Anak pun sekarang ni da tambah lagi seorang, lelaki. Muhammad Ammar Rafael bin Hairman. Alhamdulillah, sudah sepasang anak-anakku. Rezeki Allah. Terima kasih Ya Allah, kerana telah melengkapkan hidup kami sekeluarga dengan kehadirannya. Walaupun ia datang tanpa dirancang, namun dengan sokongan suami, aku berjaya menghadapinya. Dan syukur juga baby kali ni tidak banyak kerenah. Tidak seperti kakaknya yang hampir-hampir membuat sy meroyan. Dugaan anak pertama, pengalaman pertama.
Lahir pada 28 November 2011 (Isnin) pada pukul 10 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kelahiran kali ini secara Ceasarian juga. Pada awal perancangan, ia adalah Planned Ceasarian dan tarikh yang ditempah pada 29 November 2011 (esoknya). Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Dalam perjalanan untuk daftar masuk kehospital, contraction setiap 5 minit semakin dirasai. Sakitnya bukan kepalang. Akhirnya, sakit yang datang bermula dari pukul 11 tengahari, berakhir pada 10 malam dibilik pembedahan. Sakit hendak bersalin dirasai hampir selama 12 jam kali ini. Berbanding Asya, sakit yang dialami hampir 24jam.
Mengapa memilih untuk bersalin di PPUM? Erm, semuanya adalah kerana aku serik untuk mencuba bersalin secara normal. Pilihan yang sy buat adalah samada bersalin menggunakan epidural ataupun terus bersalin secara ceasarian (Czer). Pelbagai kaji selidik dan siasatan hospital mana yang membenarkan pesakit membuat pilihan sendiri kaedah bersalin yang mereka inginkan dilakukan. Tapi yang pastinya hanya hospital Swasta yang ada kelebihan seperti itu. Tiada masalah untuk pergi ke Hospital swasta. Setakat RM3-4k masih lagi mampu untuk sy tanggung, insyaAllah. Namun sy takut kos nya akan melebihi dari apa yang sy jangkakan. Sendainya terdapat sebarang komplikasi lain pada sy atau bby, pasti kosnya akan berbeza. Dan rasa tidak munasabah atau berbaloi pula kalau nak bersalin dan menghabiskan duit yang sebegitu banyak.
Jadi, pilihan yang terbaik adalah PPUM atau hospital Putrajaya. Tapi, Putrajaya, epidural hanya disediakan pada waktu/hari bekerja sahaja (8-5pm). Itupun bergantung kekosongan katil. Jadi PPUM menjadi sasaran.
Sambungan...rujuk Bersalin @PPUM part 2
Sambungan...rujuk Bersalin @PPUM part 2
Makan besar dulu sebelum mula puasa untuk Op. |
As salam ..sy nak tanye..since kt labor room husband xleh masuk,aftr bsalin pun husband leh masuk time melawat je..ade single bedded room tak?tq
ReplyDeleteWassalam..erm, masa register tu, dia automatik masukkan kita ke 4 bedded room. dia pun takde offer any other choices.sy pun xde tanya plak time tu.
Deleteboleh call mereka untuk detail: 0379494422 atau 0379492059.
Salam... berapa caj caesar kat PPUM ni... tgh survey sbb dktr kt kena caesar..
ReplyDeletewassalam..hari tu kena dlm rm1100++ je. itupun dikira emergency. so, ada extra ckit. klau betul2 ikut plan, dlm RM900++ je.
Deletesalam... klw dok klang, tp nak caesar kat situ boleh kan?nurse dye ok x?
ReplyDeleteWassalam..Boleh je. xde masalah. tapi kena register awal2 jgn datang masa da nak bersalin. nanti mereka banyak tanya pula. Nurse2 yg muda2 ok.hehehe. tapi yg da berumur=OTAI, mulut je bising2. tu pn masa sy kt sana, ada sorang je kot yg bising. dia bukan bising marah2, tapi macam mak2 yg bg nasihat kt anak2. tapi overall sume ok n baik.
Deletesorry,kos utk caesar bpe ye? and, brpe hari dok sana?
Deleteade bilik utk private x?
hari tu kena dlm rm1100++ je. itupun dikira emergency. sy tggal kt sana dlm dua hari je. sbb sume ok. mak n bby ok.
