Thursday, April 19, 2012

Prudential PRUCash

Nak cerita pasal PRUcash ni. Tipah tertipu…… Menci betul.

Ceritanya begini, tahun lepas, mencari-cari mengenai insurans untuk anak dan by. Akhirnya diperkenalkan dengan seorang saudari ni. Niat hati pada awalnya nak ambil insurans je. Insurans perubatan. Tapi akhirnya terpengaruh untuk ambil PRUcash ni. Yelah, telah dijanjikan bonus sebanyak 37% setiap dua tahun.

Contohnya, klau setiap bulan bayar RM200. Dua tahun, anda akan dapat 37% x RM4800. RM4800 tu datang daripada RM200 x 24 bulan. Jadi, bonus yang akan diperolehi dalam RM1800 (+/-).

Erm..memang menarik. Bonus dia lebih tinggi dari yang ditawarkan ASB (yang mana puratanya dalam 8.5% setahun). Terus tanya, sekiranya sy quit/surrender awal2, macamana pula? Adakah duit bulanan yang saya bayar setiap bulan RM200 tu, akan diperolehi kembali? Jawapannya, duit tu akan dapat balik. Tapi tak semua. Sebab ada charge sikit. Ok, diulangi CHARGE SIKIT. So, sy pun ambillah. Tapi setiap bulan, kena bayar RM200.50.RM0.50 tu pun kira er service charge dia la tu.

Setelah 1 tahun 4 bulan sy bayar (RM200.50 x 16 = RM3200), tiba2 datang hidayah Allah. Sy nak cari maklumat apa lagi cara untuk saya tambah wang simpanan jangkamasa panjang. Kira er, simpanan dan pelaburan hari tua la ni. Terbaca disatu forum, mengenai Pelaburan Persaraan. Entah macamana, sy terbaca mengenai simpanan yang lebih kurang sama macam sy buat, tapi melalui bank. Menurutnya, kebanyakkan saving yang macamni, dia takkan pulangkan wang yang kita sudah bayar kalau surrender awal. Dan ada sesetengahnya akan pulangkan bila sampai tempoh matang sahaja. Terus terfikir nak cek dengan my liaison person tuh.

Jawapan yang diterima (Berdasarkan polisi 30 tahun yang diambil):
Tahunan yang sy bayar dikira = RM2358.48
Bonus setiap 2 tahun = RM1860
Bonus akan diterima sebanyak 14 kali dalam tempuh 30 tahun tu
Selama 30 tahun (mengikut polisi) = RM31000
Sekiranya sy mati, duit sebanyak RM31000 akan diterima terus.
So, total yang akan sy dapat selepas 30 tahun adalah = (1860x14) + 31000= RM57040

Keadaan sebenarnya dari perkiraan yang saya telah bayar:
Tahunan yang sy bayar sebenarnya = RM200.50 x12 = RM 2406
Selepas pembayaran selama 30 tahun (mengikut polisi) = RM2406 x 30 = RM72180

Jadi, cuba bandingkan nilai berapa yang sy akan terima sekiranya saya menyimpan sendiri dengan sy membuat pelaburan RM72180 – RM57040 = RM 15140.

Jadi sy rugi dalam RM15K.

Itu pun, kalau saya hanya simpan dalam akaun biasa. Kalau sy simpan dalam ASB, anda kira la berapa pula perbezaannya.

Kelebihan sekiranya mengambil mende ni adalah apabila sy mati, Sebab akan dapat total RM31k tu. Ni namanya, simpanan+pelaburan ke? Macam insurans nyawa pula rasanya. Mati, baru dapat duit. Pula tu, sy diberitahu, sekiranya sy surrender awal, pulangan duit yang saya terima sangat sedikit. Contoh:

Kalau sy surrender after dapat bonus tahun depan (tahun ke-3 sy bayar) sy Cuma akan terima RM1108. Sedangkan sy telah berhabis hampir RM5k.

