Thursday, April 19, 2012

3rd Anniversary

Tidak sampai lagi 2 minggu, kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 pada 1 Mei 2012. Cuti jatuh pada hari Selasa, jadi kami rancang untuk ambil cuti pada hari Isninnya supaya dapat rasa cuti lama.


Perancangan??? Erm… rasa macam nak pergi bercuti. Tapi memandangkan ammar yang masih sangat kecil, rasa malas pula. Asya plak sangat “baik”. Takut tak larat nak kawal dia yang sangat bersemangat explore dunia luar. Sampai tak terkejar. Nak pergi bercuti berdua, takut nanti rasa rindu plak pada anak-anak. Setakat ni, Ammar da 4 bulan setengah, tak pernah lagi sy tidur tanpa dia disisi. Dia pun masih menyusu badan. Rasa kesian pula. Nanti kalau keluar, bila nampak orang dengan anak2 mereka, sure rasa rindu sangat. Sebab sebelum ni pun memang dah pernah alami. Last year staff trip kat Penang, rindu sangat kat Asya comot mummy tuh.

So, perancangan yang ada sekarang ni, kami berdua akan buat aktiviti one-day out. Pergi tengok wayang and karaoke+buffet kat Redbox. Tapi hati ni rasa nak sangat pergi bercuti. Tapi……………………… (isunya akan berbalik dengan yang tadi semula).

Will update later, after d day.

No comments:

Post a Comment