Kali ini kami memutuskan untuk pergi bercuti pada Hari Raya Aidiladha (26.10.2012). Keputusan yang agak 'kejam' juga. Tapi, ‘bos’ kata ok, so ok la. Sebab kali ni giliran Raya Haji di rumah Parents dia (aka my MIL), hehehe…
Kami memilih hotel Taiping Golf Resort (TGR). Pilihan dibuat berdasarkan faktor yang paling utama, iaitu harga dan ke ber baloiannya. Penginapan di sana termasuk dengan breakfast. Booking boleh dibuat terus dengan pihak hotel TGR dan bayaran sebanyak 10% sahaja yang diperlukan untuk booking. Hotel pula, ada swimming pool. Memang plan nak cari yang ada swimming pool untuk my Asya yang sekarang ni sangat suka main air.
Kami bertolak pada pukul 7.00 pagi dan singgah di R&R Restoran Jejantas Sg. Buloh. Tapi malangnya, hanya KFC & Dunkin’ Donuts je yang beroperasi. Orang pun ramai. Kedai-kedai makan yang lain semuanya tutup. Ermmm, ni la risiko yang telah kami jangkakan bila bercuti pada hari raya “besar” orang Islam ni. Kami pergi ke sungai buloh untuk mencari mana-mana kedai Mamak yang mungkin beroperasi pada pagi2 raya nih. Malangnya, tiada satu pun yang buka. Siap survey sampai Damansara Damai. Last2 breakfast je la di Mc Donalds.
Adik mamam apa tu??? |
Perjalanan diteruskan tanpa henti (menggunakan PLUS highway). Perhentian yang kami ambil hanya di R&R Sungai Perak, untuk makan tengah hari. Selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan dan mengambil Exit Taiping Utara.
Di Hentian Sungai Perak Adik & Kakak in Action |
Abah tengah register nak check in |
Aktiviti pada malam hari, kami hanya pergi makan malam di satu-satunya restoran mamak yang beroperasi dikawasan tersebut. Sedap..tapi berlalat.. Kemudian, kami pergi kea rah Tesco, Taiping. Rupa-rupanya disitu, banyak kedai-kedai makan yang ada. Sebab sebelah Tesco tu, ada pasaraya Taiping Sentral. Memang best. Happening…
Ingat nak pergi ke Zoo Taiping Night Safari malam tu, tapi bila terbaca sebelum ni komen2 mereka yang pergi, rasa tak berbaloi. Sebab banyak haiwan tak boleh nampak sebab keadaan yang agak gelap. So, agak rugi, takut Asya tak berapa nampak haiwan2 tu semua.
Pagi2 kami bangun awal sebab nak breakfast. Breakfast buffet dia agak best. View pun menarik. Semua ada. Bubur nasi untuk my lil baby Ammar pun ada. Habis je breakfast, kami cepat2 masuk ke pool semula. Asya dah semakin berani. Siap nak ikut abah dia mandi kat kolam dewasa. Tapi bersama dengan pelampung dia. Sebab kalau kat kids pool, kaki dia still jejak smpai dasar pool. So dia rasa tak best. Adik mandi dengan mummy je la ye. Kami mandi puas2. Weeehoooooo…..
Bila tengok anak-anak da kecut-kecut, kami masuk bilik semula dan start packing untuk check out.
Perjalanan diteruskan ke Zoo Taiping. Bayaran hanya RM12, walaupun di website mereka RM16. Di zoo, kami hanya menggunakan Tramp yang disediakan. Tak larat rasanya nak berjalan bersama dua kenit tu. Pemandu tramp akan tunjukkan haiwan2 yang terdapat disitu. Last stop, dia drop kan kami disebelah kandang Gajah, bersebelahan pintu keluar.
Overall, pengalaman percutian yang SANGAT best. Ditambah anak2 yang sangat memberi kerjasama sepanjang percutian ni. Masing behave, tak buat ragam. Luv u all….
Lain kali kita buat trip lain ye....
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.