Wednesday, December 2, 2009

Budak Comot

My lovely budak comot..
Kyra Umairah yang naughty, manja n gangster...

Kelakar la dia ni...My first anak buah in our family. Tu yang sume sayang sangat tu. Kaki bodek atuk n grandma.
Kalau jumpa uncle man (my hubby), asyik cakap dengan pelat dia, 'akuk' = takut. Sampai dah melekat and terus panggil uncle man dia 'akuk'. Eh, tak sedap sungguh. Entah apa yang dia takut sangat dengan uncle dia, tak tahula. Dah la bday kyra sehari sebelum je dengan uncle. Setiap minggu jumpa uncle pun takut lagi. Tapi naik kete uncle bawak, tak takut plak ye.
Kyra sekarang ni tinggal dengan my parents coz, mama dia kena posting kat Johor n papa dia pula duduk sorang2 kat Damansara sekarang ni. Dah hampir setahun kyra tinggal dengan Grandma and bad news recently we received, mama kyra still tak dapat transfer ke sini and kyra kene follow mama ke Johor after this. Sedih jugak, sebab nanti dah tak dapat nak main dengan kyra lagi. Kyra dah jauh. Selalu kalau auntie nak balik after visit Grandma pun selalu rasa kesian dan rasa tak sampai hati nak tinggalkan kyra, especially bila tengok muka kyra dah melekat kat cermin pintu umah tu nak intai tengok auntie n uncle balik. Dah la muka seposen. Atuk pun selalu rasa sedih bila kyra buat macam tu masa atuk nak pi keje.

Lagi perangai kyra yang interesting...Dia sangat pandai bodek Uncle Ait dia. Tahu je bila uncle dia balik and masuk umah. Kadang2 orang lain tak perasan pun ait masuk umah. Tapi dia tahu je. Then, mesti panggil "It, It".....Sayang sangat dengan uncle Ait dia.
Lauk yang dia sangat suka, is Ayam. Sampaikan semua benda dia panggil Ayam. Tengok ikan kat akuarium Hospital UM pun dia panggil Ayam. Sampai ada orang yang lalu lalang dengar and tegur "ikanla..." Hi, mesti orang ingat auntie tak pandai ajar kyra and suh panggil ikan tu "Ayam". jatuh saham auntie. Bukannye dia tak tahu, tapi saje je dia nak menyakat orang.
Binatang yang dia sangat suka pula, Kucing. Pantang nampak kucing. Gambar kucing pun jadilah. Pandai plak tu panggil kucing "Meow, meow..."
Sekarang ni, semua teddy bear and toys kt umah tu dah jadi hak milik dia. Padahal auntie ijah dia punye. Kalau atuk amik and pakai buat bantal, dia mengamuk siap terus tarik dari kepala atuk. Kalau orang lain peluk2, sambil menyakat and cakap, "sayang baby..." Dia terus mengamuk. Macam tu juga dengan bantal busuk dia yang Grandma buat. Orang lain tak boleh pakai langsung, even mama dia. Sampaikan bila nampak bantal uncle alip pun dia nak mengamuk. Padahal tu bantal uncle Alip sendiri. Cuma sarung bantal je sama. Perasan bantal dia. Bila bagi balik, dia amik and letak tepi and tinggalkan buat tak tahu je. Saje tak nak bagi orang usik harta dia. Macamana nak ada adik ni. Tak boleh nak share. Habis adik kyra kene buli nanti.

Gadget yang paling dia suka, macam setengah2 budak lain jugak, pantang nampak handfon, especially my handfon. Sebab kalau orang lain punye dia minta, sure tak dilayan. Tapi auntie Riny dia ni selalu tak sampai hati. Mesti bagi jugak. Kalau uncle Remy and Ait dia tido kat ruang tamu tu, dia akan tawaf uncle2 dia and selak selimut uncle nak cari handfon uncle dia. Dan selalunya pasti berhasil.

Kyra panggil Grandma apa? Hihihi, sibuk je panggil Grandma "MaK". Tu mak kita la...Kalau bawak p pasaraya dengan mak, kita tolak troly yang dia duduk and mak tinggalkan dia cari barang2 keperluan. Bila dari jauh dia nampak je mak, terus jerit2"Mak, mak, mak!!!!" Satu pasaraya dengar. Macam dia sorang je ada mak. Tu mak auntie la..Kyra punye Mama...

