat tangan, no. dah dail, tinggal tekan butang call je. Kemudian kami tinggalkan kereta tu dan 15 minit kemudian, dari cermin pandang belakang, by beritahu kereta tu follow lagi. Takutnya...takut itu perompak yang selalu merompak dan merogol bila kita bawa kereta malam2 dan pagi buta di kawasan sunyi. Bahayanya...Alhamdulillah, tak jauh depan kami ada lori. By pun mempercepatkan dan memotong lori tu. Lebih selamat. Kemudian, kami ambil keputusan untuk berhenti di salah sebuah restoran. Sebaik keluar dari restoran tersebut, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Mata ku kembali mengantuk. Tidur lagi...Bila tersedar, by bagitahu, tadi dia nampak lagi kereta Gen2 yang sama tengah follow satu Pajero pula. Masa tu, kereta kami di belakang Gen2 tu. Sampai di satu simpang, Pajero tu belok kanan dan Gen2 tu ikut Pajero tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dan kami pula belok ke kiri. Alhamdulillah, nasib baik tak berlaku apa2. Dan nasib baik by alert. Kalau tak tak tahula apa yang akan terjadi.

Pengajarannya, berhati - hati di jalan raya. Sentiasa berwaspada di mana jua anda berada. Malang tak berbau...

Nanti ada masa, kita sambung lagi cerita pasal honeymoon ni ye..To be continued..

Monday, May 25, 2009

Now is Puan...

AKHIRNYA.....
Sy selamat menjadi Pn. Riny. Alhamdulillah...
Segala liku-liku perjalanan ke arah ini telah sy tempuhi dgn selamat bersama-samanya.
Kini bermula satu fasa baru dlm hidup sy. Menjadi seorang isteri dan menantu yg solehah..hihihi..jd seorang 'ibu'??Not yet ok..
Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kg. Kenangan. Memandangkan hari tersebut cuti umum (1 Mei 09-hari buruh), tok kadi memang fully booked. Plan asal nak nikah di rumah. Tp x kesampaian. Mungkin ada rahmat disebaliknya dan dari orang yg cakap, buat di masjid lebih berkat. Amin..
Akad nikah dijalankan pada pukul 3.30pm oleh Hj. Sethu (Imam yg sama menikahkan fieda n aisyah) bersama sepasang lagi pengantin. By n family datang lambat on that day. Dan the funny thing is pasangan pengantin lelaki yg satu lagi sama tema dgn sy. dan kedengaran la suara2 sumbang yg berkata "ha, apalagi, baju dah sama, klau lambat sangat datang, nikah je dengan pengantin lelaki tu." Oh No!!!!!
Dan dengan sekali lafaz sy sudah menjadi isteri by. Eleh, bangga la tu...padahal sehari sebelum tu, sibuk tanya apa susunan rukun iman dan islam. takut tunggang terbalik.
Sayu jugak dalam hati ni.

Keesokan harinya, berlangsung Majlis Persandingan di rumah sy. Terima kasih pada my friends yg sudi hadir, give presents and yg mendoakan. Mak andam is k.Zura (Gombak). Anyway, thanks to Aty for being my bridesmaid.

Dgn Officemate + anak k.ros.

Bersama fieda n hubby, oly n miera.

Seminggu kemudian (9.5.09), berlangsung pula Majlis bertandang ke rumah pihak lelaki di Pulau Meranti. dan berlangsung juga Majlis Persandingan Linda (adik by) dan Zamri. Tema kali ni Merah, but i chose pink. Kali ni all accessories from k.zura, but mak andamnya, kak aida, her cousin coz k.zura da ada wed lain. Kak Aida is a makeup artist and this is her blog http://aidaglamour.blogspot.com/ and her makeup portfolio link: http://razz1109.fotopages.com/



At this time memang happy je coz fikir da setel da after this. Dan kita pun tak penat sebab semua orang da prepare for this. Just bawa diri je. tp by masa ni sangat2 tak sihat. Tengah demam panas, and nasib tak pitam. And finally, we're married...



Friday, April 24, 2009

Perkahwinan Ini...

Erm..., Berat sungguh nak buat majlis perkahwinan ni...
Lagi seminggu sy akan menjadi isteri kepada En. Hairman, insyaAllah..