Deleteassalam,
ReplyDeletepuan,
saya ni bakal bersalin kali ke-3 dgn kaedah c-zer..survey hospital yg bersalin kali kedua..mak aih...7k gituuuu, mencanak naiknya.
tgh consider nak ke PPUM...tp mcmana dgn doktornya, pelatih ke atau doktor pakar?
maklumle..tempat orang buat latihan/belajar kan?
after ops tu ade ape2 komplikasi tak? masa bius tu 1/2 body ke atau bius full body?
maaf la..banyak pulak tanya,kan?
terima kasih.
~awin
wassalam..
Deletehihihi..xpe....apa yg sy tahu..blh di share2 kan.
Masa sy hari tu, yang bius, mmg doktor pakar. yg operate plak, doktor pelatih. tapi doktor pakar ada bersama.so, dengar la, doktor pakar tu guide pelatih dia. so, ada dua doktor je time tu. sorang nurse untuk tengok2 kan sy.
Sy xsure bius macamana. sebab masa sy hari tu, bius separuh badan je. sblm operation, pakar bius akan interview dulu n tanya before ni bius separuh badan o full body.so, sy xsure mereka bius sy separuh badan sbb mmg prosedur disitu or sbb mmg history sy bius separuh badan. sebab czer anak yg sblm ni mmg separuh badan.
salam nak tanya...charges Rm1100++ tu utk semua sekali selama 2 hari ke?? sis goverment ke ?
ReplyDeletewassala..charges utk mmg total untuk semuanya..n segalanya...hehehe...
Deletesy private...
Salam :) sy bercdg utk bersalin czer kali ke 3 di ppum. Nk tanya doc di ppum bedah di tmpt yg sama czer sblm ni atau bedah di bahagian baru ye? Sbb membe di serdang bgtau dianada dua kedan jahitan sbb dua kali czer di hospital serdang. N also lps bedah bagaimana kesan jahitan mudah baik x? Tq yek for sharing! :)
ReplyDeletewassalam...kali kedua operation ni dia buat/potong bahagian yg sama. exactly kt tmpt/line yg sama. luka jahitan cpt baik dan kering. so far, alhamdulillah xde masalah after tu.
Deleteo ye...sebagai panduan or tips:
ReplyDeletebagi mereka yg bsalin czer, elakkan dari banyak makan/minum pati ikan haruan.begitu juga dgn sup ikan haruan. doc bgtau, luka mmg cpt baik. tapi dia xbrape cantik. kedutan yg xcantik. so, mcm sy, sy mmg minum pati ikan haruan. tp minum satu botol masa hari pertama lps bsalin. sbb nk bg bdn n luka kuat ckit n sbb nk bgn masa first time tu..pergh, azab.itula cabaran pertama yg menakutkan.hehehe..
dan sy minum lagi bila ada masa sy rasa sgt sakit dlm perut. rasa ngilu2. sbb ni 2nd time czer kot. masa 1st dulu, ok je. so, total sy minum pati tu 3 botol je. nak bg luka cpt baik. banyakkan minum/makan buah oren. ianya juga bagus untuk pelawasan.hehehe
assalam..nak kongsi cerita juga pasal luka c-section ni.
ReplyDeleteMasa 1st c-zer..alhamdulillah sakit x seberapa (agaknya kali pertama) saya byk makan makanan berunsur ikan haruan, bakar, sup..sy try juga nk minum pati...adoiyai....bau pati tu ya ampuuuuuuunnnnn
tapi luka c-zer saya mmg x cantik..dr kata ..KELOID
rujuk sini : http://en.wikipedia.org/wiki/Keloid, http://w1.hmetro.com.my/articles/Keloidbolehdiatasi/Article/
pastu masa 2nd c-zer...dr yg buat ops tu sudi membuang keloid sy..tp x pulak dia ckp apa2 pasal ikan haruan...kali ni, haruan masak mcm2 sy mkn..pastu sy makan pulak produk healin' (gamogen) perasa oren.
jenuh juga nak baik (agaknya dah 2x c-zer) kan
tp lepas 2nd baby...mmg sy agak serik la nk ngandung semula..sbb rasa ngilu2 lagi tiap kali nak menggeliat ke, bersin atau buat regangan badan. tu yg amik masa 5thn nak boleh ngandung semula (sy pakai implanon)
so...skrg ni..masih lg dilemma x tau mana hosp. nak gi..mmg hati kuat ke PPUM sbb tgk abah sy buat bypass..dr-dr nya alhamdulillah smua baik2..misi pun gitu juga.
Wallahua'lam
terima kasih ye psl info KELOID tu.baru sy tahu mengenainya..thanks for sharing...
DeleteAsalamualaikum...now tengah preggy anak ke-3. Dua kali deliver czer, harap2 yg ni normal. Risau ade, sbb jarak 9 tahun..ingat takde dah bby. Rezeki Allah..tengah survey sbb last time bersalin kt hosp.kampung je. Nk booking PPUM ni agaknya kandungan dah berapa bulan? Kite check up pun kt klinik panel hubby..rasenya kena byr half kut kalau gi hosp kerajaan..tq sharing :-)
ReplyDeleteWaalaikumsalam....Nak cuba bersalin normal?boleh ke?setahu sy, kalau da dua kali czer mmg kali ketiga akan czer juga. maafkan sy kalau salah ye.blh confirmkan dgn doc nnti. Nak booking bersalin di PPUM..?sy start checkup di PPUM masa tu da 8 bulan. n dia tanya nak bsalin di ctu atau tidak. since, sy akan bsalin disana, jadi dia suruh bayar RM500 merangkap booking..
Deleteboleh call mereka untuk detail: 0379494422 atau 0379492059
salam sis rm1100 tu termasuk booking rm500 tu ke? sy dh register n booked dgn ppum hopefully semua ok la... takot ni
ReplyDeleteye...Rm1100 tu termasuk booking rm500 tu.so, after bersalin, cuma top up extra je.
DeleteSalam sis...actually sye dh 5bln preggy tp blom g chekup kat mne2 lg msuk 3bln bru dpt tau pregnt. Ni kira yg ke 3 sbelom ni czer bby bru msok 11bln..rse mcm bru je bersalin dh pregnt blik rse x sdia plak. Bleh trus g regster kt ppum ker sbb sye x g mne2 hosp lg..sbelom ni bsalin kt columbia mahal..ppum kos czer n normal brape? Sory sye ni byk tnye plak thnks yek..
ReplyDeleteboleh..boleh terus ke sana n start buat check up monthly.
Deletecoz czer dlm Rm1000++, tapi kalau normal sy kurang pasti, hihihi..
kalau takut or rasa kos da meningkat, boleh tanya2 dengan nurse2 kt kaunter pendaftaran/pembayaran kat ctu. mereka boleh bagi range harga yg selalu dikenakan buat masa tu. so, boleh la buat bajet mana yg patut after tu.
BOLEH PILIH KE NAK CZER ATAU NORMAL
Deletesalam sis...kita boleh pilih ke nak czer atau normal..sbb anak first sy czer
ReplyDeletemasa sy hari tu, doc ada tanya n memang sy pilih nk czer. n dia bg advice, pros and cons n tempoh sampai next appointment utk pikirkan masak-masak. then, book tarikh bila da confirm nk pilih czer.
Deletetapi before nk ke PPUM tu, sy mmg ada call n tanya staf disitu. mereka kata boleh. n bagitahu doc masa check up tu, so that, mereka akan advice mana yg patut.
doc x marah ke sbb pilih czer sedangkan kita boleh normal....tarikh dia bg ke kita pilih
ReplyDeleteooo...doc xmarah. sangat baik. mereka akan berikan nasihat dan bagi masa untuk kita fikirkan. Jangan risau.
Deletebila kita da decide and confirm nak pilih czer, nanti dia akan tentukan tarikh yang sesuai untuk bersalin. tapi kalau ada special request pasal date nak bersalin tu, kene tanya dengan doc sendiri. sebab, nak tengok kelapangan doc yang bertugas dan bilik pembedahan. tapi sebelum date bersalin tu, kena datang sehari awal untuk jumpa/appointment dengan pakar bius.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKalo nak register bersalin kat PPUM perlu bawak buku merah tak? saya chk dekat private sebelum ni tp penah 2 kali scan kat sana sbb mslh heartbeat baby.
Sekarang dah 35 weeks baby breech (oblique). takot baby x pusing kena csect. x mampu nak byr sampai 5k-7k kat private kalo cfm kena csect ni.
