Tuesday, April 17, 2012

Bersalin Cesarian - cZer @Home

Kita sambung kembali entri yang lalu. Bersalin @PPUM part 1
Selepas bermalam dihospital selama dua malam, aku dibenarkan pulang ke rumah. Dalam kereta, by kata, kali ini aku nampak lebih ceria dan segar. Tapi aku kata, kali ini aku masih lagi rasa sakit. Berjalan pun, aku tak boleh berjalan laju. Rasa seperti perut terbuai-buai dan ngilu. Mungkin kerana Ammar seorang anak yang baik, lebih banyak tidur dan tidak menangis. Jadi, aku rasa sedikit tenang dan dapat berehat
Berpantang kali ni aku memilih untuk berpantang di rumah sendiri. Tanpa sesiapa yang membantu. Hanya diriku dan ammar yang gebu. Walaupun pada niat asalnya aku ingin berpantang di rumah mak dan segala persediaan sebenarnya telah dibuat. Pakaian-pakaian dan kelengkapan lain pun semua telah dihantar ke rumah mak. Namun, atas sebab-sebab yang tertentu, aku memilih untuk balik ke rumah sendiri selepas sehari bermalam di rumah mak. Agak sedih, namun terpaksa. Tapi yang pasti, bukan kerana mak atau abah tidak mahu menerima kehadiran kami. Atas faktor lain. Lagipun, kali ni, aku ingin cuba berdikari sendiri.
Bersalin kali ni, lebih mencabar. Lebih sakit dan lebih lama aku menanggung kesakitan. Orang lihat aku macam stabil dan sihat. Tapi sakit di dalam siapa yang tahu. Mereka semua kata, “alah, orang bersalin operate tak sakit. Takde luka apa-apa. Bawah tu tak sakit, senang nak gerak dan buat kerja.” Erm…. Itu la kebanyakan komen-komen yang aku dengar. Pandai-pandai je. Cuba rasa sendiri barulah tahu macamana. Hampir 2minggu, aku agak sukar untuk bangun selepas baring. Pedih betul rasanya. Rasa ngilu-ngilu. Sampai ada ketika, aku terpaksa panggil by untuk tolong aku bangun. Sakit sangat. Berbeza dengan kali pertama, hari kedua, aku sudah stabil dan tiada kesakitan dirasakan. Mungkin atas faktor jarak kelahiran yang hampir dekat. (Selepas setahun melahirkan Asya, aku telah disahkan hamil lagi). Jadi mungkin luka di dalam perut tidak sembuh dengan sempurna. Mujur juga rasa sakit untuk bangun selepas baring itu hanya dirasakan sekali sekala dalam dua minggu itu.

*** Lupa pula terima kasih pada mereka yang melawat dan bagi hadiah and ang pow.

Thursday, March 15, 2012

Bersalin Cesarian - cZer @PPUM

Hampir dua tahun sy tidak menjenguk atau mengemaskini blog ni. Tiada kesempatan dan yang selebihnya adalah kerana TIADA MOOD”.
Anak pun sekarang ni da tambah lagi seorang, lelaki. Muhammad Ammar Rafael bin Hairman. Alhamdulillah, sudah sepasang anak-anakku. Rezeki Allah. Terima kasih Ya Allah, kerana telah melengkapkan hidup kami sekeluarga dengan kehadirannya. Walaupun ia datang tanpa dirancang, namun dengan sokongan suami, aku berjaya menghadapinya. Dan syukur juga baby kali ni tidak banyak kerenah. Tidak seperti kakaknya yang hampir-hampir membuat sy meroyan. Dugaan anak pertama, pengalaman pertama.
Lahir pada 28 November 2011 (Isnin) pada pukul 10 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kelahiran kali ini secara Ceasarian juga. Pada awal perancangan, ia adalah Planned Ceasarian dan tarikh yang ditempah pada 29 November 2011 (esoknya). Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Dalam perjalanan untuk daftar masuk kehospital, contraction setiap 5 minit semakin dirasai. Sakitnya bukan kepalang. Akhirnya, sakit yang datang bermula dari pukul 11 tengahari, berakhir pada 10 malam dibilik pembedahan. Sakit hendak bersalin dirasai hampir selama 12 jam kali ini. Berbanding Asya, sakit yang dialami hampir 24jam.
Mengapa memilih untuk bersalin di PPUM? Erm, semuanya adalah kerana aku serik untuk mencuba bersalin secara normal. Pilihan yang sy buat adalah samada bersalin menggunakan epidural ataupun terus bersalin secara ceasarian (Czer). Pelbagai kaji selidik dan siasatan hospital mana yang membenarkan pesakit membuat pilihan sendiri kaedah bersalin yang mereka inginkan dilakukan. Tapi yang pastinya hanya hospital Swasta yang ada kelebihan seperti itu. Tiada masalah untuk pergi ke Hospital swasta. Setakat RM3-4k masih lagi mampu untuk sy tanggung, insyaAllah. Namun sy takut kos nya akan melebihi dari apa yang sy jangkakan. Sendainya terdapat sebarang komplikasi lain pada sy atau bby, pasti kosnya akan berbeza. Dan rasa tidak munasabah atau berbaloi pula kalau nak bersalin dan menghabiskan duit yang sebegitu banyak.
Jadi, pilihan yang terbaik adalah PPUM atau hospital Putrajaya. Tapi, Putrajaya, epidural hanya disediakan pada waktu/hari bekerja sahaja (8-5pm). Itupun bergantung kekosongan katil. Jadi PPUM menjadi sasaran.
Sambungan...rujuk  Bersalin @PPUM part 2


Makan besar dulu sebelum mula puasa untuk Op.




Monday, October 11, 2010

Hati ini Menangis

Menangis melihat bayi-bayi yang dibuang begitu sahaja. Yang masih hidup ataupun yang telah mati. Kejam sungguh manusia kini. Kalau ia pun ingin membuang bayi tersebut, buanglah atau tempatkanla dia ditempat yang sepatutnya.

Bayi menggigil
SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.

Buang atas daun pisang
RAWANG: Malang sungguh nasib seorang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang oleh ibu kandungnya sendiri di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar, Rawang di sini, pagi semalam.


***Sumber Harian Metro(30062010)

Sejak menjadi seorang ibu ni, hati sy sangat sensitif bila melihat semua ni. Sering terbayang sekiranya itu adalah anak kita. Sampai hati mereka melakukannya. Tiada akal atau perasaan kah mereka? Bayangkanlah bayi yang kecil yang tidak bersalah ditinggalkan begitu sahaja. Kesejukan, kesakitan digigit serangga, kelaparan, menangis tanpa sedar diri dipinggir dan dibuang begitu sahaja. Mana ibu untuk mendakap, mana ayah untuk mengazan dan mengQamatkan dan mana mereka untuk membelai diri ini seperti mana anak-anak lain yang baru dilahirkan.