Thursday, November 29, 2012

Girlz day Out!!! Cuti Deepavali lalu (13/11/2012), team sama yang pergi Facial @ Herbaline kini mencuba sesuatu yang baru iaitu mencari Spa Manicure & Pedicure yang menarik. Setelah sedikit penyelidikan dibuat, kami memilih untuk membuatnya di Chic Nail Spa by Soong Ai Ling yang terletak di Bangsar Village II.


Temujanji kami dibuat seawal pagi, 10am. Tapi sebelum itu, acara wajib kami adalah Breakfast di Chawan, yang juga terletak di kawasan berhampirannya. Sedapnya Nasi Lemak Bungkus Chawan tu… Bila teringat je, terus terliur. Nak lagi..nanti ada masa, hasut By pergi breakfast di sana. Hehehe.

Ok, continue balik part mani&pedi nih. Tiada apa sangat yang boleh diceritakan. Cuma boleh tengok beberapa picas di bawah yang boleh anda lihat.

 

  

Overall experience, so so je. Seronok dengan ambience dia, tapi servis yang diberi kurang menarik/best. Especially part pedicure. Exfoliation of rough skin on the heels and balls of feet, really bad… Tapak kaki yang diberus/scrub, masih ada lagi atau boleh nampak kulit kerasnya. Tak bersih sangat. Masih ada lagi kesan2 hitam a.k.a daki di kaki-kaki kami nih. Buffing&polishing pun tak shining sangat. Mungkin kami perlu ambil package/servis extra untuk remove semua tu. Tapi tak kan la dengan package yang kami ambil tu, daki/kesan hitam pun boleh nampak lagi. Scrubing yang staf mereka buat pun, sekejap je. Macam cukup syarat. Kalau nak kata itu bergantung kepada staf yang attend kita, masalahnya, kami berempat dilayan oleh staf-staf yang berbeza. Dan pengalaman dengan servis yang kami terima, semuanya sama.

Kami buat perbandingan dengan Spa Manicure & Pedicure yang diberi percuma oleh Taylor’s kepada staf-staf after mereka menerima University status. Sangat-sangat berbeza. Agak kecewa kali ini. Radz beritahu, she can get better service @ Nail Parlour. Ermm, mungkin kami boleh cuba pula di sana lain kali.

Serba-sedikit info mengenai spa ni kepada mereka yang mungkin berminat:

Harga:
Manicure: RM 45
Pedicure: RM55

Chic Nailspa
1F-22, Bangsar Village II,
No.2, Jalan Telawi 1,
Bangsar Baru,59100
Kuala Lumpur
Tel: 03-22825972

No comments:

Post a Comment