Semua orang sukakan benda yang cantik dan menarik. Itu tak salah. Tapi jangan sampai membebankan. Apatah lagi jangan sampai membebankan orang lain.
Penat rasanya kalau nk dengar comment dari orang ni. Ada saja yg tak kena. Kesian kat by yg selalu jadi mangsa..dialah tempat sy melepaskan geram, dan yg pastinya segala complain yg sy terima. Tp by sudi turut walaupun sy tahu tekanan yg lebih besar yg dia hadapi.Thanks a lot by...luv u much...

Thursday, March 19, 2009

"Cik" kepada "Puan..” -Part 2

Isnin (9.3.09-Maulidur Rasul Day), minta tlg ait bwk member dia untuk jadi second saksi coz Remy keje. With abah, ait n his fren, p la uma tok kadi (PPN). Sign n pass borang tu and bg kt tok kadi utk sign n cop. Then, tok kadi bgla blk borang.
Khamisnya, amik AL lg, pegi PAID Petaling at Shah Alam, tgkat 6 untuk sahkan sume borang n dptkan kebenaran untuk berkahwin n pengantin pompuan wajib pergi..pegi dgn sape xkisah..
xpyh bwk wali n saksi da kat ctu..But, plg pnting bwk skali sijil nikah yg ori..
After Pegawai kt ctu sign n sahkan n bg surat untuk kebenaran berkahwin, diaorg pulangkan balik sume borang2 and surat2 tersebut..
Then, tggal satu part lagi je..
1 week before nikah, kene anta surat kebenaran n borang2 yg telah disahkan tu ke PPN (tok kadi).
Alhamdulillah, hampir setel sumenye..harap2 segalanya berjalan lancar..Amin..

Thursday, March 5, 2009

"Cik" kepada "Puan"

Lagi 2 bulan sy akan bertukar title… “Cik" kepada "Puan”.
Sekarang ni tengah pening kepala nak selesaikan tentang pendaftaran nikah. Pening betul nak faham prosedur sebenar pendaftaran nikah ni. Semua ni penting untuk apply cuti mana yang patut dan yang paling penting cuti untuk honeymoon nnti..hihihi ;p
Luckily (ye ke lucky???) my future husband satu negeri tapi lain daerah. Dia daerah Sepang dan saya daerah Petaling, Tapi kalau ikut alamat sama-sama dari Puchong.
Tapi itu pun pening juga. Tanya pada orang yang ada pengalaman, tanya 10 orang semua bagi 10 jawapan yang berlainan. Lagilah pening..