Mujur sy sedar awal. Kalau tidak lagi banyak yang sy rugi. Pada awalnya sy ingatkan, penalti dikenakan kalau sy surrender awal. Jadi sy terfikir untuk meneruskannya sahaja untuk dijadikan sebagai simpanan hari tua. Tapi setelah tahu hasil yang diterima selepas 30 tahun, sangat2 tak berbaloi. Sebab, daripada apa yang dijanjikan, apa yang sy ambil ini adalah satu simpanan dan pelaburan. Bukan sebarang insurans biasa. Tapi apa maksudnya simpanan kalau hasil bersih jauh benar berbeza dari basic saving yang dibayar kita. Apatah lagi apabila saving yang diambil dilaburkan. Tentu hasilnya akan lebih dari basic tersebut. Tapi ini tidak, jumlah bersih yang diterima sangat sedikit. Sekiranya anda ada mengambil sebarang bentuk simpanan/pelaburan jangka masa panjang, sy nasihatkan anda siasat dan tanya dengan lebih lanjut berkenaan risiko surrender awal dan hasil bersih yg akan anda terima selepas tempoh tersebut. Jangan setelah dijanjikan menerima bonus setiap 2 atau 3 tahun, anda terlupa untuk melihat gambaran atau jumlah sebenar yang dibayar dan diterima setelah tamat tempoh jangkamasa panjang tersebut.

Post ni sy buat untuk anda jadikan panduan hidup. Pilihan ditangan anda. Kalau anda rasa berbaloi, anda teruskan.

10 comments:

  1. Saya baru jadi wakil Prudential seminggu pun dah tergelak baca tentang keterangan liason person akak tu.

    Sebenarnya mcm ni kak, saya buat rough calculation untuk akak.

    Jika akak amil RM200 sebulan, akak akan dapat pulangan RM1800 setiap 2 Tahun. Jadi total pulangan untuk 14 tahun ialah RM25,200.

    RM1800 x 14 tahun = RM25,200

    Bila dah retirement lepas 30 tahun, akak akan dapat RM81,000 terus!

    Ontop of that Prudential siap kasi RM31,000 extra kalau akak takda keluarkan RM1800 setiap 2 tahun tu. Bermakna;

    RM81,000 + RM 25,200 + RM 31,000 = RM137,000

    Jadi total RM137,000 la yang akak akan dapat SEKIRANYA akak tak belanja RM1800 setiap 2 tahun tu.

    RM72,000 tu sebenarnya nak tunjuk angka savings yang telah akak buat dan bayar. Jadi pulangan yang akak dapat sebenarnya almost 2 kali ganda.

    Sekiranya terdapat kematian, semua wang savings akan dikembalikan dan on top of that Prudential siap bagi MINIMUM RM30,000 one lansam.

    Harap akak faham sekarang.

    -shah-

    boymcdecoy@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye ke..tapi mana datangnya RM81,000 tu? sebab kalau kira daripada simpanan RM200 x 30 tahun x 12 bulan = RM 72,000 je..

      Delete
  2. bonus+dividen..sila cek betul2 ye ngn agent b4 jadi fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM81k = bonus + dividen???
      Bonus + dividen yang mereka akan beri ialah dalam tempoh 30tahun itu adalah = (14x1860)+31000 = RM57040 je..
      ni daripada apa yg agent tu explain.sy siap ada lagi calculation yg dia bg...
      mungkin agent tu salah maklumat??

      Delete
    2. o ye..saya siap tunjuk n tanya agent tu cara apa yg sy ceritakan disini.dia pun agree. n bila sy tanya apa advantage nye sy ambil mende ni? dia kata if sy MATI awal, sy akan dapat lumpsum 31k tu.
      Dia memang xde mention pasal RM81k tu. or at least dia boleh cakap, roughly after 30years sy boleh dapat RM31k + dividen/bonus selain bonus yg sy akan terima setiap dua tahun sekali tu. sedap jugak hati ni.

      Delete
    3. in addition, just want to know if this plan is an islamic investment? does it follow the Syari'ah finance? if it's not, so whatever it is, or how much u will get the profit, u better not to involve or stop it.

      Delete
  3. You should invest under ASB since you are Bumiputera. Rugi for you.

    I took 5 years payment for 30 years tenure. Monthly RM500+. This is the shortest and can earn most which is close to RM90,000.

    ReplyDelete
  4. Well for syariah compliance all counter in conventiona insurns in malaysia is syariah compliance except for company . Insurans company also need insurans incase unexpected casehappen.
    For syariah complianc insurNce company they use tabarru to cover the participant. So its up to people how to accpet it. Eitherway they all follow the syariah law

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete