Friday, April 20, 2012

Jenis-Jenis Najis Dalam Islam

Sejak ada anak kecik ni, timbul pula rasa ragu-ragu dalam hati, macamana cara untuk mencuci najis terutamanya najis hukmiyah. Najis hukmiyah ni adalah jenis najis yang tak nampak dimata. Contoh macam air kencing yang telah kering. Kalau sebelum ni, cuci / mop lantai rumah guna Fabulosso (bahan pencuci lantai) dicampurkan dengan air sahaja. Tapi sekarang ni, sebab timbul rasa was2. Sy akan lap / mop rumah 3 kali. Kali pertama dengan campuran air dan fabulosso. Kali kedua dan ketiga air biasa sahaja. Sebagai bilasan. Sebab sy terfikir, kalau hanya mop menggunakan air yang dicampur dengan fabulosso, bersih ke rumah tu? Sebab hukum dia dah bukan air mutlak. Mujur rumah sy tak besar. Kalau tak, mahu patah pinggang. Tapi hati masih lagi rasa was2, sebab setahu sy, nak cuci najis mesti dengan air yang mengalir. Tapi sy hanya lap/mop sahaja. Jadi, macam biasa, sy bertanya dan mencari dengan Mr. GooGle. Jawapan yang sy perolehi yang mungkin dapat membantu anda juga.


Tapi, sebelum tu, mari kita fahami jenis2 atau bahagian2 najis dalam Islam. Sumber dipetik dari Wikipedia

Bahagian-bahagian najis
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu najis mughallazah (najis berat) najis mukhaffafah (najis ringan), dan najis mutawassitah (najis sederhana).

Najis Mughallazah (Berat)
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."


Najis Mukhaffafah (Ringan)
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. Cara menyucikan najis mukhaffafah:
1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.


Najis Mutawassitah (Pertengahan)
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.


Najis-najis lain
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Inilah jawapan yang sy perolehi bagi menjawab persoalan di atas. Sumber dari satu blog ni: "Tanyalah"
Bolehkah Solat Di Lantai Tanpa Alas

Bapak Ustadz,
Assalaamu’alaium wr. wb.

Saya pernah membaca dalam uraian ustaz tentang dibolehkannya shalat di lantai rumah atau pejabat tanpa alas/sajadah asalkan tidak kelihatan ada benda najis yang tampak.

Saya menjumpai keadaan sebagai berikut: Di rumah saya ada seorang bayi berumur lebih dari 1 tahun dan sudah memakan makanan lain selain susu ibu. Kadang-kadang, air kencing bayi tersebut membasahi lantai rumah kami, dan kami hanya mengelapnya dengan kain basah. Setahu saya, ini bukan cara bersuci yang benar, kerana sepatutnya menggunakan air yang mengalir, bukan dengan lap basah.

Guru mengaji saya mengatakan hukum dari lantai rumah tersebut adalah najis hukmiyah meskipun bekas kencing bayi sudah tidak kelihatan. Kerana itu, menurut guru mengaji saya, tidak sah shalat di atas lantai rumah saya tanpa alas yang suci.

Pertanyaan saya:
1. Apakah ada pendapat ulama’ terdahulu tentang najis hukmiyah?
2. Sah atau tidak, shalat di lantai rumah yang kadang-kadang terkena kencing bayi tanpa disucikan dan bekas air kencing sudah kering/tidak tampak.

Terima kasih atas jawapan dari Ustadz,
 Wassalaam,

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Jawapan


Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Menghilangkan najis itu memang dilakukan dengan air sebagai medium untuk mensucikan. Namun bukan bererti air mesti dialirkan sehingga membanjiri benda yang kena najis.
 Yang dimaksud dengan penggunaan air adalah bahawa sebuah najis dihilangkan dengan menggunakan medium air. Dan lap yang basah itu pada hakikatnya merupakan air juga. Sehingga najis yang ada dilantai boleh dihilangkan setelah hilang baunya, rasanya atau warnanya. Baik dengan menggunakan medium air atau pun medium lainnya.
 Sebab inti masalahnya bukan pada airnya, melainkan semata-mata pada hilangnya najisnya itu, apapun mediumnya.
 Yang sedikit lebih detail dalam masalah najis adalah mazhab Asy-Syafi’i. Di dalam mazhab Asy-Syafi’i sebagaimana yang tertwang dalam kitab Kasyifatus-Saja, disebutkan bahawa memang ada dua jenis najis.
 Pertama adalah najis yang kelihatan kenajisannya. Najis ini disebut najis ‘ainiyah. Asal katanya dari kata ‘ain yang bererti mata, kerana najis itu kelihatan dengan mata telanjang. Yang menjadi ukuran adalah warna, rasa dan bau. Najis jenis ini dihilangkan dengan menghilangkan ketiganya.
Kedua adalah najis hukmiyah, yaitu najis yang tidak nampak oleh mata. Lantaran sudah tidak ada lagi rasa, warna atau bau. Najis jenis ini dihilangkan hanya dengan mengalirkan air di atasnya sekali saja.
Maka cara membersihkan lantai yang diketahui pasti pernah ada najisnya tapi sudah tidak kelihatan lagi adalah dengan cara menuangkan air di atasnya lalu dilap dan dikeringkan. Tentu saja bukan dengan membanjiri seluruh lantai, cukup pada bahagian yang diyakini pernah ada najisnya saja. Jadi cukup dengan sedikit air saja lalu dilap dan sucilah lantai itu.
 Perlu diingat bahawa najis hukmi itu tidak boleh dibuat-buat dengan sangkaan-sangkaan. Tapi hanya ada manakala kita tahu pasti bahawa di lantai itu memang pernah ada najisnya. Kita tahu dengan mata kepala kita, bukan dengan meneka-neka atau menduga-duga. Sebab asal segala sesuatu adalah suci. Dan tidak pernah menjadi najis kecuali ada sebuah fakta nyata bahawa memang ada najis secara hakiki. Lalu bila najis itu tiba-tiba tidak nampak lagi, maka jadilah lantai itu najis hukmi.
 Maka tidak mungkin terjadi tiba-tiba ada lantai yang najisnya menjadi hukmi. Tetapi pasti melewati proses najis ‘aini terlebih dahulu.
 Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.

1 comment:

  1. Jazakallah ustaz atas ilmunya..dan empunya blog..

    ReplyDelete