Lagi setengah bulan Kyra nak sambut Hari Lahir nya yang ke-2. Nak sambut sekali dengan Uncle Man tak? hihihi, musuh kyra No. 1 tu....

Ur 1st year, Bday (10/12/2008)
Dengan Uncle Mie

Mengenangkan Auntie dia nak nikah time ni. Tu yang buat perangai time kat masjid tu.
Time Auntie Riny + Uncle Man Nikah

Her actions during my wedding day


Wednesday, November 25, 2009

The moment...

18/11/2009-Two days after medical checkup, for the first time rasa ada something bergerak2 dalam perut. Mula2 ingatkan angin bergolodak dalam perut ni. Tapi makin kerap dan tak berhenti pula. Tiba2 teringat, semalam nurse ada tanya ada rasa baby bergerak ke tak dalam perut before ni? Then, sy cakap "Takde apa2 pun...kalau tak kerana memang perut ni makin buncit, tak rasa macam pregnen pun.hihihi"
Selama ni selalu cakap kat by, "takutnye kalau baby dah start bergerak dalam perut nanti. Sebab takut nanti macam ada benda asing pula dalam perut ni. Nanti rasa kaki, tangan or kuku dia cakar2 ke?" Err...Scary nye...
Dan malam tu....Time tengah rehat2 atas katil... Tiba2, nape lain macam pula angin dalam perut ni? Bergelodak tak tentu pasal. Peliknya..
Entah2...baby dah bergerak kot...Tiba2 rasa macam geli and lawak sangat... Terus gelak tak henti2...Masa gelak tu, perut pun bergoyang sama n tak rasa dah baby tu bergerak. Bila kita stop ketawa and relaxkan perut, dia gerak2 balik2. Lepas tu sy ketawa n dia berenti gerak. Dann seterusnya hingga beberapa kali. Pandai pula dia nak main2 kan mummy ye..

Wednesday, November 18, 2009

Checkup kali ke-2

16/11/2009 (Monday). Checkup kali ke-2:
- Sampai je klinik, terus amik nombor giliran (No.39). Printed no. tu ada dua so, satu klip kat buku yang kita simpan dan satu lagi kat buku yang diorang (klinik) simpan. Buku yang diaorang simpan tu, diaorang dah letak siap2 dalam bakul and kenela cari sendiri.
- Bila dah jumpa and lekatkan no. tu, satu bagi kat nurse yang tengah cek blood pressure n satu lagi bagi kat nurse yang buat urine test n Hemoglobin, Hb.
- amik cup yang diorang dah prepare for urine test, masuk toilet and collect urine. Letak n ingat no. cup urine kita tu n tunggu nurse panggil.
- Sambil tunggu, pergi timbang and jot down the weight. Dah bertambah 2.2kg. Hihihi...bahaya ni. kene diet. Sepatutnya utk pregnancy yang 5bulan kebawah, normal increement adalah 0.5kg/month.
- then, nurse panggil untuk buat urine n Hb test. For Hb test, dia cucuk jari hantu sikit untuk amik darah. Result: Kandungan gula-ok, Hb-ok.
- Tunggu dalam 10minit and nurse lain panggil untuk check blood pressure (BP). Ni pun OK. Memandangkan dah ada family history yg ada high BP, so have to watch out carefully.
- Setel. Tunggu dalam 20min, no giliran keluar untuk buat pemeriksaan fizikal pula. Time ni dia check kita, tanya kaki ada bengkak ke x, tengok sume collected result and discuss if got any problem. And for me, everything is ok and xdela nurse tu bising2. Then, dia check perut n ukur perut. hihihi..tiba2 dia rasa minggu yang sy pregnent tu tak match dengan my tummy size. So, sy cakap kat nurse tu. Entahlah, sy pun tak sure, yang tengah membesar ni sebab baby or memang perut ni yang membesar (buncit). Then, dia complain pula pasal stretchmark kt my tummy. "ni baby belum besar lagi ni dah ada stretchmark." Then, sy cakap, "alah, before kahwin pun memang dah ada sbb before ni sebab pernah gemuk sangat2." So, she advise me to use the stretchmark cream. Kalau tak pregnant pun boleh pakai ke??? "Bolehlah..."
Ooooo, ingatkan that cream mainly used by pregnent mummy. hihihi....
Sambil membebel, dia cek jantung baby. Sakitnya masa dia tekan2 perut nak cari position baby. Senak rasanya.
- After finish, balik sendiri jalan kaki ke rumah mak sebab dah ambil one day leave.