Prosedur yang kami sudah selesaikan:
1) mengikuti kursus perkahwinan - di bawah Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia(http://www.al-nidaa.com.my/), di TTDI pd 14-15 Feb 2009 (tarikh itu kami pergi bukan kerana Valentine dan tak sedar pun). Seminggu selepas kursus (23.02.09) baru boleh ambil sijil kursus perkahwinan tersebut.
2) kemudian, ambil borang permohonan kahwin untuk lelaki dan perempuan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
------Part ni ada lawak sikit. Tunang sy dari daerah Sepang, dan sy dari daerah Petaling (seperti yang diberitahu tadi), dia pergi ke Shah Alam (PAID Petaling) untuk ambil borang bagi lelaki dan perempuan. Orang yang bagi borang tu kata, tunang sy tidak dibenarkan mengambil borang untuk sy dan sy harus datang sendiri. Ok, tak mengapa, sy faham, mungkin itu prosedur.
So, my tunang ambillah borang:
**“PERMOHONAN OLEH LELAKI UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN” a.k.a borang 1A
** 2 sets of borang HIV tests (RM10 each - one for me and one for him)
------So, sy ni pun pening la.. Alamak, macammana ni? kena apply cuti ke?? dah la nanti nak buat test HIV pun kena cuti..waduh..waduhh..
------Tetapi, disebabkan kerajinan sy ni meng “explore”, sy pun surf website ni: www.jais.net.my dan yang bestnyeseronoknya, di situ semua borang ada (except borang HIV, sebab kena bayar). So, dalam tu ada inform kita boleh either get the borang direct from PAID or just download it. Cannot photostat. So, tiada masalah kalau sy just download saje dan print. Dan ini bermakn, saya tak wajib ambil borang tersebut di PAID. Jadi, kenapa that 'person' tak benarkan my tunang ambilkan borang for me je? Terasa tak logik pula. Bagi je la borang tu. But still, it’s ok. Redha saje la dan yang pentingnya, jimat cuti…
Jadi borang yang didownload adalah,"PERMOHONAN OLEH PEREMPUAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN” (borang 1C), "PERWAKILAN WALI DAN WAKALAH" (borang 1D) dan SENARAI SEMAK.
------Orang di PAID Petaling tersebut ada tanya bila majlis nikah akan dilangsungkan? So, bagitahu dia 1.5.09 ni nikah. Then, pegawai tu kata, pihak lelaki boleh mula hantar permohonan dari 1.3.09. Maknanya, borang boleh dihantar 2 bulan sebelum majlis. If kalau hantar awal?Masa kursus penceramah ada beritahu 3 bulan sebelum boleh hantar permohonan. Entahlah, maybe ikut negeri. (Masa kursus tu orang dari JAWI yang bagitahu. So, mana nak sama kan..kan..kan..??)
-----Apart from that, pegawai tersebut ada memberikan nama dan nombor telefon Pegawai Pendaftar Nikah (PPN) ikut kariah masjid kita.
3) after isi form HIV test yang diberi, pada hari Rabu (25.2.09)kami pun pergi ke Klinik Kesihatan Puchong. Senarai klinik yang terlibat menjalankan ujian HIV pada pasangan yang akan berkahwin boleh diperolehi di laman web tersebut. Nombor telefon untuk dihubungi juga terdapat disitu. Jadi, kita boleh hubungi untuk mengetahui hari dan waktu yang dibenarkan untuk membuat ujian HIV. Ujian hanya boleh dibuat pada pukul 2-4pm sahaja. Paginya kami pergi buat kad kawin dahulu.
Selepas ambil nombor giliran, kami tunggu dalam 15minit baru boleh register. Daripada my observation, we’re the second couple want to do the test. So oklah, tak ramai orang dan tak perlu tunggu lama (hopefully). Selepas register, tunggu pula diaorang panggil nombor hampir 45minit. Entah apalah yang missy tu nak prepare. Lama betul. Sebab bila tengok, diaorang cuma guna ready kit je. Selepas test, tunggu lagi dalam 30minit for the result. Alhamdulillah, selesai satu part.
4) So, 2.3.09 (isnin) my tunang pun bawa 2 orang saksi (Madi dan Izul) pergi jumpa PPN (Imam) di kariah dia untuk sain borang depan Imam. Kemudian, dia pergi ke PAID Sepang dan dapatkan cop yang berkenaan. Now, dia dah selesaikan part dia.

Then, my part only yang tinggal. Dan kalau ikut perancangan dan dari sumber-sumber yang kurang pasti kesahihannya, saya kena pergi jumpa Pegawai Pendaftar Nikah (PPN) di Kariah saya dan bawa wali dan 2 orang saksi bagi pihak perempuan. Kemudian, kena la tanya PPN tu what’s d next action…
Dan kerana ketidakpastian ini juga, kena suruh orang yang buat kad kahwin tu hold dulu, jangan print. Manalah tahu, tok kadi tu fully booked ke on that day. Kan ke masalah..

Okla, kita tunggu dan lihat apa sebenarnya yang akan berlaku..See ya..

Thursday, February 5, 2009

Bertunang byk dugaannya…???