Nak pegi FPP Putrajaya diaorg x accept dah sbb dah 35 weeks.
ooo...xperlu buku merah. bagi je apa2 reference/rekod yg kita ada mengenai monthly check up yang kita buat. Sy pun xde buku merah. hanya ada kad sahaja...
DeleteSalam, boleh ke kite pilih tuk full bius?
Deletesy kurang pasti pula mengenai request utk full bius. better cek dengan doc disana.
DeleteDoc ada tanya sebab x knp nk czer....maaflah sbb byk tanya
ReplyDeletememang mereka tanya. N macam sy, sy bagitau je yang sy da trauma. xmo da nk try2 normal.
DeleteHi,
ReplyDeleteNak tanya. First baby saya czer n now sy preg 26wks. Sy mmg dah register di PPUM untuk bersalin, sb sy kerja di Sarawak(govt servant)tp akan balik utk bersalin kat PPUM. Bulan jun ada appointment. Blh pilih utk czer tak, walaupun dah 4 tahun gap?
boleh je inform doc tu terus and request. mereka akan advise selanjutnya.
DeleteYang..boleh tau u bawah dr apa ya.. and yg u bersalin tu bukan di bahagian private wing kan. Sbb i cek private wing die boleh tahan juga harga.. ans i risau xboleh request untuk czer. I pun trauma dah nak normal. 1st dulu czer.
ReplyDeleteTq!!
hai...
ReplyDelete"bawah dr apa" ?? xpaham...
ye..sy bukan pergi private wing..
Ehehehehhe maksud i, under dr mana....
ReplyDeleteOo itulah risau tau sbb bukan semua gomen boleh request2 nk czer ke x.. takut kena marah ehehehehe..biasa seawal bape bulan ya kita boleh bgtau dr nk czer atau normal.
Tq dear
ooo..yg ni mmg xde specific doctor. sume bgantung dgn doc yg bertugas.
Deletebetter beritahu pilihan kita dari mula2 or first time check up utk pregnancy tu. senang nk setting tarikh dll.
Tq dear... sangat2 membantu!! Hug n kisses. :))
ReplyDeletebanyak baca entry ttg ppum mmg best and menarik tp WHY la asben tak boleh masuk mase deliver.kalau private wing di ppum same harge ke dgn private di luar?and di private wing asben bole masuk tak?my asben nak masuk maklomlah nk experience tu..
ReplyDeletebetul tu. kenapa la sampai sekarang husband masih xboleh masuk temankan especially yg bersalin normal.
Deleteharga utk private wing saya kurang pasti.maaf ye.
assalam sis, nak tanya, kos yg rm1100+ tu termasuk dgn bil baby sekali ke or baby nye bil asing?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.
DeleteYe..kos tersebut termasuk dengan kos bby.
Sy baru bersalin secara czer juga baru2 ni. kos nya masih sama. Untuk anak dan ibu.
thanks sbb sudi berkongsi pengalaman ye puan....sdkit sebnyak memberi info yg bergna pd saya..:)
ReplyDeletemost welcome
DeleteBest la entry ni. boleh buat rujukan untuk next baby ��
ReplyDeletetq
Deleteas salam sis...doktor yg czer tu doktor lelaki ke prempuan? pakar bius nya lelaki ke perempuan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...
DeleteDoktor ikut apa yang ada. campur lelaki dan perempuan.Macam saya, kali kedua besalin disana baru2 ni, pakar bius n yg operate dua2 perempuan..
As salam sis..sy pnh bsalin czer utk first baby d hospital swasta s.Alam....skrg mrancang booking d PPUM utk second baby..skrg ingin tahu sm ad kos czer d PPUM masi kekal dlm anggaran 1100++...sbb sy da tgk d kbnykkn hospital swasta masuk hospital sy 1st czer 5 tahun dlu..harga tkini tlalu mahal shingga mncecah 5-7k..maaf yea sis..skadar ingin mndapatkn infomasi
ReplyDeleteHarga masih sama dalam rate 1100++.Sy baru bersalin 23.5.2015.
DeleteSaya nasihatkan, kalau nak buat booking, boleh terus datang PPUM (Seawal mungkin) bahagian wad bersalin n dapatkan "tempahan bersalin". nanti dia akan bagi tarikh 1st appointment untuk jumpa doc. mungkin 2-3 bulan sebelum bersalin. 1st appointment tu nanti baru buat bayaran booking RM500++.Kalau lewat, takut penuh...