Mungkin benar kata orang, dalam tempoh bertunang memang banyak dugaannya..
Perkenalan hampir 8 tahun tidak menjanjikan kita akan menjalani tempoh bertunang dalam keadaan yang bahagia..Iyela, sedangkan lidah lagi tergigit (tu body’s part yg very2 rapat, pn blh besrselisih), inikan pula kami yang hanya terikat dgn tali pertunangan..suami isteri pun boleh bercerai..nauzubillah..
Bila keluar atau terfikir sahaja semua ini, teringat pada kata-kata kak Rina..
“ Aku kalau ikutkan malaslah nak kawin. Lagi dekat tarikh tu, lg kuat aku tak nak kahwin. Sekarang ni, makin jumpa abang Faizal makin aku rasa benci sangat. Tak tahulah kenapa.”
Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut my sis semasa dia menjadi tunangan kepada ‘cik pejal, tapi telah di edit serba sedikit sbb sy pun bukan boleh ingat semua yang dia cakap. Apa yang penting isinya.
Sy pun yang pada waktu itu yang masih muda dan remaja ini terasa agak pelik. Iyelah, By right, kita mestila lagi happy klau nak dekat-dekat kahwin ni. Almaklumla, nak menuju ke Hari Bahagia or Our Big DAY lah katakan.
Pening juga ni. Complicated sungguh manusia ciptaan Allah ni. Subhanallah…
So, my sis sambungla, “Iyela, sekarang ni kita nak buat benda baik. Terutamanya bab2 kahwin ni. Kita kan nak mendirikan “masjid”, benda yang haram akan bertukar jadi halal.(dating dan semua benda dah boleh buat da dengan husband kita.hihihi ;)
Syaitan memang tak suka benda ni semua. 'Dia' suka lagi kalau kita ni bercinta, borak2 dalam telefon, dating berdua2an, berpegangan tangan, 'ringan-ringan' or 'berat-berat'. Betul juga apa yang my sis cakap tu. Itu semua dugaan yang menguji kita. Semua yang baik tu pastinya datang dari Allah dan yang buruk tu memang datang dari diri kita sendiri.
Kadang-kadang tu waktu bertunang ni pula la, ex-boypren/girlpren datang balik dan menagih janji-janji palsumu..eeee..x kuasa.. Sebelum ni tak pernah pula nak fikir. Hati dan mata pun kadang 'ter'nakal melihat jejaka atau gadis lain.. Tak sedar yang diri akan bertukar 'title'. Better behave yourself.
Walauapapun, dalam hidup ini, memang banyak dugaannya. Kita harus percaya pada Qada’ dan Qadar. Dan itu salah satu daripada Rukun Iman. Sebagai orang Islam yang beriman pada Allah, kita perlu banyak bersabar menghadapi semua dugaan-dugaan itu kerana sabar itu juga sebahagian dari Iman.
Dan bila sy tanya pd kakak-kakak yang lebih dulu makan garam ni, better lagi sebulan at least, jgn jmpa tunang kita lagi. Tunggu waktu nikah sahaja. Baru rasa thrill+rindu giler pada dia. Di samping mengelakkan fitnah-fitnah.
Tapi itula, semua tu kembali bertanya pada Iman kita. Boleh tak kita lakukan? Boleh ke kita nak lawan nafsu kita ni? Especially masing-masing memang tinggal dekat. At least, seminggu sekali mesti jumpa. Nak keluar beli barang-barang yang mana tak cukup, nak pergi test baju kat mak andam, dan banyak lagi benda remeh dan penting yang perlu dibuat. So, cik Iman tolong jawab.

Kalau diikutkan masa zaman ibubapa dan nenek moyang kita, memang jangan harap nak keluar rumah. Apatah lagi nak pergi berdating ni (dan mungkin mereka tak tahu apa itu 'dating'). Bercinta selepas kahwin. Sebelum kahwin kenal gitu2 je, dan ada yang tak kenal langsung bakal teman hidupnya kerana ibubapa yang tentukan. Tapi mereka bahagia, boleh bertahan hingga ke akhir hayat dan kemudian ke syurga bersama, insyaAllah..Amiiinnn…..

Setiap pasangan ada pengalaman dan cerita masing-masing. Walauapapun dugaan yang dihadapi terutamanya semasa bertunang ini, banyakkan bersabar dan dekatkan diri pada Allah. Sabar melawan nafsu dan sabar dalam segala hal. Ingat, bila kita bertunang ni, kita bukan sahaja mengikat perjanjian antara kita dan tunang malah kita sudah mengikat janji antara keluarga. Dan kerana itu jangan kita malukan mereka yang menyayangi kita. Nasihat ini ditujukan pada mereka yang sedang menjadi tunangan orang dan pada diri saya sendiri terutamanya.